Hi, how can we help?

[Penghantaran] Apa Pilihan Instant Delivery?

Bahasa Malaysia | English

Bermula 18 November 2025, pembeli kini boleh menerima pesanan mereka dalam tempoh 4 jam untuk pesanan yang dibuat antara 9:00 pagi hingga 3:00 petang pada hari yang sama melalui Penghantaran Segera (Instant Delivery). Perkhidmatan ini kini tersedia untuk penjual terpilih, bergantung pada jenis produk dan lokasi.

Pada masa ini, Penghantaran Segera membolehkan anda menerima pesanan yang layak dalam tempoh 5 jam selepas pembayaran dibuat antara 10:00 pagi hingga 3:00 petang. Perkhidmatan ini tersedia untuk produk, penjual dan lokasi terpilih.



1)  Apakah itu Instant Delivery? 

Instant Delivery ialah perkhidmatan penghantaran terus (point-to-point) yang dilaksanakan oleh penghantar ShopeeFood bagi memastikan penghantaran cepat dari pintu ke pintu. 
  • Hanya tersedia untuk produk dan penjual terpilih

  • Penghantaran dalam tempoh 5 jam selepas pembayaran dibuat antara 10.00 pagi – 3.00 petang

  • Pesanan yang dibayar selepas 3.00 petang akan dihantar pada hari berikutnya

  • Waktu penghantaran terakhir ialah sebelum 9.00 malam


2) Kawasan liputan 

Instant Delivery mengikuti liputan ShopeeFood dan tersedia di semua negeri kecuali Perlis dan Kelantan.

 

Jika anda tidak melihat pilihan Instant Delivery semasa pembayaran, alamat anda mungkin berada di luar kawasan liputan atau melebihi 30 km dari penjual.



3)  Kelayakan produk 

Hanya produk yang memenuhi semua syarat berikut layak menggunakan Penghantaran Segera:

  • Berat Maksimum: 10 kg

  • Dimensi maksimum: 30 cm (L) × 30 cm (W) × 30 cm (H)

  • Produk halal dan stok tersedia (ready stock) sahaja 

 
4) Cara membuat pesanan Penghantaran Segera 
Anda boleh menemui pilihan penghantaran ini dengan mengikuti langkah di bawah:

65bdef8c71d44e7d847d9fdb5e26aa04.gif

Langkah 1: Klik pada butang Saring

Langkah 2: Pilih Instant Delivery

Langkah 3: Klik pada Gunakan

Langkah 4: Klik pada Beli Sekarang

Langkah 5: Pilih pilihan penghantaran Instant Delivery pada halaman Semak Keluar


5) Soalan Lazim (FAQ) 

 

(a) Mengapakah saya tidak melihat pilihan Penghantaran Segera semasa pembayaran?
Item anda mungkin tidak layak atau alamat anda berada di luar kawasan liputan / melebihi 30 km dari penjual.

(b) Apakah yang berlaku jika tiada penerima semasa penghantaran dibuat?
Penghantaran akan gagal dan bungkusan akan dipulangkan kepada penjual. Tiada caj dikenakan kepada anda.


(c) Adakah terdapat item yang dilarang?

Ya. Senarai item yang dilarang tidak layak untuk Penghantaran Segera. Rujuk jadual di bawah:

 

Barang Larangan

Penerangan

Senjata Api dan Senjata

Senjata api, senjata seperti penyembur lada, pistol renjatan elektrik, dan lain-lain, serta tiruan senjata (apa-apa yang menyerupai atau bertujuan untuk memberikan gambaran sebagai senjata, sama ada ia boleh melepaskan tembakan, peluru, peluru berpandu, cecair beracun, gas atau benda lain, atau tidak).

Dadah Terlarang

Bahan haram, termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan yang menyerupai dadah dan peralatan berkaitan. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Dokumen Sulit Negara

Dokumen sulit negara termasuk tetapi tidak terhad kepada visa, pasport, kad pengenalan, lesen memandu, permit kediaman, permit kerja, sijil halal atau sebarang sijil/dokumen rasmi kerajaan lain yang tidak disebut di atas. 

Mata Wang / Kredit

Mata wang atau kredit termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mata wang atau kredit digital serta kad nilai tersimpan. 

Barang Berbahaya

Bahan berbahaya, letupan, mudah terbakar, beracun, radioaktif dan menghakis. 

Hidupan

Haiwan, produk hidupan liar, anggota atau jasad manusia, dan tumbuhan.

Bahan Lucah atau Dewasa

Bahan pornografi, penerbitan berkaitan ajaran sesat.

Barang Berpotensi Melanggar Hak 

Barang termasuk tetapi tidak terhad kepada replika, barangan tiruan, dan salinan tidak sah yang mungkin melanggar hak cipta, tanda dagangan, atau hak harta intelek pihak ketiga. 

Barang Kemas dan Batu Berharga

Batu berharga atau bernilai tinggi seperti berlian, nilam, delima, dan barang kemas yang diperbuat daripada unsur kimia seperti emas putih/kuning, perak/perak sterling. 

Bateri

Bateri ion litium boleh tanggal yang berisiko meletup. 

Barang Sejuk Beku 

Barangan yang memerlukan peralatan khas (contohnya barangan suhu terkawal). 

Bahan & Artifak Keagamaan 

Buku agama dan patung seperti Al-Quran, Bible, dan lain-lain, serta artifak dan peninggalan (objek yang mempunyai kepentingan agama, budaya atau peribadi). 

Tidak Halal 

Daging, alkohol, produk haiwan, dan produk tenusu yang tidak mematuhi garis panduan pemakanan Islam. 


(d) Bolehkah saya menjejak pergerakan penghantar bagi pesanan Penghantaran Segera secara masa nyata? 

Ya, anda boleh menjejak pesanan secara masa nyata setelah penghantar mengambil bungkusan anda daripada penjual.

Langkah 1:  Pergi ke tab Saya (Me) 

Langkah 2: Klik Untuk diterima (To Receive)

Langkah 3: Pilih pesanan Penghantaran Segera anda 

Langkah 4: Klik Track Driver Location 

Langkah 5: Lihat maklumat penghantaran 

 

 (e) Apakah yang berlaku jika penghantaran gagal?
Jika penghantaran gagal, bungkusan akan dipulangkan kepada penjual dan anda akan menerima bayaran balik penuh.
 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied