Hi, how can we help?

[ShopeePay] Soalan Lazim Kempen Bonus Money+ (September 2026)

Bahasa Malaysia | English
 
1. Apakah kempen ini?
Nikmati pulangan sehingga 5% setahun* yang dikreditkan setiap hari sepanjang Tempoh Kempen (seperti yang ditakrifkan di bawah). Untuk layak, anda hanya perlu menambah nilai dan mengekalkan baki Money+ sekurang-kurangnya RM200 (“Amaun Minimum”).

Hanya baki Money+ sehingga maksimum RM10,000 layak menerima Bonus Tambah Nilai (“Had Baki Kempen”).

*Pulangan indikatif sehingga 5% setahun merangkumi prestasi Dana Eastspring Investments Islamic E-Duit serta Bonus Tambah Nilai promosi daripada ShopeePay. Pulangan sebenar dana mungkin berbeza, dan kempen Bonus Tambah Nilai adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat. Sila rujuk helaian sorotan produk dan prospektus dana untuk mengetahui risiko dan fi yang berkaitan.
 
2. Bilakah tempoh kempen ini?
Kempen ini berlangsung dari 1 September 2026, 00:00 (MYT) hingga 30 November 2026, 23:59 (MYT) (“Tempoh Kempen”).

Nota: Kempen ini menggantikan Money+ Bonus Campaign yang akan berakhir pada 31 Ogos 2026.
 
3. Siapakah yang layak menyertai kempen ini?
Money+ Bonus Campaign terbuka kepada mana-mana warganegara Malaysia yang memenuhi semua kriteria berikut:
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Pengguna ShopeePay eWallet yang telah melengkapkan proses pengesahan akaun terkini (usaha wajar pelanggan standard melalui eKYC, seperti yang diperlukan untuk status akaun “Activated”) dan mempunyai akaun ShopeePay eWallet yang telah diaktifkan sepenuhnya; dan
  • Tidak mempunyai petunjuk Amerika Syarikat (“AS”) (yang bermaksud beliau bukan warganegara AS, pemastautin cukai AS, tidak dilahirkan di AS, dan tidak mempunyai alamat surat-menyurat/alamat tetap atau nombor telefon AS).
 
4. Bagaimanakah pulangan indikatif sehingga 5% setahun bagi Kempen ini distrukturkan?
Pulangan indikatif sehingga 5% setahun yang ditawarkan sepanjang Tempoh Kempen terdiri daripada dua bahagian berbeza:
  • Pulangan Dana: Pulangan sebenar yang dijana daripada dana asas yang mematuhi prinsip Syariah (Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund).
  • Bonus Tambah Nilai: Ganjaran tambahan sebanyak 2% setahun yang diberikan oleh ShopeePay tanpa mengira Pulangan Dana. Bonus Tambah Nilai ini hanya terpakai bagi baki Money+ sehingga maksimum RM10,000. Bonus Tambah Nilai ialah ganjaran promosi yang ditawarkan oleh ShopeePay dan tidak boleh dianggap atau ditafsirkan sebagai faedah atau keuntungan atas deposit, atau pulangan pelaburan yang dijamin. Bonus Tambah Nilai adalah tertakluk kepada ketersediaan berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat sehingga bajet kempen digunakan sepenuhnya. Untuk mengelakkan keraguan, pengguna yang layak akan menerima Bonus Tambah Nilai sebanyak 2% setahun, dan Bonus Tambah Nilai ini tidak boleh digabungkan dengan bonus tambah nilai, tawaran atau promosi kempen lain.
 
Pulangan Dana akan dibundarkan ke bawah kepada empat (4) tempat perpuluhan terdekat, manakala Bonus Tambah Nilai akan dibundarkan ke bawah kepada dua (2) tempat perpuluhan terdekat.

Memandangkan Pulangan Dana tidak dijamin dan mungkin kurang daripada 3% setahun, jumlah pulangan anda mungkin kurang daripada 5% setahun.
 
5. Adakah dana asas Money+ mematuhi prinsip Syariah?
Ya, dana asas tersebut mematuhi prinsip Syariah sepenuhnya.

Dana anda dilaburkan dalam Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund, yang mematuhi prinsip pelaburan Islam dengan ketat. Dana ini ialah dana pasaran wang Islam yang mengakru pulangan harian yang akan dicerminkan dalam baki tunai anda. Dana ini diuruskan oleh Eastspring Investments Berhad, iaitu pengurus dana yang dilesenkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”).

Nota: Laman web atau aplikasi ShopeePay mungkin mengandungi kandungan iklan yang belum disemak oleh SC dan tidak seharusnya dianggap sebagai saranan atau sokongan daripada SC untuk membeli atau menjual produk pelaburan. SC juga tidak boleh dianggap mempunyai kaitan dengan mana-mana produk pelaburan tersebut.
 
6. Bagaimanakah Bonus Tambah Nilai harian dikira?
Bonus Tambah Nilai: (Baki Money+ Harian × 2%) / 365
 
7. Bagaimanakah saya layak menerima pulangan indikatif sehingga 5% setahun?
Hanya ikuti dua langkah berikut:
  • Aktifkan Money+: Pastikan akaun ShopeePay anda telah melengkapkan eKYC dan anda telah melengkapkan borang pendaftaran Money+.
  • Tambah Nilai: Kekalkan Amaun Minimum dalam Money+ anda. Bonus Tambah Nilai akan dikreditkan setiap hari bagi baki sehingga Had Baki Kempen.
 
8. Bilakah pulangan harian akan dicerminkan dalam akaun Money+ saya?
Pulangan harian (Pulangan Dana + Bonus Tambah Nilai) akan dicerminkan dalam baki Money+ anda berdasarkan situasi berikut:
 
SituasiPulangan DanaBonus Tambah Nilai
Pengguna menambah nilai sebelum 2 petang (hari perniagaan)Dicerminkan pada hari perniagaan yang sama sebelum 9 malamDicerminkan pada hari perniagaan yang sama sebelum 9 malam
Pengguna menambah nilai selepas 2 petang (hari perniagaan)Dicerminkan pada hari perniagaan berikutnya sebelum 9 malamDicerminkan pada hari perniagaan berikutnya sebelum 9 malam
Pengguna menambah nilai sebelum 2 petang pada hari Jumaat (hari perniagaan)Dicerminkan pada hari perniagaan yang sama sebelum 9 malamDicerminkan pada hari perniagaan yang sama sebelum 9 malam
Pengguna menambah nilai selepas 2 petang pada hari Jumaat (hari perniagaan)Dicerminkan pada hari perniagaan berikutnya (Isnin) sebelum 9 malamDicerminkan pada hari perniagaan berikutnya (Isnin) sebelum 9 malam
 
9. Bolehkah saya melihat sejarah transaksi Tambah Nilai, Pengeluaran, Pulangan Harian dan Bonus Tambah Nilai saya?
Ya, anda boleh melihat sejarah transaksi lengkap anda dengan mudah, termasuk semua transaksi Tambah Nilai, Pengeluaran, Pulangan Harian dan Bonus Tambah Nilai, terus melalui Aplikasi Shopee atau ShopeePay.

Sejarah transaksi anda boleh didapati di bahagian Butiran Baki pada halaman Money+ dan boleh dilihat sehingga 90 hari.

Untuk melihat transaksi anda, ikuti langkah berikut:
Langkah 1: Pergi ke halaman Money+.
Langkah 2: Pilih Butiran Baki.
Langkah 3: Pada skrin transaksi, anda boleh melihat sejarah transaksi anda melalui dua tab:
  • Tab “Semua Transaksi” memaparkan sejarah Tambah Nilai dan Pengeluaran anda.
  • Tab seterusnya, “Pemulangan”, memaparkan Pulangan Harian dan Bonus Tambah Nilai anda.
4a71ee0c291d49688c2cba9dc4fac9fc.gif10. Adakah saya akan menerima Bonus Tambah Nilai jika baki Money+ saya melebihi RM10,000?
Bagi baki Money+ yang melebihi RM10,000, hanya RM10,000 pertama layak menerima Bonus Tambah Nilai sebanyak 2% setahun. Sebarang baki melebihi RM10,000 tidak layak menerima Bonus Tambah Nilai, tetapi mungkin menerima pulangan sebenar, jika ada, yang dijana oleh dana asas yang mematuhi prinsip Syariah (Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund).

Contoh untuk tujuan ilustrasi:
Baki Money+ pada Tarikh Pulangan DicerminkanRM15,000RM10,000RM100
Pulangan Dana pada 3% setahun
(Tidak dijamin dan pulangan mungkin berbeza. Untuk tujuan ilustrasi pengiraan sahaja. Sila rujuk pendedahan dana untuk risiko dan fi.)
3%3%3%
Bonus Tambah Nilai pada 2% setahun2%2%Tidak Layak kerana syarat baki minimum RM200 tidak dipenuhi
Pengiraan Pulangan Harian
Pulangan Dana Harian: (RM15,000 × 3%) / 365 = RM1.2329

Bonus Tambah Nilai: (RM10,000 × 2%) / 365 = RM0.5400

Jumlah Pulangan: RM1.2329 + RM0.54 = RM1.7729
Pulangan Dana Harian: (RM10,000 × 3%) / 365 = RM0.8219

Bonus Tambah Nilai: (RM10,000 × 2%) / 365 = RM0.5400

Jumlah Pulangan: RM0.8219 + RM0.54 = RM1.3619
Pulangan Dana Harian: (RM100 × 3%) / 365 = RM0.0082
Baki Money+ selepas pulangan dicerminkanRM15,001.77RM10,001.36RM100.00
 
Nota: Baki pada Awal Hari dan Baki pada Akhir Hari mencerminkan jumlah keseluruhan baki Money+, termasuk semua tambah nilai dan pengeluaran. Jika baki Money+ kurang daripada RM200, baki tersebut tidak layak menerima Bonus Tambah Nilai bagi hari tersebut.
 
12. Jika Pulangan Dana melebihi 3% setahun, adakah Bonus Tambah Nilai saya akan dikurangkan untuk mengehadkan jumlah pulangan kepada 5% setahun?
Jika Pulangan Dana melebihi 3% setahun, anda masih akan menerima Bonus Tambah Nilai sebanyak 2% setahun, tertakluk kepada Had Baki Kempen.

Jika Pulangan Dana kurang daripada 3% setahun, anda tidak akan menerima jumlah pulangan sebanyak 5% setahun kerana Bonus Tambah Nilai hanyalah tambahan sebanyak 2% setahun.
 
13. Berapa lama saya perlu mengekalkan baki dalam Money+ untuk layak menyertai kempen ini?
Tiada tempoh minimum yang perlu dipenuhi untuk mengekalkan baki Money+ bagi menerima Bonus Tambah Nilai. Anda akan menerima Pulangan Dana dan Bonus Tambah Nilai setiap hari (yang akan dicerminkan pada hari perniagaan). Bonus Tambah Nilai adalah tertakluk kepada ketersediaan dana sehingga bajet Kempen digunakan sepenuhnya.
 
14. Jika akaun ShopeePay saya dibekukan, adakah saya masih layak menerima Bonus Tambah Nilai sebagai sebahagian daripada pulangan harian saya?
Sekiranya akaun ShopeePay anda diharamkan, digantung atau dibekukan, kelayakan anda untuk menerima Bonus Tambah Nilai akan dibatalkan. Bonus Tambah Nilai tidak akan dicerminkan dalam akaun yang dibekukan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied