Hi, how can we help?

[Pulangan Bayaran Balik] Barangan fizikal tidak boleh dipulangkan: Barangan Mudah Rosak

Bahasa Malaysia | English

Kenapa Barangan Mudah Rosak Tidak Boleh Dipulangkan?
 

Barangan mudah rosak ialah barangan yang mempunyai jangka hayat terhad dan boleh rosak, busuk, atau merosot dengan cepat disebabkan faktor persekitaran (contohnya suhu, kelembapan). Produk ini tidak sesuai untuk dipulangkan kerana kualitinya boleh merosot dengan cepat dari semasa ke semasa, terutamanya selepas penghantaran.

 

Contoh barangan yang termasuk dalam kategori ini: 

  • Makanan & Minuman > Makanan Segar & Sejuk Beku (contoh: daging, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan terproses)
  • Makanan & Minuman > Tenusu & Telur (contoh: susu, mentega & marjerin, keju)
  • Makanan & Minuman > Bakeri (contoh: roti, kek & pai, pastri)
  • Penghantaran Makanan
  • Tumbuhan hidup
 

Apakah proses bayaran balik untuk barangan tidak boleh dipulangkan?

 

Shopee akan meminta bukti daripada pembeli dan penjual untuk barangan yang tidak boleh dipulangkan. Kedua-dua pihak diberikan 1 hari kalendar untuk memberikan maklum balas. 

 

  • Jika pembeli memberikan bukti dalam tempoh 1 hari kalendar tetapi penjual terlepas tarikh akhir, Shopee akan memulangkan bayaran kepada pembeli (selagi bukti pembeli adalah sah).
  • Penjual boleh mengemukakan pertikaian dalam tempoh 3 hari kalendar dengan bukti sah untuk mendapatkan pampasan.
  • Jika bayaran balik disebabkan oleh kesilapan penjual (contohnya pembungkusan tidak baik/tidak menghantar kuantiti lengkap/menghantar barang salah), Shopee berhak untuk tidak memberikan pampasan kepada penjual.

 

đź’ˇ Tip:  Untuk barangan tidak boleh dipulangkan, pembeli hanya akan melihat pilihan “Bayaran Balik Sahaja” apabila membuat permintaan Pemulangan/Bayaran Balik. 

Untuk mengetahui cara mengemukakan permintaan bayaran balik, rujuk di sini.

 

Bagaimana jika penjual mahu barangan tidak boleh dipulangkan itu dikembalikan?

 

Pembeli tidak diwajibkan untuk menghantar semula barangan yang dikategorikan sebagai tidak boleh dipulangkan kepada penjual. Penjual boleh membuat rayuan kepada Khidmat Pelanggan atau pasukan Pertikaian Shopee untuk memohon pampasan dengan mengemukakan bukti yang sah. 

 

Berapa lama tempoh untuk pembeli membuat permintaan pemulangan/bayaran balik bagi barangan mudah rosak?

 

1. Shopee Supermarket

 

Shopee Supermarket membenarkan permohonan bayaran balik untuk barangan mudah rosak dalam tempoh:

  • 1 hari selepas penghantaran dan

  • 2 hari dari tarikh kemas kini status penjejakan pertama.

 

Permohonan yang dibuat selepas tempoh ini tidak akan diterima kerana Shopee tidak dapat menilai keadaan barang. Rujuk jadual di bawah untuk butiran:

 

Claim Window

Barang Rosak/Barang Salah 

Dalam 1 hari dari tarikh penghantaran 

Barang Hilang/Penghantaran Salah 

Dalam 2 hari dari tarikh diserahkan kepada rakan logistik 

 

2. Barangan mudah rosak lain (Bukan dari Shopee Supermarket)

 

Claim Window

Barang Rosak/Barang Salah/Cacat

 Dalam 3 hari dari tarikh penghantaran

 
 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied