Hi, how can we help?

[ShopeeFood Merchant] Apakah Garis Panduan Menu dan Kandungan ShopeeFood?

Bahasa Malaysia | English
 
Garis Panduan Menu & Kandungan ShopeeFood
 
Untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan ShopeeFood, para peniaga dikehendaki mematuhi garis panduan menu dan kandungan kami dalam kategori berikut:
 
  1. Kad & Banner Outlet
  2. Penamaan & Penerangan Menu
  3. Imej Item Menu
 
(a) Kad & Banner Outlet
 

Nama Imej

Penerangan

Contoh

Ditolak

Diterima

Kad Outlet
Kad outlet ialah imej pertama yang akan dilihat oleh pelanggan berpotensi semasa mereka menatal dalam Aplikasi ShopeeFood.
 
Kad outlet anda boleh diwakili sama ada oleh logo kedai anda atau ciri menu paling popular anda.
 
Keperluan Imej: 

1. Saiz maks.: 300 KB

2. Nisbah saiz: (1:1)

3. Dimensi piksel: 270 x 270px

4. Format imej: JPEG/JPG

· Memberikan foto dengan saiz yang salah

· Imej kabur / terlalu cerah

· Mengandungi watermark yang mengelirukan, teks, elemen tidak perlu seperti nombor telefon, nama pengguna media sosial, kata-kata kesat, dll.

· Mengandungi elemen yang tidak relevan seperti wajah manusia, sekumpulan orang yang sedang makan bersama

· Imej bahagian luar kedai

· Memberikan foto dengan saiz yang betul

· Imej resolusi tinggi / tajam

· Mengandungi 1-3 SKU paling laris / popular

· Tidak kabur / terlalu cerah

· Imej dengan logo jenama / teks berkaitan jenama

· Tidak hanya memaparkan diskaun

· Boleh mengandungi model manusia seperti tangan, tetapi fokus utama mesti pada hidangan

Banner Outlet
Banner outlet ialah imej utama yang akan dipaparkan pada halaman kedai anda dan akan menampilkan menu paling popular anda.
 
Keperluan Imej:

1. Saiz maks.: 300 KB

2. Nisbah saiz: (2:1)

3. Dimensi piksel: 1200 x 600px

4. Imej mesti dalam orientasi landskap

5. Format imej: JPEG/JPG

6. Tidak boleh menggunakan imej kedai/restoran


(b) Penamaan & Penerangan Menu   
 
(i.) Penamaan Menu:
 

 #

Kriteria

Contoh

Ditolak

Diterima

1Nama menu mesti jelas (tanpa singkatan) Nasi Lemak Aym Grg Sambal Nasi Lemak Ayam Goreng Sambal
2Gunakan huruf besar hanya pada huruf pertama setiap perkataan Fruit Peach milk CUBE Fruit Peach Milk Cube
3Panjang nama menu yang disarankan tidak lebih daripada 50 aksara untuk paparan penuh dalam aplikasi Rice Roll Cheong Fun (with Curry Sauce, Fried Beancurd, Fish Balls) Rice Roll Cheong Fun
4Bagi bahan dengan berat berbeza, nyatakan berat & anggaran harga mengikut berat yang disebut Hazelnut per pack Hazelnut per 200 gram
5Emotikon, emoji atau simbol tidak dibenarkan Sweet and Sour Chicken Rice >.< 😆 Sweet and Sour Chicken Rice
6Nama menu mesti dieja dengan betul Chocote Smothies Drinks Chocolate Smoothies Drinks
7Kata kunci berlebihan, spam, bahasa kesat atau eksplisit tidak dibenarkan Meat for weeks not for weak boom woohoo&^% Trio Meat Platter
8Nama menu/penerangan mesti dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia 炸鸡 炸鸡 Fried Chicken / Fried Chicken 炸鸡
9Senarai SKU perlu dipisahkan walaupun dijual pada harga yang sama Menu Name: Nasi Sri Bulan Atok / Kurma (2pcs) Item 1: Nasi Sri Bulan Atok
Item 2: Kurma (2 Pcs)
10Pakej menu dengan nama kod/singkatan mesti mempunyai penerangan tentang item dalam pakej tersebut Menu Name: Package SHP 
Description: NIL/ -
Menu Name: Package SHP1
Description: Asam Laksa + Coffee (Hot/ Cold)
11Tidak boleh mengandungi barangan terlarang Haiwan hidup, alkohol tanpa lesen, dadah, rokok, dll.  
12Maklumat seperti nombor telefon, waktu operasi restoran, ketersediaan barang, pautan media sosial atau laman web rasmi jenama (seperti Facebook, Instagram, Twitter, WhatsApp) tidak boleh dimasukkan dalam nama menu/hidangan 
Vanilla Milkshake

