Selepas pengaktifan SPayLater Motorcycle berjaya, anda akan diberikan satu had berasingan khusus untuk pembelian motosikal. Semasa membuat pembelian motosikal, gabungan Had Umum SPayLater (SPayLater General Limit) dan Had SPayLater Motorcycle yang tersedia akan digunakan.
Apabila had digabungkan, kadar keuntungan akan mengikut kadar transaksi SPayLater Motorcycle iaitu 0.92% sebulan.
⚠️ Nota:
Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk meningkatkan jumlah bayaran pendahuluan (down payment) kepada pengedar bagi mengurangkan jumlah ansuran keseluruhan.
Jumlah ansuran minimum RM3,000 diperlukan untuk penggunaan SPayLater Motorcycle.
Harga motosikal atas jalan (On the Road Price) termasuk cukai jalan dan insurans motosikal.