Hai, bagaimana kami boleh membantu?

[ShopeePay Invest] Penyimpanan Rekod

Bahasa Malaysia | English

1. Di manakah saya boleh melihat semua urus niaga ShopeePay Invest saya?


Anda boleh melihat semua urus niaga ShopeePay Invest dengan menavigasi ke Pegangan > Butiran Urus Niaga.

 

Di bawah Butiran Urus Niaga, anda boleh menapis mengikut: 
(i) Beli 

(ii) Jual 

(iii) Tukar 

(iv) Agihan Pendapatan

a1d417a1eadf4fd59bb86181ef8cff93.gif


Langkah 1:
Pergi ke halaman Saya > Dompet Saya > Pilih ShopeePay

Langkah 2: Pilih ShopeePay Invest
Langkah 3: Pada halaman Pegangan, pilih Butiran Transaksi
Langkah 4: Anda boleh melihat semua butiran urus niaga anda di halaman Butiran Transaksi



2. Apakah itu agihan pendapatan?


Agihan pendapatan ialah hasil yang dijana oleh dana dan diagihkan kepada pelabur berdasarkan dasar agihan dana tersebut.



3. Mengapa NAB jatuh selepas agihan pendapatan?


Pendapatan yang diperoleh oleh dana sepanjang tahun kewangan akan terkumpul dalam harga seunit sehingga tamat tempoh agihan.

Apabila agihan pendapatan diisytiharkan, hasil faedah dan keuntungan modal yang telah direalisasikan akan diagihkan kepada pemegang unit.

Akibatnya, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit dana, termasuk harga belian (offer) dan pengeluaran (bid), akan menurun sebanyak nilai agihan tersebut.



4. Bagaimanakah saya menerima agihan pendapatan?


Agihan pendapatan akan sentiasa dilaburkan semula ke dalam dana yang sama. Anda akan menerima unit tambahan dalam dana tersebut setelah pelaburan semula diselesaikan. Anda boleh memantau agihan ini dengan menavigasi ke Pegangan > Butiran Transaksi

 

3c42f777ef67434182d7b78ee4a03c5f.gif

 

Langkah 1: Pergi ke halaman Saya > Dompet Saya > Pilih ShopeePay
Langkah 2: Pilih ShopeePay Invest
Langkah 3: Pada halaman Pegangan, pilih Butiran Transaksi
Langkah 4: Anda boleh melihat semua butiran urus niaga anda di halaman Butiran Transaksi

 

Adakah anda berpuas hati dengan artikel ini?
Berpuas hati
Tidak berpuas hati