DuitNow QR ialah perkhidmatan pemindahan dana segera yang mudah dan selamat, membolehkan anda membuat pembayaran untuk pesanan anda. Ia juga dikenali sebagai Piawaian QR Kebangsaan, iaitu kod QR bersepadu yang menerima pembayaran daripada mana-mana aplikasi perbankan mudah alih dan e-dompet yang mengambil bahagian. Pembayaran boleh dibuat dengan memilih DuitNow QR sebagai kaedah pembayaran semasa membuat pesanan.
*Ciri ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih buat masa ini.
Bagaimana membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR?
Langkah 1: Pada halaman pembayaran (Checkout), di bawah Kaedah Pembayaran, pilih Lihat Semua.
Langkah 2: Pilih DuitNow QR, klik Sahkan, kemudian Buat Pesanan
Langkah 3: Kod QR pembayaran akan dijana secara automatik. Klik Cara Membayar dan ikuti langkah-langkah yang dipaparkan
Langkah 4: Klik OK dan ikuti arahan di bawah Cara Membayar
Bagaimana jika saya tidak melengkapkan proses pembayaran dan keluar daripada halaman pembayaran?

Langkah 1: Pilih Saya > Pembelian Saya > Untuk Dibayar
Langkah 2: Klik Bayar
Langkah 3: Teruskan proses pembayaran dan klik OK
⚠️ Nota:
Jumlah pembayaran minimum sebanyak RM1.00 diperlukan untuk menggunakan DuitNow QR.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Di manakah bayaran balik akan dikreditkan jika pesanan melalui proses Pemulangan/Bayaran Balik?
Bayaran balik akan dipulangkan ke sumber pembayaran asal yang digunakan untuk transaksi tersebut, sama ada akaun bank atau e-dompet.
2. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk memproses bayaran balik ke sumber pembayaran asal?
SLA untuk bayaran balik DuitNow QR adalah mengikut piawaian perbankan dalam talian, iaitu dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja, tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum.
3. Adakah kod QR akan luput jika saya gagal mengimbas dan melengkapkan pembayaran semasa checkout?
Kod QR akan kekal sah selama 6 jam. Anda masih boleh melengkapkan pembayaran dalam tempoh tersebut dengan pergi ke Pembelian Saya dan klik Bayar.