Hi, how can we help?

ShopeePay] Money+ Permohonan Tempoh Bertenang

Bahasa Malaysia | English
 
1. Apakah itu tempoh bertenang bagi Money+?
 

Tempoh bertenang (cooling-off) bagi Money+ merujuk kepada tempoh di mana pelabur boleh memohon bayaran balik penuh bagi amaun tambah nilai pertama mereka. Seperti yang ditetapkan oleh iFAST Capital Sdn. Bhd., tempoh bertenang adalah selama enam (6) hari bekerja bermula dari tarikh tambah nilai pertama yang berjaya ke dalam Money+ oleh pelabur kali pertama melalui platform ShopeePay.

 

⚠️ Perhatian: Hak tempoh bertenang akan terbatal sebaik sahaja permohonan pengeluaran dibuat. Ini bermaksud anda tidak dibenarkan membuat sebarang pengeluaran atau tambah nilai tambahan selain pelaburan awal sepanjang tempoh enam (6) hari bekerja ini untuk kekal layak menikmati hak tempoh bertenang.

 

  • Sekiranya anda membuat pengeluaran atau tambah nilai tambahan ke dalam Money+ dalam tempoh ini, hak tempoh bertenang anda akan tamat secara automatik.
  • Hak tempoh bertenang hanya terpakai untuk pelaburan pertama anda dan tidak meliputi sebarang transaksi seterusnya.
  • Anda juga akan kehilangan hak tempoh bertenang sekiranya anda pernah membuat pelaburan melalui ciri ShopeePay Invest sebelum ini.
 
2. Siapakah yang layak menikmati hak tempoh bertenang?
 

Pelabur kali pertama dalam mana-mana dana Eastspring Investments Berhad melalui platform ShopeePay mempunyai hak penarikan balik (cooling-off) berkaitan tambah nilai mereka ke dalam Money+. Pelaburan ke dalam mana-mana dana lain yang diuruskan oleh pengurus dana lain melalui ShopeePay Invest tidak menjejaskan hak penarikan balik anda bagi dana ini.

Walau bagaimanapun, hak penarikan balik tidak terpakai kepada individu berikut:

  • Ahli kakitangan pengurus dana (Eastspring Investments Berhad) atau pengedar, iFAST.
  • Individu yang berdaftar dengan badan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menguruskan unit amanah.
 
3. Bagaimanakah cara untuk mengemukakan permohonan tempoh bertenang?
 
Untuk menggunakan hak tempoh bertenang, anda perlu menghubungi Khidmat Pelanggan Shopee melalui chat bagi mendapatkan borang tempoh bertenang.

Langkah 1: Pergi ke halaman Saya
Langkah 2: Klik Help Centre
Langkah 3: Skrol ke bawah dan pilih Chat
Langkah 4: Pilih Chat with Agent
Langkah 5: Pilih bahasa pilihan anda
Langkah 6: Mohon borang Cooling-Off dan ID Akaun Pelaburan anda daripada ejen khidmat pelanggan
Langkah 7: Lengkapkan borang dan hantarkan semula kepada ejen secara langsung melalui chat. Pasukan kami akan membantu mengemukakan permohonan anda kepada iFAST untuk diproses.
28e2d7c7cd714ea6b6f4af1db1336b97.gif⚠️Nota: Sila pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan.
Sekiranya anda telah membuat sebarang pengeluaran atau tambah nilai tambahan, anda tidak lagi layak untuk hak tempoh bertenang.
 
4. Bilakah saya akan menerima bayaran balik selepas menghantar permohonan tempoh bertenang?
 
Kami akan memulangkan amaun pelaburan awal anda, termasuk caj jualan (jika ada), dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kami menerima dana bayaran balik daripada iFAST.
 
5. Adakah hak tempoh bertenang terpakai untuk tambah nilai seterusnya?
 
Tidak. Hak tempoh bertenang hanya terpakai untuk tambah nilai pertama ke dalam Money+.
 
6. Saya mempunyai akaun unit amanah sedia ada melalui perunding skim unit amanah Eastspring Malaysia, tetapi ini kali pertama saya melabur dalam Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund melalui Money+. Adakah hak tempoh bertenang terpakai kepada saya?
 
Ya, hak tempoh bertenang tetap terpakai kepada anda.
 
 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied