Hi, how can we help?

[Keselamatan Akaun] Bagaimana Cara untuk Mengenal Pasti Penipuan?

Bahasa Malaysia | English

⚠️ Peringatan Penting

Apabila melaporkan kes penipuan, sila berikan maklumat berikut:

  • Nombor telefon anda
  • Tarikh dan masa kejadian

Maklumat ini membantu kami memproses laporan anda dengan lebih cepat dan berkesan.

Cara Mengenal Pasti Penipuan

Penipu sering menggunakan taktik yang boleh dikenali melalui:

  • Pautan palsu yang mengarahkan anda keluar dari Shopee dan meminta maklumat akaun sensitif seperti kata laluan sekali guna (OTP) atau kata laluan akaun.
  • Kesalahan ejaan dan tatabahasa yang sering terdapat dalam mesej penipuan.

Penipuan yang Menyamar sebagai Staf Shopee 

Penipu mungkin mendakwa bahawa:

  • Anda telah memenangi hadiah dan perlu memberikan maklumat peribadi untuk menuntutnya.

G0002-Item-1-Scam message claiming buyer has won a prize

 

  • Terdapat masalah dengan akaun atau pesanan anda yang memerlukan tindakan segera.

G0002-Item-2- Scam message claiming buyer’s account has an error

 

Apa yang Penipu Mungkin Minta Anda Lakukan 

Mereka mungkin cuba memaksa anda untuk:

  • Berkongsi OTP, kata laluan akaun, atau PIN ShopeePay.
  • Memberikan data peribadi (contohnya, tarikh lahir) yang mungkin digunakan oleh Ejen Perkhidmatan Pelanggan Shopee untuk pengesahan.
  • Membuat pembayaran melalui ShopeePay ke nombor yang mereka berikan.

 

 

🚨  Penting: Shopee tidak akan meminta kata laluan, PIN, atau pembayaran di luar platform Shopee. Abaikan atau laporkan kes sedemikian dengan segera. 

Shopee hanya akan menghubungi anda melalui saluran rasmi berikut:

✅ Aplikasi Shopee
✅ Akaun media sosial yang disahkan
✅ Alamat e-mel rasmi yang berakhir dengan @shopee.com.my

Cara Melaporkan Penipuan 

Jika anda telah berkongsi maklumat akaun atau peribadi dengan pihak yang mencurigakan:

  1. Laporkan segera kepada Perkhidmatan Pelanggan Shopee.
  2. Tukar kata laluan akaun dan PIN ShopeePay melalui Aplikasi Shopee untuk melindungi akaun anda.

 

Untuk mendapatkan bantuan secara langsung, sila ikuti langkah dalam artikel ini: [Khidmat Pelanggan] Bagaimana cara untuk hubungi Khidmat Pelanggan Shopee? (Chat)

 

 
Was this article helpful?
Yes
No