Hi, how can we help?

[Pembatalan Pesanan] Bila saya perlu membuat bayaran semula kepada Shopee?

Bahasa Malaysia | English

Bayaran semula
merujuk kepada bayaran yang perlu dibuat apabila pesanan yang pada asalnya dibatalkan atau diisytihar hilang akhirnya berjaya dihantar kepada pembeli. Oleh kerana tiada bayaran dibuat semasa pesanan dibatalkan oleh sistem, pembeli perlu membuat bayaran tersebut setelah menerima pesanan.

Anda perlu membuat bayaran semula dalam tiga situasi berikut:

  1. Pesanan dibatalkan kerana penyedia logistik gagal mengambil pesanan untuk penghantaran, namun penjual telah berjaya menghantar pesanan tersebut kepada anda secara persendirian.

  2. Pesanan dibatalkan kerana sistem gagal mengemas kini status bahawa pesanan telah diambil oleh penyedia logistik. Sebenarnya, pesanan telah diambil dan berjaya dihantar kepada anda.

  3. Pesanan dibatalkan kerana ia diisytihar hilang selepas diambil oleh penyedia logistik. Namun begitu, pesanan tersebut akhirnya berjaya dihantar kepada anda.

Jika penjual telah menghubungi anda untuk membuat bayaran semula, atau anda ingin membuat bayaran tersebut, sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee melalui saluran berikut untuk mendapatkan bantuan.

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied