Mesej ini mungkin dipaparkan kerana anda tidak memenuhi satu atau lebih kriteria kelayakan Money+. Untuk layak, anda mestilah warganegara Malaysia yang memenuhi semua syarat berikut:
berumur 18 tahun ke atas;
pengguna eWallet ShopeePay yang telah melengkapkan proses pengesahan akaun (Standard Customer Due Diligence melalui eKYC untuk status akaun “Aktif”);
tidak mempunyai indikasi Amerika Syarikat (US indicia), iaitu bukan warganegara AS, bukan pemastautin cukai AS, tidak lahir di AS, serta tidak mempunyai alamat atau nombor telefon AS.
Sekiranya isu masih berterusan selepas menyemak kriteria di atas, sila hubungi Khidmat Pelanggan ShopeePay melalui saluran berikut:
Aplikasi Shopee: Pilih tab Me > Help Centre > skrol ke bawah untuk (i) Chat atau (ii) Internet Call
Aplikasi ShopeePay: Pilih tab Me > Help Centre > skrol ke bawah untuk Chat
4. Berapa kerap saya boleh menambah nilai ke Money+?
Anda boleh menambah nilai pada bila-bila masa dan sekerap yang anda mahu.
5. Adakah terdapat amaun minimum untuk tambah nilai Money+?
Ya. Amaun minimum tambah nilai bagi setiap transaksi ialah RM10, sama ada menggunakan baki eWallet ShopeePay atau baki akaun bank melalui perbankan dalam talian.
6. Adakah terdapat amaun maksimum tambah nilai dan had pegangan untuk Money+?
Ya, amaun maksimum tambah nilai dan had pegangan untuk Money+ ialah RM20,000. Sekiranya baki Money+ anda melebihi had ini, anda akan terus menerima pulangan harian yang akan dikreditkan secara tunai ke dalam baki e-dompet ShopeePay anda.
7. Apakah yang akan berlaku sekiranya baki Money+ saya melebihi had RM20,000?
Apabila baki Money+ anda melebihi had yang ditetapkan sebanyak RM20,000, anda tidak akan dapat membuat tambah nilai selanjutnya ke dalam Money+. Sebarang pelaburan tambahan melebihi RM20,000 akan ditebus secara automatik daripada pegangan Money+ anda dan dikreditkan ke dalam e-dompet anda secara harian.
8. Adakah sebarang caj atau yuran dikenakan semasa tambah nilai ke Money+?
Tiada caj jualan atau yuran lain dikenakan untuk transaksi tambah nilai.
Pulangan harian yang diterima adalah selepas ditolak yuran berikut:
- Yuran pengurusan sehingga 0.40% setahun
- Yuran pemegang amanah sehingga 0.03% setahun
Sila rujuk Prospektus Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund untuk maklumat lanjut.
9. Bagaimanakah cara untuk menambah nilai ke Money+?
Pastikan anda telah melengkapkan proses pengesahan akaun terlebih dahulu. Setelah disahkan, ikuti langkah berikut:
Langkah 1: Klik ikon Money+ pada halaman utama eWallet ShopeePay
Langkah 2: Pilih Top Up Now
Langkah 3: Masukkan amaun tambah nilai
Langkah 4: Pilih kaedah tambah nilai (Baki ShopeePay yang boleh dipindahkan / perbankan dalam talian)
Langkah 5: Tandakan kotak Terma & Syarat > Pilih Top Up dan ikuti arahan di skrin

⚠️Nota: Sila gunakan akaun bank yang didaftarkan atas nama anda sendiri untuk tambah nilai melalui perbankan dalam talian. Transaksi tambah nilai menggunakan akaun bank yang tidak didaftarkan atas nama anda tidak akan berjaya diproses.
10. Bolehkah saya membuat tambah nilai secara berkala (contohnya RM10 setiap bulan) melalui arahan tetap / auto-debit ke Money+?
Tidak. Fungsi arahan tetap atau auto-debit tidak tersedia buat masa ini.
11. Apa yang berlaku selepas saya berjaya menambah nilai ke Money+?
Anda akan menerima pemberitahuan melalui eWallet ShopeePay sebaik sahaja permintaan tambah nilai berjaya. Anda juga boleh menyemak baki akaun Money+ di halaman utama Money+.
12. Berapa lama masa yang diambil untuk memproses dan mengkreditkan tambah nilai ke akaun Money+ saya?
Bagi permintaan tambah nilai yang berjaya, amaun tambah nilai akan dikreditkan serta-merta ke dalam baki akaun Money+ anda. Jika anda menambah nilai sebelum jam 2:00 petang pada hari bekerja, anda boleh menjangkakan untuk melihat pulangan harian selewat-lewatnya jam 9:00 malam pada hari yang sama.
13. Mengapakah saya menerima mesej transaksi tidak berjaya melalui Perbankan Dalam Talian?
Transaksi Perbankan Dalam Talian mungkin tidak berjaya disebabkan oleh salah satu sebab berikut:
- Anda cuba membuat pemindahan daripada akaun bank yang tidak didaftarkan atas nama anda atau akaun bersama;
- Anda gagal dalam langkah pengesahan portal bank (contohnya log masuk tidak sah, OTP tidak sah, atau baki akaun tidak mencukupi);
- Anda tidak memenuhi keperluan lain yang ditetapkan oleh ShopeePay, iFAST atau pihak bank, seperti had transaksi;
- Berlaku gangguan sambungan antara aplikasi Shopee atau ShopeePay. Dalam kes ini, sila cuba semula kemudian.
14. Amaun tambah nilai telah berjaya ditolak daripada akaun bank saya, tetapi tidak dipaparkan dalam baki Money+. Mengapa?
Kemungkinan sebabnya ialah tambah nilai dibuat menggunakan akaun bank yang tidak didaftarkan atas nama anda atau akaun bersama.
Kami akan cuba memulangkan amaun tambah nilai tersebut ke akaun bank asal. Jika isu masih berterusan, sila hubungi Khidmat Pelanggan ShopeePay melalui:
Aplikasi Shopee: Me > Help Centre > Chat / Internet Call
Aplikasi ShopeePay: Me > Help Centre > Chat
15. Bagaimanakah cara untuk menyemak baki Money+ saya?
Anda boleh menyemak maklumat berkaitan melalui halaman utama Money+.
Langkah 1: Pergi ke halaman Money+
Langkah 2: Anda boleh menyemak sejarah transaksi dan pulangan anda
16. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund?