Anda boleh menyemak anggaran kos penghantaran bagi produk dalam pesanan anda melalui halaman Butiran Produk atau semasa semak keluar.
Halaman Butiran Produk
Pilih bahagian maklumat penghantaran untuk melihat anggaran caj penghantaran dan jangkaan masa penghantaran bagi pilihan penghantaran yang tersedia.
Halaman Semak Keluar
Kos penghantaran dipaparkan di bahagian Pilihan Penghantaran untuk setiap kedai yang anda beli. Jumlah keseluruhan KOS penghantaran akan dipaparkan di bawah Jumlah Kos Penghantaran.
⚠️ Nota:
- Kos penghantaran dianggarkan berdasarkan berat bungkusan yang dinyatakan oleh penjual. Sebarang perbezaan dalam berat sebenar mungkin menyebabkan kos tambahan, yang akan ditanggung oleh anda atau penjual berdasarkan persetujuan bersama.