Hi, how can we help?

[ShopeeVIP] Apa itu ShopeeVIP?

Bahasa Malaysia | English
 
Shopee VIP ialah pelan langganan yang menawarkan faedah eksklusif kepada pengguna.

Percubaan 1 Bulan Percuma

Semua pengguna Shopee yang melanggan Shopee VIP layak untuk menikmati percubaan percuma selama 1 bulan. Sepanjang tempoh ini, anda boleh menikmati semua faedah eksklusif Shopee VIP tanpa sebarang bayaran.

Selepas tempoh percubaan tamat, langganan berbayar Shopee VIP anda akan bermula secara automatik dan kitaran pembayaran akan dimulakan. Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa, termasuk semasa tempoh percubaan percuma.

Cara Melanggan Shopee VIP:

  1. Pergi ke halaman Me dan pilih ShopeeVIP
  2. Klik Dapatkan Sekarang

  3. Teruskan ke pembayaran

  4. Sebagai alternatif, pengguna boleh melanggan ShopeeVIP melalui proses langganan satu klik semasa checkout (jika tersedia), yang membolehkan pengguna melanggan dan mula menikmati manfaat ShopeeVIP dalam pesanan yang sama.

Selepas Pembelian:

  1. Setelah pesanan berjaya dibuat, anda akan menerima pemberitahuan (push notification) di telefon anda.
  2. Baucar ShopeeVIP akan ditambah secara automatik ke Voucher Wallet anda dalam tempoh 24 jam selepas langganan. Selepas kitaran langganan pertama, baucar akan dikreditkan ke Voucher Wallet anda pada permulaan setiap kitaran langganan.
  3. Bagi langganan yang dibuat melalui proses pembayaran sekali klik (termasuk Bayaran Tunai semasa Penghantaran (COD)), manfaat ShopeeVIP (contohnya baucar) akan tersedia sebaik sahaja pesanan dibuat untuk digunakan serta-merta.
  4. Pergi ke Voucher Wallet anda untuk melihat baucar yang tersedia.
  5. Baucar Penghantaran Percuma sah selama 31 hari selepas dikreditkan ke Voucher Wallet anda.
  6. Baucar Harian sah selama 1 hari dan akan dikreditkan ke Voucher Wallet anda setiap hari. 
  7. Sila baca terma dan syarat baucar sebelum digunakan.

Pembayaran dan Pembaharuan:

  1. ShopeeVIP ialah pelan langganan bulanan yang memberikan pelanggan manfaat eksklusif.

  2. Selepas tamat tempoh percubaan percuma, langganan ShopeeVIP anda akan diperbaharui secara automatik tanpa had pada selang tempoh yang anda tetapkan sehingga langganan tersebut dibatalkan oleh anda atau ditamatkan oleh kami selaras dengan Terma Langganan ini.

  3. Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Jika anda membatalkan langganan semasa kitaran langganan, bayaran bagi kitaran tersebut tidak akan dipulangkan. Melainkan dinyatakan sebaliknya, pembatalan akan berkuat kuasa pada akhir kitaran langganan di mana anda membuat pembatalan tersebut. Sementara itu, anda masih boleh menggunakan baki baucar ShopeeVIP yang belum digunakan dalam dompet baucar anda sehingga akhir kitaran langganan.

  4. Selepas dibatalkan, anda boleh melanggan semula ShopeeVIP pada bila-bila masa.

  5. Anda boleh menetapkan pilihan pembayaran berturutan dengan pergi ke halaman ShopeePay  ->  “Saya”  ->  “Tetapan”  ->  “Perkhidmatan Berkaitan ShopeePay”. Jika anda tidak menetapkan pembayaran berturutan, Shopee akan menetapkannya untuk anda dan anda dengan ini bersetuju dengan tetapan pembayaran berturutan tersebut. Anda boleh menukar pilihan pembayaran berturutan anda pada bila-bila masa.

  6. Yuran langganan ShopeeVIP akan ditolak secara automatik pada selang tempoh yang anda tetapkan pada hari pertama setiap kitaran langganan, berdasarkan pilihan pembayaran berturutan yang telah anda tetapkan (jika berkenaan). Dengan melanggan ShopeeVIP, anda bersetuju untuk membayar yuran langganan dan memberi kebenaran kepada Shopee untuk menolak yuran langganan ShopeeVIP secara automatik berdasarkan kaedah pembayaran pilihan anda dan/atau pilihan pembayaran berturutan.

