Hi, how can we help?

[Servis Pemasangan] Pengenalan kepada Perkhidmatan Penghantaran dengan Servis Pemasangan

Bahasa Malaysia | English
 
⚠️ Nota:
 
  • Saluran daftar keluar Perkhidmatan Servis Pemasangan Shopee hanya tersedia untuk penjual dan produk terpilih sahaja. Ketahui lebih lanjut dengan melayari Microsite Servis Pemasangan

1. Bagaimana saya tahu jika produk layak untuk Perkhidmatan Penghantaran dengan Servis Pemasangan?

Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
 
9d361f4547eb433db3ff138dce368253.png
 
Langkah 1: Klik ikon Kos pada halaman butiran produk.
Langkah 2: Lihat pilihan penghantaran yang layak di bawah maklumat Kos Penghantaran.

2. Bagaimana untuk memilih Perkhidmatan Penghantaran dengan Servis Pemasangan sebagai Pilihan Penghantaran?
 
a6cb4ba9c2ec4796b7d9977eedbebfa8.png     d5dcba431b5f46beb30f33898dca113e.png

Tambah produk ke dalam Troli atau teruskan ke pembayaran. Pilih Penghantaran dengan Perkhidmatan Servis Pemasangan sebagai pilihan penghantaran.

3. Berapakah caj bagi penghantaran dengan perkhidmatan servis pemasangan?

Caj berbeza mengikut lokasi pemasangan dan jenis produk yang dipilih.

4. Bolehkah saya menukar pilihan penghantaran selepas pesanan dihantar?

Pembeli dibenarkan untuk membatalkan pesanan dan menukar pilihan penghantaran pada bila-bila masa sebelum penjual mengatur penghantaran. Selepas penghantaran diatur oleh penjual, pembeli tidak dibenarkan membatalkan pesanan kecuali jika penjual bersetuju melalui Shopee Chat.

5. Bolehkah pembeli memulangkan & mendapatkan bayaran balik bagi produk selepas menerimanya tetapi sebelum pemasangan?

Pembeli hanya dibenarkan memulangkan produk sekiranya item rosak semasa penghantaran atau jika penjual menghantar produk yang salah (saiz, warna, model, dan sebagainya).

6. Bolehkah pembeli memulangkan produk selepas pemasangan?

Jika produk rosak atau tidak berfungsi dengan baik selepas pemasangan, pembeli perlu menghubungi penjual.

⚠️ Nota:
 
  • Jika kerosakan berlaku semasa pemasangan, pemasang akan bertanggungjawab ke atas kerosakan tersebut.

7. Di mana saya boleh menyemak status penghantaran pesanan saya?

Untuk menyemak kemas kini penghantaran pesanan anda:
 
7e279168df944031b2d64b2a8e7fd25a.png72f7236932004ad1985abd2840ee3127.png
 
a26a3eeeccbd4aa1af5e30a38e9feecf.png

Langkah 1: Pergi ke tab Saya di aplikasi Shopee 
Langkah 2: Klik pada Pembelian Saya 
Langkah 3: Pilih Untuk Dihantar atau Untuk Diterima 
Langkah 4: Klik Status Penghantaran Pesanan anda 
Langkah 5: Lihat semua kemas kini penghantaran
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied