2. Siapakah yang layak untuk Shopee For Youth?
Shopee For Youth terbuka kepada:
Pengguna yang layak berumur 18–24 tahun, berdasarkan tarikh lahir; dan
Pelajar pengajian tinggi yang layak dan berjaya melengkapkan Pengesahan Emel Pelajar.
Kelayakan adalah tertakluk kepada keperluan program dan pengesahan yang berjaya.
3. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar Shopee For Youth?
Anda boleh mendaftar melalui halaman utama Shopee For Youth di Shopee. Ikuti arahan pada halaman tersebut untuk melengkapkan pendaftaran dan pengesahan yang diperlukan.
4. Apakah pengesahan yang perlu saya lengkapkan?
Bergantung pada kelayakan anda, anda mungkin diminta untuk melengkapkan:
Pengesahan MyKad – menggunakan MyKad Malaysia anda dan swafoto memegang MyKad; atau
Pengesahan Emel Pelajar – menggunakan alamat emel pelajar yang sah.
Ikuti kaedah pengesahan yang dipaparkan kepada anda semasa pendaftaran.
5. Mengapa saya perlu melengkapkan pengesahan?
Pengesahan diperlukan untuk mengesahkan kelayakan anda bagi Shopee For Youth dan memastikan manfaat program diberikan kepada pengguna yang layak.
6. Apakah yang saya perlukan untuk Pengesahan MyKad?
Untuk Pengesahan MyKad, sila sediakan:
MyKad Malaysia yang sah
Foto MyKad anda yang jelas
Swafoto memegang MyKad anda
7. Mengapa saya perlu memuat naik swafoto bersama MyKad saya?
Swafoto ialah langkah pengesahan tambahan untuk menyokong semakan penyerahan anda dan membantu memastikan keselamatan program Shopee For Youth.
8. Pengesahan MyKad saya gagal. Apakah yang perlu saya buat?
Sila pastikan bahawa:
MyKad anda kelihatan sepenuhnya
Imej adalah jelas dan mendapat pencahayaan yang baik
Tiada silau atau pantulan
Tiada maklumat yang terutup atau terhalang
MyKad anda adalah sah
Imej tidak dipotong (crop) atau diedit
Anda boleh mencuba semula Pengesahan MyKad sehingga 5 kali sehari. Jika anda telah mencapai had harian, sila cuba lagi pada hari berikutnya. Jika masalah berterusan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee untuk bantuan lanjut.
9. Bagaimanakah saya boleh menyemak status pengesahan MyKad saya?
Buat masa ini tiada fungsi khas untuk memaparkan status pengesahan MyKad anda. Walau bagaimanapun, jika anda menyerahkan pengesahan melalui laluan Pengesahan MyKad, anda boleh menyemak status anda melalui halaman pengesahan umur. Halaman ini juga boleh diakses melalui laman akses Shopee For Youth yang sama.
10. Bagaimanakah cara untuk melengkapkan Pengesahan Emel Pelajar?
Pilih Pengesahan Emel Pelajar semasa pendaftaran dan ikuti arahan untuk mengesahkan status pelajar anda menggunakan alamat emel pelajar yang sah.
11. Domain emel universiti atau pelajar saya tidak diiktiraf. Apakah yang perlu saya buat?
Domain emel universiti anda mungkin belum dimasukkan ke dalam senarai yang diluluskan. Sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee dan berikan:
Nama universiti
Domain emel pelajar
Tangkapan skrin (screenshot) ralat, jika ada
Pasukan berkenaan akan menyemak sama ada domain tersebut sah untuk dimasukkan.
12. Apakah yang perlu saya lakukan jika domain emel yang dipilih tidak sama dengan emel universiti saya?
Jika domain emel yang dipilih tidak padan dengan domain emel pelajar universiti anda yang sebenar, anda boleh mengetik pada domain emel tersebut dan mengeditnya secara manual. Sila masukkan domain emel pelajar universiti anda yang betul sebelum meneruskan pengesahan.
13. Saya tidak menerima OTP untuk Pengesahan Emel Pelajar. Apakah yang perlu saya buat?
Sila semak bahawa:
Alamat emel pelajar anda adalah betul
Anda boleh mengakses peti masuk emel tersebut
Anda telah menyemak folder spam/junk anda
Jika masalah berterusan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee bersama tangkapan skrin ralat dan domain emel pelajar yang digunakan. Sila jangan kongsi OTP anda dengan sesiapa.
