Hi, how can we help?

[Brunei – Pulangan & Bayaran Balik] Bagaimanakah cara memulangkan barang?

Bahasa Malaysia | English

Untuk memohon pulangan atau bayaran balik di Shopee, sila ikuti langkah-langkah di bawah menggunakan aplikasi Shopee.


1. Hantar permohonan melalui aplikasi

 

08b749083e754395abcac84d96c088e6.gif

 

Langkah 1: Pergi ke tab Saya.

Langkah 2: Klik Untuk Diterima.

Langkah 3: Pilih pesanan yang ingin dipohon pemulangan/bayaran balik.

Langkah 4: Klik butang Pemulangan/Bayaran Balik.

Langkah 5: Pilih sebab pemulangan atau bayaran balik.

Langkah 6: Isi bahagian Penerangan.

Langkah 7: Klik Hantar.

Langkah 8: Pilih Serahan Sendiri (Drop Off).

Langkah 9: Pilih Poslaju Malaysia Timur (Pemulangan Percuma)*.

*Pastikan anda memilih pilihan pemulangan dalam tempoh 2 hari selepas menghantar permohonan pemulangan/bayaran balik.

Langkah 10: Klik Sahkan.


⚠️ Nota:

Sila rujuk panduan ini untuk maklumat lanjut mengenai dasar pemulangan dan bayaran balik Shopee.


2. Bungkus pesanan untuk dipulangkan kepada penjual

 

Bungkus produk menggunakan pembungkusan asal, termasuk kotak karton (jika ada), atau gunakan pembungkusan tambahan bagi melindungi produk tersebut.

Anda boleh sama ada:

  • Mencetak bil muatan udara (AWB) pemulangan dan melekatkannya pada bungkusan, atau

  • Menunjukkan kod bar yang dijana di kaunter Poslaju Malaysia Timur.

 

 

⚠️ Nota:
 Sekiranya anda menghadapi isu semasa menjana kod bar pemulangan bagi kurier rakan Shopee disebabkan gangguan sistem sementara, sila hubungi Pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui saluran yang disediakan di bahagian bawah halaman untuk mendapatkan bantuan.



3. Serahkan bungkusan di cawangan Poslaju / Pos Malaysia Sabah & Sarawak


Hantar bungkusan pemulangan ke mana-mana cawangan Poslaju atau Pos Malaysia Sabah & Sarawak dalam tempoh 6 hari selepas permohonan pemulangan dibuat (tarikh akhir akan dipaparkan dalam aplikasi).

Sila tunjukkan kod bar yang dijana kepada petugas di kaunter serahan untuk membantu mencetak bil muatan udara (AWB) pemulangan.

 

⚠️ Nota:

  • Pastikan bungkusan diserahkan ke cawangan Poslaju / Pos Malaysia Timur yang ditetapkan dalam tempoh 6 hari selepas permohonan pemulangan dibuat.

  • Setelah bungkusan pemulangan diterima oleh penjual, penjual akan menilai keadaan produk yang dipulangkan.

  • Penjual akan membuat keputusan untuk menerima atau menolak pemulangan.

  • Sekiranya berlaku pertikaian, Pasukan Pertikaian Shopee (Dispute Team) akan membantu sebagai pengantara.

  • Jika permohonan diluluskan, bayaran balik akan diproses dengan segera, tertakluk kepada tempoh pemprosesan oleh kaedah pembayaran anda.

  • Semua pihak yang terlibat (pembeli, penjual, ejen pertikaian) boleh menjejaki status bungkusan melalui aplikasi.



4. Bantuan tambahan untuk penyerahan bungkusan

Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan perkhidmatan runner pihak ketiga untuk membantu menghantar bungkusan pemulangan ke cawangan Poslaju Malaysia Sabah & Sarawak yang ditetapkan.


Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan runner pihak ketiga yang tersedia boleh didapati di sini.


*Perkara penting apabila menggunakan perkhidmatan runner pihak ketiga:

  1. Perkhidmatan ini bukan sebahagian daripada Shopee dan tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Shopee.

  2. Terma, syarat dan caj berasingan mungkin dikenakan.

  3. Shopee tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan bungkusan atau kandungannya, serta kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga.


Sekiranya anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan runner pihak ketiga, sebarang kos dan pengaturan adalah antara anda dan penyedia perkhidmatan. Kami mengesyorkan agar anda menyemak terma dan yuran mereka dengan teliti sebelum meneruskan.


Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan penyelesaian yang lebih mudah dan lancar bagi meningkatkan pengalaman pemulangan anda.


Contoh bil muatan udara (AWB) pemulangan::


 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied