⚠️ Nota:
- Saluran daftar keluar Perkhidmatan Pemasangan di Bengkel Shopee kini tersedia untuk penjual dan produk terpilih sahaja. Ketahui lebih lanjut dengan melayari Microsite Servis Pemasangan.
1. Bagaimana saya tahu jika produk layak untuk Perkhidmatan Penghantaran dengan Pemasangan?
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah 1: Klik ikon
Kos pada halaman butiran produk.Langkah 2: Lihat pilihan penghantaran yang layak di bawah maklumat Kos Penghantaran.2. Bagaimana untuk memilih Perkhidmatan Pemasangan di Bengkel sebagai Pilihan Penghantaran?
Tambah produk ke dalam Troli atau teruskan ke pembayaran. Pilih Perkhidmatan Servis Pemasangan di Bengkel sebagai pilihan penghantaran.
3. Berapakah kos untuk perkhidmatan servis pemasangan?
Kos berbeza mengikut jenis produk yang dipilih.
4. Bolehkah saya menukar pilihan penghantaran selepas pesanan dihantar?
Pembeli dibenarkan untuk membatalkan pesanan dan menukar pilihan penghantaran pada bila-bila masa sebelum penjual mengesahkan temu janji perkhidmatan pemasangan dengan pembeli.
Setelah status pesanan berubah daripada Untuk Dihantar kepada Untuk Diterima, pembeli tidak lagi dibenarkan untuk membatalkan pesanan kecuali jika penjual bersetuju melalui Shopee Chat.
5. Bolehkah pembeli memulangkan dan mendapatkan bayaran balik sebelum pemasangan?
Tidak. Tiada produk atau perkhidmatan dihantar kepada pembeli sebelum temu janji pemasangan dijadualkan.
6. Bolehkah pembeli memulangkan dan mendapatkan bayaran balik selepas pemasangan?
Jika produk didapati rosak atau tidak berfungsi dengan baik selepas pemasangan, pembeli perlu menghubungi penjual.
⚠️ Nota:
- Sekiranya produk rosak semasa pemasangan, penjual akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerosakan tersebut.
7. Di mana saya boleh menyemak kemas kini penghantaran bagi pesanan saya?
Untuk menyemak kemas kini penghantaran pesanan anda:
Langkah 1: Pergi ke tab Saya di aplikasi Shopee
Langkah 2: Klik pada Untuk Dihantar atau Untuk Diterima di bawah Pembelian Saya
Langkah 3: Klik Status Penghantaran Pesanan anda
Langkah 4: Lihat semua kemas kini penghantaran