Hai, bagaimana kami boleh membantu?

[ShopeePay Invest] Menjual dana

Bahasa Malaysia | English

1. Bagaimanakah cara untuk saya menjual dana?


Anda boleh menjual pelaburan sedia ada dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:


4aada05745aa4e7f97113c398c0d8c9d.gif


Langkah 1: Pergi ke halaman Saya > Dompet Saya > Pilih ShopeePay
Langkah 2: Pilih ShopeePay Invest
Langkah 3: Dari halaman Pegangan, pilih dana yang ingin dijual
Langkah 4: Pilih Jual
Langkah 5: Masukkan unit untuk dijual > Pilih Dompet ShopeePay/Akaun bank untuk terima bayaran > Tandakan kotak Terma & Syarat > Klik Jual
Langkah 6: Masukkan PIN 6 digit anda
Langkah 7: Transaksi sedang diproses


Nota: Anda tidak dibenarkan menjual dana yang anda tidak miliki.

 

2. Apakah saluran yang diterima untuk saya menjual pelaburan?

Apabila anda menjual pelaburan anda, anda boleh memilih salah satu daripada pilihan berikut sebagai destinasi hasil jualan:

  • Dompet e-Wallet ShopeePay
  • Akaun Bank (Hanya Akaun Bank milik anda, akaun bersama akan ditolak)


Nota: Setiap transaksi Jual mesti dikreditkan sepenuhnya ke destinasi yang dipilih dan bukan secara sebahagian.

 

3. Berapa lama masa yang diambil untuk saya menerima bayaran?

Hasil daripada penjualan unit pelaburan dijangka akan diterima dalam destinasi yang dipilih (ShopeePay atau Akaun Bank) dalam tempoh tujuh (7) Hari Perniagaan (T+7) selepas arahan jual dibuat. Setelah pembayaran selesai, anda boleh menyemak rekod transaksi dalam sejarah transaksi anda.

 

4. Bagaimanakah saya tahu jika pembayaran berjaya?

Anda akan menerima notifikasi bahawa transaksi pembayaran berjaya dilakukan.

 

5. Bagaimanakah saya tahu pada harga berapa saya menjual?

Dana biasanya menggunakan harga hadapan atau sejarah untuk mengira harga seunit bagi pesanan. Asas penentuan harga bagi sesuatu dana ditentukan oleh syarikat pengurusan aset dan dinyatakan dalam prospektus dana.

Untuk dana yang menggunakan harga hadapan, harga seunit bagi pesanan hanya akan diketahui selepas pesanan dibuat, biasanya satu atau dua hari perniagaan kemudian. Harga sebenar seunit akan dimaklumkan kepada anda selepas pesanan selesai.

Untuk dana yang menggunakan harga sejarah, harga seunit akan diketahui pada masa transaksi dibuat, dan dinyatakan pada halaman butiran dana.

 


6. Mengapa status transaksi saya dipaparkan sebagai “Tertunda” selepas saya sahkan untuk menjual pelaburan saya?


Transaksi yang dihantar melalui platform memerlukan masa untuk disahkan dan diselesaikan.

Jika transaksi dibuat sebelum jam 2:00 petang pada Hari Perniagaan, transaksi akan diproses pada hari yang sama dengan NAV seunit yang berkenaan digunakan.

Jika transaksi dibuat selepas jam 2:00 petang pada Hari Perniagaan, transaksi akan diproses pada Hari Perniagaan berikutnya, dengan NAV seunit yang berkenaan untuk hari tersebut digunakan.

Hasil daripada penjualan unit pelaburan dijangka akan diterima dalam destinasi yang dipilih (ShopeePay atau Akaun Bank) dalam tempoh tujuh (7) Hari Perniagaan (T+7) selepas arahan jual dibuat. Setelah pembayaran selesai, anda boleh menyemak rekod transaksi dalam sejarah transaksi anda.

 


7. Adakah terdapat jumlah minimum untuk jualan?

Sila rujuk kepada Prospektus dana tertentu kerana setiap dana mempunyai jumlah jualan minimum yang berbeza. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk menjual semua unit pegangan dalam mana-mana dana tunggal, tiada jumlah minimum yang dikenakan.

 

8. Di manakah saya boleh menyemak status transaksi saya?

Anda boleh menyemak status transaksi anda dengan pergi ke Pegangan > Butiran Transaksi.

Di bawah Butiran Transaksi anda boleh menapis mengikut (i) Beli (ii) Jual (iii) Tukar (iv) Pengagihan Pendapatan


eabd91f8bda34ca48745be78575e39ba.gif 

Langkah 1: Pergi ke halaman Saya > Dompet Saya > Pilih ShopeePay

Langkah 2: Pilih ShopeePay Invest

Langkah 3: Dari halaman Pegangan, pilih Butiran Transaksi

Langkah 4: Anda boleh menyemak butiran transaksi anda dengan menapis mengikut Beli, Jual, dan Tukar

 

 

9. Mengapakah transaksi Jual saya tidak berjaya?

Pembayaran anda mungkin tidak berjaya disebabkan oleh:

  • Dompet eWallet - Had dompet ShopeePay tidak mencukupi, jumlah pembayaran mungkin melebihi had dompet
  • Akaun Bank - (i) Ditolak oleh bank yang dipilih atau (ii) Akaun bank bukan milik anda

Jika perkara di atas berlaku, sila ikuti langkah berikut untuk mencuba semula pembayaran:

e3fb474fb0074039bd2ce7ab62ec6f37.gif


Langkah 1: Pergi ke Halaman Pegangan anda > Pilih dana untuk dijual

Langkah 2: Klik Jual
Langkah 3: Masukkan unit untuk dijual > Pilih Kredit Ke > Tandakan kotak Terma & Syarat > Klik Jual
Langkah 4: Masukkan PIN 6 digit anda
Langkah 5: Butiran jualan dipaparkan sebagai Pembayaran Sedang Diproses
Langkah 6: Butiran jualan berubah kepada Pembayaran Gagal
Langkah 7: Klik Pindahan ke Saluran Lain > Pilih Akaun Bank anda sendiri atau anda boleh pilih Akaun Bank lain dengan mengetik butang “>”

Langkah 8: Pilih Akaun Bank yang telah disahkan, atau Tambah Akaun Bank Baharu
Langkah 9: Masukkan PIN 6 digit anda 
Langkah 10: Pembayaran sedang diproses

 

10. Bolehkah saya batalkan transaksi Jual saya?

Semua transaksi yang dilakukan dalam akaun ShopeePay Invest anda adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan. Sila lakukan pelaburan dengan penuh berhati-hati dan membuat keputusan yang tepat.

 

11. Adakah hasil daripada penebusan pelaburan dianggap sebagai “Baki Boleh Ditransfer”?

Ya. Apabila anda menebus pegangan pelaburan anda dan memilih untuk mengkreditkan hasil penebusan tersebut ke eDompet ShopeePay anda, hasil penebusan itu akan dianggap sebagai sebahagian daripada “Baki Boleh Ditransfer” anda.

Adakah anda berpuas hati dengan artikel ini?
Berpuas hati
Tidak berpuas hati