Sila ambil maklum bahawa yuran dan caj berikut akan dikenakan untuk pelaburan melalui ShopeePay:
| Jenis Yuran | Kaedah Caj |
|---|---|
| Yuran Pengurusan Tahunan | Yuran yang dikenakan ke atas dana dan dimasukkan dalam harga seunit yang dikemas kini setiap Hari Perniagaan.¹ |
| Yuran Pemegang Amanah | |
| Perbelanjaan Lain | |
| Caj Jualan | Dikenakan oleh ShopeePay & iFAST semasa setiap transaksi Pembelian |
¹Yuran pengurusan tahunan, yuran pemegang amanah dan perbelanjaan lain pada peringkat dana (contohnya yuran audit, yuran ejen cukai) untuk setiap dana dinyatakan dalam prospektus dan dokumen pendedahan dana yang berkaitan.
Langkah 1: Pergi ke halaman Saya > Dompet Saya > Pilih ShopeePay
Langkah 2: Pilih ShopeePay Invest
Langkah 3: Anda akan dibawa ke halaman ShopeePay Invest
Langkah 4: Pilih dana yang diingini
Langkah 5: Prospektus, Dokumen Pendedahan (termasuk helaian fakta dana dan laporan dana, jika ada), serta Helaian Penerangan Produk boleh dilihat di halaman Butiran Dana
Langkah 6: Contoh prospektus dana (Principal Malaysia Titans Plus Fund)
Caj Jualan adalah berdasarkan jenis aset dana seperti berikut:
| Jenis Aset Dana | Caj Jualan² |
|---|---|
| Ekuiti | Lebih kurang 1.5% – 2.0% |
| Seimbang | Lebih kurang 1.5% – 2.0% |
| Pendapatan Tetap | Lebih kurang 0% – 2.0% |
| Pasaran Wang | 0% |
²Caj Jualan bagi setiap dana mungkin berubah dari semasa ke semasa. Caj Jualan tidak akan melebihi jumlah maksimum yang ditetapkan oleh pengurus dana dalam prospektus dana berkenaan.

Langkah 1: Pergi ke halaman Saya > Dompet Saya > Pilih ShopeePay
Langkah 2: Pilih ShopeePay Invest
Langkah 3: Anda akan dibawa ke halaman ShopeePay Invest
Langkah 4: Pilih dana yang diingini
Langkah 5: Prospektus, Dokumen Pendedahan (termasuk helaian fakta dana dan laporan dana, jika ada), serta Helaian Penerangan Produk boleh dilihat di halaman Butiran Dana
Langkah 6: Contoh Principal Malaysia Titans Plus Fund (prospektus dana)
Sila ambil maklum bahawa mungkin terdapat caj bank dan yuran lain yang dikenakan oleh pihak bank berkaitan transaksi langganan atau penebusan, dan caj ini akan ditanggung oleh anda.