14. Adakah saya memerlukan kod rujukan (referral code) untuk Pengesahan Emel Pelajar?
Tidak. Kod rujukan adalah pilihan dan tidak diperlukan untuk melengkapkan Pengesahan Emel Pelajar.
15. Universiti saya tidak mempunyai domain emel pelajar yang diiktiraf. Bolehkah saya mendaftar?
Sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee untuk semakan jika domain emel universiti anda tidak diiktiraf. Domain universiti yang sah boleh ditambah ke dalam senarai diluluskan selepas semakan dilakukan.
16. Mengapa saya tidak boleh melengkapkan pengesahan?
Pengesahan mungkin tidak berjaya jika:
Maklumat yang diberikan tidak padan dengan rekod pengesahan
Dokumen/imej yang diserahkan tidak dapat disahkan
Maklumat atau imej yang diperlukan tidak diserahkan
Maklumat peribadi yang sama telah didaftarkan pada akaun Shopee yang lain
Anda tidak memenuhi syarat kelayakan program
Sila ikuti arahan yang dipaparkan pada halaman pengesahan dan cuba semula sekiranya berkenaan.
17. Bolehkah saya mencuba semula pengesahan saya?
Ya. Jika penyerahan anda sebelum ini tidak berjaya dan penyerahan semula dibenarkan, anda boleh mencuba semula dalam akaun Shopee yang sama.
Untuk Pengesahan MyKad, anda boleh mencuba semula sehingga 5 kali sehari. Jika anda mencapai had harian, sila cuba lagi pada hari berikutnya.
Setelah maklumat peribadi anda berjaya disahkan dan didaftarkan untuk Shopee For Youth, maklumat yang sama tidak boleh digunakan untuk mendaftar Shopee For Youth pada akaun Shopee yang lain.
18. Bolehkah saya mengedit maklumat yang telah diisi awal (pre-filled)?
Ya. Sila semak maklumat yang telah diisi awal dengan teliti dan betulkan sebarang maklumat yang tidak tepat sebelum menyerahkan pengesahan anda.
19. Bolehkah saya menggunakan MyKad atau butiran pelajar orang lain?
Tidak. Maklumat yang diserahkan untuk pengesahan mestilah milik pemegang akaun Shopee tersebut. Menggunakan identiti atau maklumat pelajar orang lain boleh menyebabkan kegagalan pengesahan atau pembatalan kelayakan daripada program.
20. Bagaimanakah saya tahu jika keahlian Shopee For Youth saya sudah aktif?
Anda boleh menyemak status keahlian anda di mikrosite Shopee For Youth. Jika keahlian anda berjaya diaktifkan, bahagian atas akan memaparkan:
“Keahlian Shopee For Youth anda adalah AKTIF. Nikmati ganjaran eksklusif!”
21. Berapa lamakah proses pengesahan mengambil masa?
Anda akan dimaklumkan sebaik sahaja keputusan pengesahan anda tersedia. Sila pastikan pemberitahuan tolak (push notification) Shopee anda diaktifkan supaya anda tidak terlepas sebarang kemas kini.
22. Adakah Shopee For Youth percuma?
Ya. Tiada yuran keahlian dikenakan untuk menyertai Shopee For Youth. Hanya lengkapkan pendaftaran dan pengesahan yang diperlukan untuk menikmati manfaat yang tersedia bagi ahli yang layak.
23. Apakah manfaat yang akan diterima oleh ahli Shopee For Youth?
Ahli Shopee For Youth boleh menikmati promosi eksklusif, baucar, dan ganjaran khas ahli. Manfaat boleh berubah dari semasa ke semasa dan tertakluk kepada Terma & Syarat masing-masing.
24. Di manakah saya boleh mencari manfaat Shopee For Youth saya?
Sila semak halaman Shopee For Youth yang berkaitan untuk promosi, baucar, dan ganjaran khas ahli yang tersedia. Manfaat adalah tertakluk kepada Terma & Syarat kempen masing-masing.
25. Saya telah mendaftar tetapi tidak dapat melihat manfaat saya. Apakah yang perlu saya buat?
Sila semak terlebih dahulu bahawa:
Keahlian Shopee For Youth anda adalah AKTIF
Anda memenuhi kriteria kelayakan untuk tawaran berkaitan
Tawaran tersebut masih dalam tempoh sah
Anda boleh menyemak status keahlian anda di mikrosite Shopee For Youth.
