Bahasa Malaysia | EnglishJika anda telah membayar bil SPayLater dan permohonan bayaran balik anda diluluskan, semak sama ada anda mempunyai bil SPayLater yang akan datang di laman utama SPayLater anda:Situasi 1: Anda mempunyai bil SPayLater yang akan datang
Jumlah bayaran balik akan ditolak secara automatik daripada bil SPayLater anda yang seterusnya.
Situasi 2: Anda tidak mempunyai bil SPayLater yang akan datang
Jumlah bayaran balik akan dikreditkan semula secara automatik ke dalam dompet ShopeePay anda. Sila pastikan dompet ShopeePay anda memenuhi semua kriteria di bawah:- Dompet ShopeePay anda telah diaktifkan.
- Maklumat peribadi anda sepadan dengan akaun ShopeePay dan SPayLater.
- Jumlah bayaran balik tidak melebihi had pegangan dompet ShopeePay anda.
Jika akaun anda tidak memenuhi kriteria di atas, sila hubungi kami melalui panggilan internet atau live chat untuk mengatur bayaran balik ke akaun bank anda.,Bagaimana untuk menyemak jumlah bayaran balik keseluruhan yang tersedia?
Langkah 1: Klik ikon Tanda Soal ⍰ di laman utama SPayLaterLangkah 2: Lihat Mesej Pop-Up yang memaparkan Jumlah Bayaran TerlebihSebagai alternatif, anda juga boleh melihat butiran transaksi dan status bayaran balik melalui:Transaksi
Langkah 1: Klik pada Transaksi di laman utama SPayLater
Langkah 2: Klik pada Semua Transaksi
Langkah 3: Klik pada Bayaran Balik
Langkah 4: Lihat Transaksi yang Telah Dibayar Balik
Bil
Langkah 1: Klik pada Bil SayaLangkah 2: Klik pada tab yang Telah DibilkanLangkah 3: Pilih Bulan BilLangkah 4: Cari Pesanan yang Telah Dibayar Balik di bawah bahagian AnsuranLangkah 5: Klik pada Pesanan Ansuran yang Telah Dibayar BalikLangkah 6: Lihat Butiran AnsuranDi halaman butiran ansuran:- Bayaran terlebih dikreditkan merujuk kepada jumlah bil yang telah dibayar (termasuk caj pemprosesan) sebelum permohonan bayaran balik dibuat. Jumlah ini akan dibayar balik kepada anda jika permohonan diluluskan.
- Bil dikreditkan merujuk kepada bayaran ansuran berikutnya yang dikecualikan secara automatik hasil daripada permohonan bayaran balik yang berjaya.
SPayLater ialah perkhidmatan yang disediakan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd.