Hi, how can we help?

[Pemindahan Luar Negara] Penghantaran Dana - Kaedah Terima melalui Kredit ke Dalam Akaun Bank

Bahasa Malaysia | English 
 
1. Bagaimanakah cara menghantar wang ke luar negara melalui Pemindahan Dana Ke Luar Negara menggunakan kaedah Kredit ke Akaun Bank di ShopeePay? 
 
Sila rujuk panduan langkah demi langkah di bawah:  
 
893c00ca60094d6eab45f8ebb3b18330.gif
 
Langkah 1: Klik ShopeePay
Langkah 2: Klik Pindahan Luar Negara 
Langkah 3: Klik Hantar Wang 
Langkah 4: Pilih negara penerima, mata wang, dan kaedah penerimaan penerima 
Langkah 5: Masukkan jumlah penghantaran (MYR atau mata wang penerimaan) > Klik Seterusnya 
Langkah 6: Akui kepada Amaran Anti-Penipuan 
Langkah 7: Isikan nama pertama dan nama keluarga anda di halaman KYC Tambahan 
Langkah 8: Sahkan akaun bank anda dengan tambah nilai RM1 sekali
Langkah 9: Pilih Kaedah Pembayaran anda > Klik Bayar Sekarang
Langkah 10: Masukkan nama pengguna & kata laluan akaun bank anda (Nota: Akaun bank yang digunakan dalam langkah ini mestilah milik anda, akaun bersama kini dibenarkan.)
Langkah 11: Setelah disahkan, klik OK
Langkah 12: Tambahkan maklumat penerima baharu atau pilih penerima daripada transaksi anda yang lalu
Langkah 13: Tanda kotak Terma & Syarat > Klik Seterusnya
Langkah 14: Masukkan PIN ShopeePay anda
Langkah 15: Kongsikan resit pindahan kepada penerima anda
 
2. Bilakah wang akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima? 

Wang akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima dalam 1 – 5 hari bekerja. 
    
3. Apakah yang boleh saya lakukan jika akaun bank penerima saya tidak menerima wang tersebut? 

Anda (pengirim) perlu menghubungi talian bebas tol Western Union di 1800-81-3399 untuk memeriksa butiran lanjut. 
    
4. Apakah yang boleh saya lakukan jika pemindahan wang ditolak oleh bank penerima?
 
Anda boleh menghubungi talian bantuan ShopeePay untuk isu berkaitan Pemindahan Dana Ke Luar Negara melalui chat atau panggilan, dan ejen Sokongan Pelanggan kami akan menghubungi anda tidak lama kemudian. Anda juga boleh menghubungi talian bebas tol Western Union di 1800-81-3399 jika anda menghadapi sebarang masalah berkaitan perkara ini. 
    
5. Adakah akan saya terima sebarang pemberitahuan SMS selepas penerima saya berjaya menerima pemindahan wang ke dalam akaun bank mereka?
 
Tidak. Tiada pemberitahuan SMS akan dihantar kepada Pengirim apabila pemindahan wang berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank penerima. Sebagai alternatif, anda boleh menyemak status Pemindahan Dana Ke Luar Negara di bawah Sejarah Transaksi melalui aplikasi Shopee. 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied