Hi, how can we help?

[Pemindahan Luar Negara] Pemindahan Luar Negara - Soalan Lazim Kesedaran Penipuan

Bahasa Malaysia | English 
 
1. Apakah tanda-tanda amaran potensi penipuan pemindahan dana?
 
  • Seseorang yang anda tidak kenal meminta anda untuk memindahkan dana kepada mereka
  • Seseorang meminta anda untuk mendepositkan cek dan memindahkan sebahagian daripada dana tersebut kepada mereka
  • Seseorang berpura-pura menjadi rakan atau saudara dan menghubungi anda dalam keadaan krisis, meminta anda memindahkan dana dengan segera
  • Seseorang memberitahu anda bahawa anda telah memenangi hadiah atau pertandingan yang anda tidak ingat telah sertai, dan meminta anda memindahkan dana untuk membayar yuran, cukai, atau kastam.
    
2. Siapa yang paling berisiko terhadap penipuan pemindahan dana? 

Semua orang berisiko. Penipu mensasarkan semua orang, tetapi mereka khususnya mencari individu yang kelihatan lemah, tamak, tidak tahu tentang penipuan, dan mudah mempercayai orang lain. 
    
3. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya telah ditipu? 

Setelah transaksi Hantar anda siap diproses, ShopeePay dan Western Union tidak dapat mengembalikan transaksi tersebut kerana dana telah dibayar. Sila lakukan langkah-langkah berikut untuk mencegah orang lain menjadi mangsa skim yang sama: 

  • Buat laporan polis di balai polis terdekat anda
  • Buat laporan melalui Sokongan Pelanggan ShopeePay melalui chat dalam aplikasi
  • Laporkan penipuan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
  • Berhati-hati dengan penipuan lain
Was this article helpful?
Yes
No