  7. Jika percubaan potongan automatik gagal, sistem Shopee akan meneruskan potongan bayaran daripada kaedah pembayaran seterusnya mengikut turutan pilihan pembayaran berturutan anda. Jika semua kaedah pembayaran yang tersedia gagal, langganan anda akan digantung.

  8. Jika semua kaedah pembayaran gagal, langganan anda akan dibatalkan. Anda kemudiannya boleh memulakan langganan baharu secara manual pada bila-bila masa (rujuk “Cara melanggan ShopeeVIP”).

  9. Untuk langganan satu klik melalui checkout, sekiranya pembayaran pesanan termasuk langganan ShopeeVIP tidak berjaya diselesaikan (contohnya pesanan COD tidak dipenuhi), langganan tersebut boleh ditamatkan atau dianggap tidak sah. Jika langganan ShopeeVIP tidak dibayar, Shopee berhak untuk menarik balik manfaat ShopeeVIP dan/atau melaraskan kelayakan baucar dengan sewajarnya.

Pembatalan:

  1. Anda boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa dengan mengklik Halaman Me > ShopeeVIP > Batalkan Langganan > Sahkan.
  2. Sila rujuk terma dan syarat ShopeeVIP mengenai pembatalan sebelum anda meneruskan tindakan pembatalan.

Faedah:

 

Sila rujuk jadual di bawah untuk faedah ShopeeVIP.

 

Baucar Shopee

Harian

·Baucar diskaun 18% harian


Mingguan: 

·Baucar diskaun 30% mingguan 

·Baucar diskaun 12% mingguan


VIP Wednesday Exclusive:

·Baucar diskaun 20% VIP Wednesday

·Baucar diskaun 25% VIP Wednesday

 

Spike Day (Double Digit/Pertengahan Bulan/Jualan Gaji):

·Baucar diskaun 20% 48 jam

·Baucar diskaun 20% 48 jam

·Baucar diskaun 20% 4x selama 1 jam


Baucar penghantaran:

·Penghantaran Percuma ke Pintu Rumah (Tiada Perbelanjaan Minimum, Had RM5)

·Penghantaran Percuma Fulfilled by Shopee & Ambil Sendiri oleh Pembeli (Tiada Perbelanjaan Minimum, Had RM5)

Baucar ShopeeFood

· Baucar Penghantaran dan Diskaun ShopeeFood

Manfaat SPayLater (SPL)

· Baucar Pengguna Baharu SPayLater

Manfaat Lain

Perkhidmatan Pelanggan Keutamaan*
Manfaat 'Partnership'

Jadual faedah ini kali terakhir dikemas kini pada 9 April 2026.
 
Halaman Baucar Pasca Pembelian akan berfungsi sebagai halaman yang memaparkan manfaat terkini.
(Nota: Halaman ini hanya boleh diakses melalui peranti mudah alih.) 
 

*Bagi Khidmat Pelanggan Keutamaan, bergantung pada jumlah kes yang diterima oleh Ejen Premium kami, terdapat kemungkinan kes anda akan diuruskan oleh ejen biasa (Keutamaan Tinggi).

 

Nota Penting:

  1. Faedah, harga, dan pelan ShopeeVIP mungkin berbeza bergantung pada tempoh promosi.
  2. Tempoh sah baucar boleh dirujuk dalam Terma dan Syarat pada halaman Baucar Saya.
  3. Jika baucar tamat tempoh tanpa digunakan, ia akan terbatal secara automatik dan tidak boleh ditebus untuk wang tunai.
  4. e-Invois untuk langganan ShopeeVIP boleh diminta bermula dari 22 Okt 2025.
  5. Ketahui lebih lanjut tentang ShopeeVIP dengan melayari halaman Apakah ShopeeVIP.
  6. Sebelum melanggan ShopeeVIP, sila baca Terma dan Syarat ShopeeVIP.

  7. Shopee reserves the right to revoke, suspend, or adjust ShopeeVIP benefits in cases of suspected abuse, unsuccessful payments, or order cancellations related to subscription.
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied