Jika anda mengesyaki terdapat sebarang transaksi tidak sah atau penipuan dalam akaun SPayLater anda, sila ikuti langkah-langkah berikut dengan segera:
1. Aktifkan Fungsi Kill Switch ShopeePay– Ini akan membekukan akaun ShopeePay anda buat sementara waktu dan menghalang sebarang transaksi atau aktiviti, termasuk bayaran luar talian SPayLater dan pembayaran yang dipautkan. Anda boleh merujuk arahan di sini.
Sila ambil perhatian bahawa mengaktifkan Fungsi Kill Switch ShopeePay akan menyekat transaksi SPayLater di luar aplikasi Shopee. Walau bagaimanapun, anda masih boleh membuat pembayaran menggunakan SPayLater dalam aplikasi Shopee.
2. Laporkan insiden kepada Khidmat Pelanggan– Hubungi pasukan khidmat pelanggan kami melalui Live Chat atau Panggilan Internet secepat mungkin untuk membuat laporan. Pasukan kami akan menyiasat isu ini dan memberikan bantuan selanjutnya.
3. Nyahaktifkan Kill Switch apabila bersedia – Setelah isu diselesaikan, anda boleh nyahaktifkan Kill Switch dengan mengikuti arahan dalam Soalan 8di sini.
Mengambil tindakan segera boleh membantu mengelakkan transaksi tidak sah yang seterusnya dan melindungi akaun anda.