Hai, bagaimana kami boleh membantu?

[ShopeePay Invest] ShopeePay Invest - Pendaftaran

Bahasa Malaysia | English

1. Bagaimanakah untuk mendaftar ShopeePay Invest?

Pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan yang dinyatakan dalam bahagian Umum Soalan Lazim (FAQ), "Soalan No. 7: Siapakah yang layak untuk melabur?".

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar ShopeePay Invest:
 
d318816becb74ff7a91b533472014014.gif

Langkah 1:
 Pergi ke halaman Saya > Pilih Dompet Saya > Pilih ShopeePay
Langkah 2: Pilih ShopeePay Invest
Langkah 3: Pilih Labur Sekarang > Anda akan diarahkan untuk mendaftar akaun ShopeePay Invest
Langkah 4: Isikan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran akaun anda
Langkah 5: Setelah pendaftaran selesai, anda akan diminta untuk menetapkan Profil Risiko anda 

Sebagai sebahagian daripada proses pembukaan akaun pelaburan, anda perlu melengkapkan perkara berikut, jika berkenaan:

(i) Penciptaan e-dompet ShopeePay
(ii) eKYC
(iii) Pengisian maklumat tambahan
(iv) Soal selidik risiko

Anda mesti membaca dan bersetuju dengan [Terma Perkhidmatan Platform E-Perkhidmatan ShopeePay dan Terma & Syarat Akaun Pelaburan oleh iFAST Capital Sdn Bhd], bersetuju untuk menerima bahan pemasaran daripada ShopeePay dan iFAST, serta mengesahkan bahawa anda tidak melabur bagi pihak mana-mana individu lain.


2. Berapa lama masa yang diambil untuk membuka akaun?

Jika eKYC anda telah diluluskan, penciptaan akaun dijangka berlaku serta-merta selepas pengisian maklumat tambahan. Untuk penciptaan akaun yang tidak serta-merta, anda akan dimaklumkan tentang keputusan permohonan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.
Adakah anda berpuas hati dengan artikel ini?
Berpuas hati
Tidak berpuas hati