(Check out our Instagram page@BestBurgers&Shakes for more information)

Vanilla Milkshake

 

(Check out our Instagram page@BestBurgers&Shakes for more information)

 
(ii.) Penerangan Menu 
 

 #

Kriteria

Contoh

1Panjang penerangan menu yang disarankan tidak melebihi 150 aksara untuk paparan yang optimum
Nama Item: Nasi Lemak Ayam Goreng
Penerangan: Nasi + Ayam Goreng + Sambal + Ikan Bilis
 
Nama Item: Lunch Saver Pack
Penerangan: Nasi Ayam + Coke (tin) + Salad
 
Nama Item: Curry Mee
Penerangan: Mee kuning dengan kuah kari pekat, daging ayam, dan sayur-sayuran
2
Struktur penerangan menu boleh disusun seperti berikut:
 

· Penerangan tentang bahan dalam hidangan/menu

· Penerangan tentang kandungan dalam pakej makanan

 
(c) Imej Item Menu
 
Keperluan Imej:
  • Muat naik satu (1) imej untuk setiap satu (1) hidangan/item
  • Saiz maks.: 300 KB per imej
  • Nisbah saiz: (1:1) dengan dimensi 720 x 720 piksel
  • Format imej: JPEG/JPG/PNG
  • Nama fail mesti sesuai dengan Nama Hidangan/Item dalam borang menu
 

 #

Kriteria

Contoh

Ditolak

Diterima

1Imej mesti sepadan dengan Nama Item Menu dan/atau Penerangan Item
7d07ad21fa6a433aab40ae3b61ba65ec.png
Nama Menu:
Nasi Ayam Penyet
7d07ad21fa6a433aab40ae3b61ba65ec.png
Nama Menu:
Triple Cheese Burger
2Imej mesti jelas dan tajam
ff0183988e074bff8f5a118636d4ac6e.png
Gambar Kabur
 
b6751ecf95264328a15f0fbd5a325083.png
Gambar Jelas, Tajam & Tidak Pikselated
3Imej tidak boleh dalam bentuk grafik, ilustrasi, atau lukisan
1c0420fea2fd43c3967d5e92e85b0642.png
Gambar Berbentuk Grafik atau Lukisan
c6ccc1309b0848f8b37f296d1abb56a5.png
Imej Bukan Lukisan / Lakaran 
4Imej mesti menunjukkan hidangan sebenar yang disajikan. Imej yang dijana oleh AI tidak dibenarkan
533de0534cd94f88a6e91a51db57188f.png
Imej Dijana oleh AI
 
7d07ad21fa6a433aab40ae3b61ba65ec.png
Pencahayaan Imej Seimbang
5Imej tidak boleh terlalu terang
0942c7899cfc494a804913e3e6ea5883.png
Gambar terlalu cerah
 
7d07ad21fa6a433aab40ae3b61ba65ec.png
Pencahayaan Imej Seimbang
6Imej mesti berskala dengan betul (memuatkan keseluruhan item menu)
82ea3f81f6d64d6b93ee60b7591006b5.png
Gambar dipotong
 
7268e32e4d0f45d8b2693a224268583e.png
Mengandungi Imej Menu Penuh
7Tiada watermark (fotostok) atau perkataan lain dibenarkan
cd6b11719eb043bb912082f4de9a79fc.png
Mengandungi watermark
 
c165574145024a2494aae95912f0847f.png
Tidak mengandungi watermark
8Imej tidak boleh melanggar hak pihak ketiga
1761dd778bf34784b45fa9aad3319678.png
Nama Kedai:
Uncle Lim's Burgers
Nama Menu Item:
Chicken Burger Set
Menggunakan gambar hak cipta pihak ketiga
7d07ad21fa6a433aab40ae3b61ba65ec.png
Imej Tidak Mengandungi Logo / Jenama Pihak Ketiga
 
 
 
 
9Imej tidak boleh mengandungi kata-kata yang tidak sesuai, kesat, atau lucah
49eff133896746afa57e6bb604dd2131.png
Imej Mengandungi Barang Terlarang (Haiwan Hidup)
 
83db667c92ab43b18874a8d7943cfc4b.png
Imej Bebas daripada Barang Terlarang & Kata-Kata Kesat / Pornografi
10Imej tidak boleh mengandungi grafik lain atau model manusia
3ceb5fe3c90f47809d73b2c9f2cc053a.png
Imej mengandungi tangan manusia
eea389d46a8b48ef8865a37f3574d38a.png
Tiada Model Manusia atau Grafik Lain
 
Untuk pertanyaan lain yang berkaitan, sila rujuk artikel berikut:
Was this article helpful?
Yes
No