Hi, how can we help?

[ShopeePay] Soalan Lazim Pembayaran Google Pay API

Bahasa Malaysia | English 

1. Apakah itu Google Pay?

Google Pay (GPay) merupakan sebahagian daripada aplikasi Google Wallet®, yang berfungsi seperti dompet digital di telefon anda. ShopeePay telah bekerjasama dengan GPay untuk menyediakan pengalaman daftar keluar dalam talian yang inovatif kepada pengguna.

2. Bagaimanakah cara menggunakan ShopeePay melalui GPay di Malaysia?

Untuk menggunakan e-dompet ShopeePay anda melalui GPay, anda perlu pautkan akaun ShopeePay anda ke Google Play dalam aplikasi Shopee/ShopeePay melalui peranti Android.

Daripada Aplikasi ShopeePay

015ff72a8199443fbe38d88f28a3e4f8.gif

Langkah 1: Klik pada Lebih Lagi
Langkah 2: Klik pada Pautkan ke Google Play
Langkah 3: Klik pada Teruskan
Langkah 4: Klik pada Saya Setuju
Langkah 5: Klik pada Seterusnya
Langkah 6: Berjaya dipautkan ke Google Play

Daripada Google Play Store

01d45537ebce41688917e0c314145b2d.gif
Langkah 1: Klik Ikon Profil anda
Langkah 2: Klik pada Pembayaran dan langganan
Langkah 3: Klik pada Kaedah Pembayaran
Langkah 4: Klik pada Tambah ShopeePay
Langkah 5: Klik pada Teruskan
Langkah 6: Klik pada Saya Setuju
Langkah 7: Klik pada Seterusnya
Langkah 8: Berjaya dipautkan ke ShopeePay

Setelah disetkan, anda boleh membuat pembayaran menggunakan e-dompet ShopeePay melalui butang GPay pada telefon Android anda di halaman transaksi dalam talian pedagang.

3. Bagaimanakah cara untuk aktifkan dan pautkan akaun ShopeePay saya ke GPay?

Buat masa ini, ciri GPay ini hanya tersedia pada pelayar Google Chrome. Jika anda menggunakan ShopeePay sebagai kaedah pembayaran untuk GPay, berikut adalah cara ia berfungsi:

Pembayaran Kali Pertama dengan ShopeePay

Apabila anda menggunakan GPay buat kali pertama pada peranti, anda perlu melalui proses persediaan ringkas yang dipanggil Device Binding untuk memautkan peranti anda dengan selamat. Berikut adalah langkahnya:

5d9de6c7f1014ea79132d0dac9c21684.gif

Langkah 1: Pilih GPay sebagai kaedah pembayaran anda semasa daftar keluar
Langkah 2: Klik pada Teruskan
Langkah 3: Klik pada Teruskan dan Bayar
Langkah 4: Masukkan PIN ShopeePay anda apabila diarahkan ke halaman ShopeePay
Langkah 5: Sahkan Identiti anda dengan Google melalui Biometrik (cap jari/ID wajah)
Langkah 6: Pembayaran berjaya

Pembayaran Seterusnya

Setelah akaun ShopeePay anda dipautkan, pembayaran seterusnya akan menjadi lebih pantas:

f2986c2d4b0146f0a9e2798a5d240400.gif
Langkah 1: Pilih GPay sebagai kaedah pembayaran anda semasa daftar keluar
Langkah 2: Klik pada Teruskan
Langkah 3: Sahkan Identiti anda dengan Google melalui Biometrik (cap jari/ID wajah)
Langkah 4: Pembayaran berjaya

Tetapan ini menjadikan pembayaran lebih pantas, selamat dan mudah!

4. Bilakah ShopeePay akan tersedia secara langsung di GPay?

Bermula 5 Mac 2025, GPay secara rasmi menerima e-dompet ShopeePay sebagai salah satu kaedah pembayaran. Integrasi ini membolehkan pengguna ShopeePay membuat pembayaran dengan mudah menggunakan dana dalam e-dompet ShopeePay mereka, sekaligus memudahkan transaksi yang pantas dan selamat di pelbagai pedagang dalam talian yang menerima GPay.
Was this article helpful?
Yes
No