Ciri daftar masuk harian direka untuk membantu anda mengurus operasi kedai anda dengan lebih cekap setiap hari. Ia membantu anda menyemak status kedai dan memastikan semuanya ditetapkan dengan betul sebelum menerima pesanan, sekali gus mengurangkan risiko pesanan masuk ketika kedai tidak beroperasi.
Soalan Lazim:
1. Mengapakah saya menerima Daftar Masuk (PN)?
- Anda akan menerima PN 30 minit sebelum waktu operasi kedai anda. Pemberitahuan ini mengingatkan anda untuk log masuk ke Aplikasi Shopee Partner anda dan mengesahkan status kedai anda untuk hari tersebut.
- Pada masa yang sama, sistem akan tutup sementera kedai anda secara automatik sepanjang hari sehingga anda mengambil tindakan daripada pemberitahuan daftar masuk.
2. Apakah yang perlu saya lakukan selepas saya menerima PN?
- Selepas mengklik pada PN, tetingkap timbul daftar masuk akan muncul. Anda mesti memilih salah satu daripada pilihan berikut untuk mengesahkan status kedai anda:

- Ya, kedai dibuka hari ini: Status kedai anda akan ditetapkan kepada "Buka" pada aplikasi ShopeeFood dan pelanggan boleh membuat pesanan seperti biasa sehingga waktu tutup yang anda tetapkan .
- Tidak, kedai tutup: Status kedai anda akan ditetapkan kepada "Tutup" pada aplikasi ShopeeFood, dan anda tidak akan menerima sebarang pesanan untuk hari tersebut.
3. Apa yang akan berlaku jika saya tidak mengambil sebarang tindakan?
- Jika anda tidak memilih sebarang pilihan:
- Tetingkap timbul daftar masuk akan terus muncul.
- Kedai anda akan ditutup sepanjang hari dan tidak akan menerima sebarang pesanan.
4. Mengapakah saya menerima tetingkap timbul daftar masuk semasa kedai saya dibuka?
- Anda juga mungkin menerima tetingkap timbul jika kedai anda telah mencapai ambang pesanan pembatalan sistem. Ini berlaku apabila kedai anda telah memenuhi atau melebihi bilangan pesanan yang dibatalkan yang dibenarkan.
- Dalam kes ini, anda perlu memilih salah satu daripada pilihan berikut:

- Tutup Kedai Sementera: Kedai anda tidak beroperasi pada hari tersebut, atau anda menerima terlalu banyak pesanan semasa waktu puncak dan perlu menghentikan pesanan masuk buat sementara waktu.
- Teruskan Buka: Kedai anda beroperasi seperti biasa dan terus menerima pesanan seperti biasa.
5. Bolehkah saya menyahaktifkan semula kedai saya selepas ia dihenti sementara secara automatik?
- Ya. Jika kedai anda dihentikan sementara secara automatik oleh sistem, anda boleh mengklik “Nyahjeda” dalam Aplikasi Shopee Partner anda. Setelah dihentikan sementara, status kedai anda akan berubah kepada Buka dan anda boleh mula menerima pesanan.