Jika anda telah melengkapkan Pengesahan MyKad, anda juga boleh menyemak status pengesahan anda melalui halaman pengesahan umur.
Jika manfaat masih tidak tersedia, sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee untuk bantuan.
26. Bilakah saya akan menerima ganjaran/kod baucar Shopee For Youth saya?
Selepas berjaya mendaftar Shopee For Youth dan melengkapkan pengesahan yang diperlukan, ganjaran/kod baucar anda akan dihantar dalam tempoh 3 hari bekerja. Anda akan menerima pemberitahuan dan emel apabila kod anda sedia untuk digunakan. Sila pastikan pemberitahuan tolak Shopee (push notification) anda diaktifkan dan semak peti masuk emel yang berdaftar dengan akaun Shopee anda.
27. Di manakah saya boleh mencari ganjaran/kod baucar saya?
Sebaik sahaja kod anda sedia, anda akan menerima pemberitahuan Shopee dan emel. Anda juga boleh mengakses halaman Shopee For Youth untuk melihat semula baucar/kod ganjaran anda.
28. Saya masih belum menerima ganjaran/kod baucar saya. Apakah yang perlu saya buat?
Sila berikan masa sehingga 3 hari bekerja selepas berjaya melengkapkan pendaftaran dan pengesahan untuk ganjaran/kod baucar anda dihantar.
Sila semak:
Pemberitahuan tolak Shopee anda
Peti masuk emel yang berdaftar dengan akaun Shopee anda
Halaman Shopee For Youth anda untuk kod baucar/ganjaran
Jika tempoh 3 hari bekerja telah berlalu dan anda masih belum menerima kod anda, sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee untuk bantuan lanjut.
29. Bagaimanakah cara untuk mengagihkan/menebus ganjaran ZUS Coffee saya?
Jika anda layak mendapat ganjaran ZUS Coffee, kod ZUS Coffee anda akan diberikan selepas ganjaran dikeluarkan.
Anda boleh menebus kod tersebut melalui Aplikasi ZUS Coffee atau di cawangan ZUS Coffee yang mengambil bahagian, tertakluk kepada Terma & Syarat kempen yang berkuat kuasa.
Kod ini adalah untuk kegunaan sekali sahaja dan sah sehingga 31 Oktober 2026.
30. Bolehkah saya mendaftar jika saya sudah menjadi pengguna Shopee?
Ya. Pengguna sedia ada Shopee yang layak boleh mendaftar untuk Shopee For Youth, tertakluk kepada syarat kelayakan dan pengesahan program.
31. Bolehkah saya mendaftar jika saya tidak mempunyai akaun Shopee?
Anda memerlukan akaun Shopee untuk menyertai Shopee For Youth. Sila cipta akaun Shopee sebelum mendaftar untuk program ini.
32. Saya berumur 18–24 tahun tetapi bukan seorang pelajar. Bolehkah saya menyertainya?
Ya. Pengguna yang layak berumur 18–24 tahun boleh mendaftar melalui aliran Pengesahan MyKad, tertakluk kepada pengesahan yang berjaya.
33. Saya seorang pelajar tetapi berumur lebih dari 24 tahun. Bolehkah saya menyertainya?
Pelajar yang layak boleh mendaftar melalui aliran Pengesahan Emel Pelajar, tertakluk kepada kriteria kelayakan pelajar program dan pengesahan yang berjaya.
34. Bolehkah saya mendaftarkan butiran saya dalam akaun Shopee yang berbeza?
Anda boleh mencuba semula pengesahan dalam akaun Shopee yang sama jika penyerahan sebelum ini tidak berjaya.
Walau bagaimanapun, setelah maklumat peribadi anda berjaya disahkan dan didaftarkan untuk Shopee For Youth, maklumat peribadi yang sama tidak boleh digunakan untuk mendaftar Shopee For Youth pada akaun Shopee yang lain.
35. Maklumat peribadi saya tidak betul. Apakah yang perlu saya buat?
Sila pastikan maklumat yang diserahkan semasa pengesahan adalah tepat. Jika anda tidak dapat meminda maklumat atau melengkapkan pengesahan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee untuk bantuan lanjut.
36. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan jika mempunyai soalan lain?
Jika anda memerlukan bantuan lanjut mengenai akaun Shopee, pengesahan, keahlian, atau ganjaran anda, sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee melalui aplikasi Shopee.