Hi, how can we help?

Soalan Lazim Perkhidmatan Penghantaran & Pengangkutan

Bahasa Malaysia | English
 
1. Bagaimanakah Shopee mengira kos penghantaran?

Shopee mengira kos penghantaran berdasarkan berat dan dimensi bungkusan yang diberikan oleh penjual serta kadar yang dikenakan oleh rakan logistik yang berbeza.

2. Adakah produk daripada penjual berbeza dalam satu pesanan akan dihantar menggunakan kaedah penghantaran yang sama?

Tidak, apabila anda membeli daripada penjual yang berbeza dalam satu pesanan, produk akan dihantar berdasarkan pilihan penghantaran yang ditawarkan oleh setiap penjual.

Sebagai contoh, jika anda membeli Item A dan B daripada Penjual X serta Item C daripada Penjual Y dalam satu pesanan:

  • Item A dan B akan dihantar menggunakan kaedah penghantaran Penjual X.
  • Item C akan dihantar menggunakan kaedah penghantaran Penjual Y.
 
64168605-0746-4b69-abc8-49770d5ce3c4 (1).jpg

⚠️ Nota:

Kos penghantaran juga akan dikenakan secara berasingan untuk produk daripada penjual yang berbeza.

3. Bolehkah saya menukar pilihan penghantaran selepas pesanan saya dihantar?

Malangnya, anda tidak boleh menukar pilihan penghantaran setelah pesanan anda dihantar oleh penjual.

Jika anda perlu berbuat demikian dengan segera, sila hubungi penjual melalui Shopee Chat untuk membatalkan pesanan semasa dan membuat pesanan baharu.

4. Di manakah saya boleh mendapatkan kemas kini penghantaran untuk pesanan saya?

Untuk melihat kemas kini penghantaran bagi pesanan anda, sila ikuti langkah berikut:
 
c1a2541c-15b3-43bb-b4e9-1a71ba13d7ca (1).jpg
Langkah 1: Pergi ke Untuk Dihantar atau Untuk Diterima di bawah Pembelian Saya dalam tab Saya.
Langkah 2: Pilih Status Penghantaran pesanan anda.
Langkah 3: Lihat semua kemas kini penghantaran.

5. Bagaimanakah jika saya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan penghantaran?

Jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan penghantaran, anda boleh menilai Perkhidmatan Penghantaran semasa menilai produk selepas mengesahkan penerimaan pesanan anda.
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied