Hi, how can we help?

[ShopeePay] Money+ Sejarah Transaksi

Bahasa Malaysia | English 
 
1. Bolehkah saya melihat transaksi Tambah Nilai dan Pengeluaran saya? 
 

Ya, anda boleh melihat sejarah transaksi Tambah Nilai dan Pengeluaran melalui aplikasi Shopee atau ShopeePay.

 

Sejarah transaksi anda boleh diakses melalui bahagian Butiran Baki di halaman Money+ dan boleh dilihat sehingga 90 hari.

 

Untuk melihat transaksi anda, ikuti langkah berikut:

Langkah 1: Pergi ke halaman Money+
Langkah 2: Pergi ke halaman Butiran Baki
Langkah 3: Anda boleh melihat semua transaksi anda di sini, termasuk tambah nilai dan sejarah pengeluaran anda

4136b436393347e0995bfc48e1ee9115.gif

2. Apakah maklumat yang dipaparkan dalam Balance Details?

 

Bahagian Balance Details dalam Money+ memaparkan maklumat semua transaksi anda, termasuk butiran Tambah Nilai, Pengeluaran, Pulangan Harian, serta transaksi pembayaran kepada peniaga.

 

3. Apakah itu Jumlah Pulangan (Total Returns) dan bagaimana ia dikira? 

 

Jumlah Pulangan ialah jumlah keseluruhan pulangan harian yang terkumpul bermula dari tarikh Tambah Nilai pertama anda.

 

4. Apakah itu Kadar Pulangan Harian (Daily Return Rate)? 

 

Kadar Pulangan Harian ialah keuntungan atau kerugian bersih yang dijana oleh Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund bagi sesuatu hari, selepas ditolak yuran pengurusan dan yuran pemegang amanah.

 

 5. Bilakah pulangan harian akan dimasukkan ke akaun saya?

 

 Pulangan harian biasanya akan dimasukkan ke akaun anda selewat-lewatnya pada jam 9:00 malam setiap hari bekerja.

 

6. Mengapakah saya tidak dapat melihat pulangan saya selepas menaik taraf ke Money+?

 

Sekiranya anda tidak dapat melihat pulangan selepas menaik taraf ke Money+, kemungkinan disebabkan oleh salah satu sebab berikut:

  • Tambah Nilai pertama anda masih dalam proses;

  • Baki Money+ anda menjana pulangan harian kurang daripada RM0.01. Walau bagaimanapun, anda masih terus mengumpul pulangan walaupun baki adalah rendah.

 

Jika masalah masih berterusan selepas mengambil kira perkara di atas, sila hubungi Khidmat Pelanggan ShopeePay untuk bantuan melalui saluran berikut:

  1. Aplikasi Shopee: Me > Help Centre > Chat / Internet Call

  2. Aplikasi ShopeePay: Me > Help Centre > Chat

 
7. Bagaimanakah pulangan tahunan terlaras bagi 30 hari lepas (past 30-day annualised return) Money+ dikira?
 

Pulangan tahunan terlaras bagi 30 hari lepas Money+ dikira berdasarkan pulangan harian yang dijana oleh Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund selepas ditolak semua perbelanjaan berkaitan.

 

Secara khusus, pengiraan ini melibatkan pulangan harian dana selepas ditolak yuran yang dikenakan oleh pengurus dana. Perbelanjaan ini termasuk dalam Total Expense Ratio (TER) dana, yang merangkumi:

  • Yuran Pengurusan yang dikenakan oleh Pengurus Dana;

  • Perbelanjaan operasi lain dana (contohnya kos penjagaan aset, pemasaran, pematuhan dan perkhidmatan pemegang unit);

  • Yuran Pemegang Amanah.

 

TER mungkin berbeza sedikit bergantung kepada saiz dana kerana ia merangkumi kos tetap.

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied