English | Bahasa Malaysia
1. PENGENALAN
1.1 Selamat datang ke ShopeePay yang diuruskan oleh ShopeePay Pte. Ltd dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitan dengannya (secara individu dan secara kolektifnya dikenali sebagai “Shopee” atau “kami”). Shopee mengambil tanggungjawabnya di bawah undang-undang dan peraturan privasi yang sah (“Undang-undang Privasi”) secara serius dan kami komited untuk menghormati hak privasi semua Pelanggan laman web dan aplikasi mudah alih (“Laman”) (secara kolektifnya, Laman dan perkhidmatan kami seperti yang diterangkan di dalam Laman kami dirujuk sebagai "Perkhidmatan"). Pengguna merujuk kepada pengguna yang mendaftar akaun dengan kami untuk kegunaan Perkhidmatan termasuk penjual dan pembeli (secara individu kolektifnya, “Pengguna” atau “anda”). Kami mengakui kepentingan data peribadi anda dan kepercayaan yang telah diberikan oleh anda kepada kami untuk mengurus, melindungi dan memproses data peribadi anda. Dasar Privasi ini ("Dasar Privasi" atau "Dasar") direka untuk memaklumkan kepada anda bagaimana kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan/atau memproses data peribadi yang anda berikan kepada kami dan/atau kami miliki pada masa sekarang atau masa depan, serta membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat sebelum memberikan kami data peribadi anda.
1.2 "Data Peribadi" atau "data peribadi" bermaksud data, sama ada benar atau tidak, mengenai individu yang boleh dikenalpasti daripada data tersebut, atau daripada data dan maklumat lain di mana sesebuah organisasi mempunyai akses atau kemungkinan mempunyai akses. Contoh data peribadi tersebut adalah nama, nombor kad pengenalan serta maklumat perhubungan.
1.3 Dengan menggunakan Perkhidmatan, mendaftar akaun dengan kami, melawat Laman kami, atau mengakses Perkhidmatan, anda mengakui dan bersetuju bahawa anda menerima amalan, keperluan dan/atau dasar yang dikemukakan dalam Dasar Privasi ini, dan dengan ini anda bersetuju untuk kami mengumpul , menggunakan, mendedahkan dan/atau memproses data peribadi anda seperti yang diterangkan di sini. JIKA ANDA TIDAK SETUJU DENGAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA SEPERTI DIHURAIKAN DALAM DASAR PRIVASI INI, SILA JANGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI ATAU MENGAKSES LAMAN KAMI. Kami akan memberitahu anda jika terdapat perubahan atau pemindaan pada Dasar Privasi kami, termasuk menyiarkan perubahan atau pemindaan tersebut di Laman kami. Kami berhak untuk meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Sejauh mana yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai, penggunaan Perkhidmatan atau Laman anda secara berterusan termasuk membuat pesanan merupakan pengakuan dan penerimaan anda terhadap perubahan yang dibuat pada Dasar Privasi ini.
1.4 Dasar Privasi ini terpakai bersama notis-notis, klausa kontrak, klausa persetujuan lain yang berkaitan dengan pengumpulan, penyimpanan, penggunaan pendedahan dan/atau pemprosesan data peribadi anda oleh kami dan tidak bertujuan untuk menolak notis atau klausa tersebut melainkan kami menyatakan sebaliknya.
1.5 Dasar Privasi ini terpakai untuk pembeli dan penjual yang menggunakan Perkhidmatan kecuali yang dinyatakan sebaliknya.
2. BILAKAH SHOPEE AKAN MENGUMPULKAN DATA PERIBADI?
2.1 Kami akan/mungkin mengumpul data peribadi anda:
Contoh-contoh di atas tidak merangkumi kesemua situasi dan merupakan contoh biasa bagaimana data peribadi anda boleh dikumpulkan.
2.2 Kami mungkin akan mengumpul data peribadi mengenai anda daripada anda, syarikat-syarikat bersekutu kami, pihak ketiga, dan daripada sumber lain, termasuk tanpa had rakan kongsi perniagaan (seperti logistiks atau penyedia perkhidmatan pembayaran), biro kredit atau agensi pemarkahan, penyedia atau rakan perkhidmatan pemasaran, program rujukan atau kesetiaan, pengguna lain Perkhidmatan kami atau sumber data yang sedia ada secara umum atau dari kerajaan.
2.3 Dalam beberapa situasi, anda mungkin memberikan data peribadi individu lain kepada kami (seperti ahli keluarga atau rakan atau individu dalam senarai kenalan anda). Jika anda memberikan kami data peribadi mereka, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan mereka untuk data peribadi mereka diproses mengikut Polisi ini.
3. APAKAH DATA PERIBADI AKAN DIKUMPUL OLEH SHOPEE?
3.1 Data peribadi yang boleh dikumpul oleh Shopee termasuk tetapi tidak terhad kepada:
3.2 Anda bersetuju tidak menghantar maklumat yang tidak tepat atau mengelirukan kepada kami dan anda juga bersetuju untuk memberitahu kami jika maklumat tersebut tidak tepat atau telah diubah. Kami menyimpan hak dalam budibicara kami untuk memohon maklumat selanjutnya untuk mengesahkan mana-mana maklumat yang anda beri.
3.3 Jika anda menandatangani untuk menjadi pengguna Platform kami dengan akaun media social anda (“Akaun Media Sosial”), menghubungkan akaun Shopee anda dengan Akaun Media Sosial anda atau menggunakan ciri-ciri sosial media Shopee, kami mungkin mengakses maklumat yang telah anda beri secara sukarela kepada penyedia Akaun Sosial Media selaras dengan dasar penyedia tersebut dan kami akan mengurus dan pada setiap masa menggunakan maklumat peribadi tersebut selaras dengan Dasar ini.
3.4 Sekiranya anda tidak mahu kami mengumpul data / data peribadi seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh memilih keluar (‘opt out’) pada bila-bila masa dengan memberitahu Pegawai Perlindungan Data kami secara bertulis. Maklumat lanjut tentang memilih keluar boleh didapati di bahagian di bawah bertajuk "Bagaimanakah anda boleh menarikbalik kebenaran, meminta akses kepada atau membetulkan maklumat yang telah anda berikan kepada kami?". Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa pemilihan anda untuk keluar atau menarikbalik kebenaran anda untuk kami mengumpul, menggunakan atau memproses data peribadi anda mungkin menjejaskan penggunaan Perkhidmatan dan Laman anda. Sebagai contoh, memilih keluar daripada pengumpulan maklumat lokasi akan menyebabkan ciri berdasarkan lokasinya dimatikan.
4. PENGUMPULAN DATA LAIN
4.1 Seperti kebanyakan laman web dan aplikasi mudah alih, alat anda akan menghantar maklumat yang mungkin termasuk data tentang anda yang akan dilog oleh pelayan web apabila anda melayari Laman kami. Ini biasanya termasuk tanpa batasan alamat Internet Protocol (IP) komputer anda, sistem operasi dan jenis pelayar alat komputer / mudah alih, jenis peranti mudah alih, sifat peranti mudah alih, ‘unique device identifier’ (UDID) atau ‘mobile equipment identifier’ (‘MEID’) untuk peranti mudah alih anda, halaman web yang merujuk (jika ada), halaman dan masa yang anda lawati laman dan aplikasi mudah alih kami dan kadang-kadang suatu "cookie" (yang boleh dilumpuhkan menggunakan pilihan pelayar anda) untuk membantu laman web ingat lawatan terakhir anda. Jika anda log masuk, maklumat ini dikaitkan dengan akaun peribadi anda. Maklumat ini juga termasuk dalam statistik tanpa nama untuk membolehkan kita memahami bagaimana pengunjung menggunakan laman web kami.
4.2 Aplikasi mudah alih kami mungkin mengumpul maklumat tepat mengenai lokasi peranti mudah alih anda menggunakan teknologi seperti GPS, Wi-Fi dan lain-lain. Kami mengumpul, mengguna, mendedahkan dan/atau memproses maklumat ini untuk satu atau lebih Tujuan termasuk tanpa had perkhidmatan lokasi-khusus yang anda pohon atau untuk menghantar kandungan yang berkaitan kepada anda berdasarkan lokasi anda atau membenarkan anda berkongsi lokasi anda dengan Pengguna lain bersama perkhidmatan aplikasi mudah alih kami. Untuk kebanyakan peranti mudah alih, anda boleh menarikbalik kebenaran yang anda beri kepada kami untuk mendapatkan maklumat berkenaan lokasi anda melalui fungsi tetapan peranti (‘mobile settings’). Jika anda mempunyai soalan mengenai cara melumpuhkan perkhidmatan lokasi peranti mudah alih anda, sila hubungi penyedia perkhidmatan peranti mudah alih atau pembuat peranti anda.
4.3 Semasa anda melawat sesuatu halaman web pada laman atau aplikasi mudah alih kami, semasa anda melihat kandungan dan iklan dan mengakses perisian lain dalam Platform atau melalui Perkhidmatan, maklumat tersebut mungkin dihantar kepada kami (termasuk tanpa had, Alamat IP, sistem operasi dan sebagainya) tetapi sebagai ganti kunjungan halaman, peranti anda menghantar maklumat kepada kami mengenai kandungan, iklan yang dilihat dan/atau perisian yang dipasang oleh Perkhidmatan dan Platform dan masa.
5. COOKIES
5.1 Kami atau penyedia perkhidmatan dan rakan pengiklanan kami yang sah dari semasa ke semasa melaksanakan "cookies" atau ciri lain untuk membolehkan kami atau pihak ketiga mengumpul atau berkongsi maklumat yang berkaitan dengan penggunaan anda atas Perkhidmatan atau Laman kami. Ciri-ciri ini membantu kami mempertingkatkan Laman dan Perkhidmatan kami yang desediakan, membantu kami menyediakan perkhidmatan dan ciri-ciri baru dan/atau membolehkan kami dan rakan pengiklanan kami untuk menyediakan kandungan yang berkaitan kepada anda, termasuk melalui pemasaran semula. “Cookies” adalah pengenal yang disimpan di dalam computer atau peranti mudah alih anda yang merekodkan data mengenai computer atau peranti, bagaimana dan bila Perkhidmatan atau Laman digunakan atau dilawati, oleh berapa orang dan aktiviti lain dalam Laman kami. Kami boleh menghubungkan maklumat “cookies” kepada data peribadi. “Cookies” juga menghubungkan ke maklumat mengenai item apa yang telah anda pilih untuk pembelian dan halaman web yang telah anda lihat. Maklumat ini digunakan untuk menjejaki troli beli-belah anda, untuk memberikan kandungan spesifik kepada minat anda, untuk membolehkan rakan pengiklanan pihak ketiga kami untuk mengiklankan di laman web di internet, dan untuk melakukan analisis data dan memantau penggunaan Perkhidmatan.
5.2 Anda boleh menolak penggunaan “cookies” dengan memilih tetapan yang sesuai pada pelayan web atau peranti anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda melakukan ini, anda mungkin tidak dapat menggunakan fungsi penuh Laman atau Perkhidmatan kami.
6. BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT YANG ANDA BERIKAN?
6.1 Kami mungkin mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan/atau memproses data peribadi anda untuk satu atau lebih tujuan berikut:
(secara kolektif, "Tujuan").
6.2 Anda mengakui, memberi kebenaran dan bersetuju bahawa Shopee boleh mengakses, memelihara dan mendedah maklumat dan Kandungan Akaun anda jika diperlukan di bawah undang-undang atau menurut perintah mahkamah atau dari pihak kerajaan atau penyelia yang mempunyai bidangkuasa atas Shopee atau dalam kepercayaan benar (‘good faith’) bahawa akses, pemeliharaan atau pendedahan tersebut merupakan keperluan munasabah untuk: (a) mematuhi proses undang-unang; (b) mematuhi permintaan mana-mana pihak kerajaan atau penyelia yang mempunyai bidangkuasa atas Shopee; (c) menguatkuasakan Terma dan Syarat Shopee atau Dasar Privasi ini; (d) menjawab kepada sesuatu tuntutan yang diancam atau sebenar yang dituntut atas Shopee atau tuntutan lain bahawa Kandungan melanggari hak pihak ketiga; (e) menjawab permintaan anda untuk perkhidmatan pelanggan; atau (f) melindungi hak, harta atau keselamatan persendirian Shopee, penggunanya dan/atau orang awam.
6.3 Oleh sebab tujuan yang akan/atau mungkin kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan atau memproses data peribadi anda bergantung pada keadaan sedia ada, tujuan tersebut mungkin tidak dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, kami akan memaklumkan anda jika terdapat tujuan lain semasa mendapatkan persetujuan anda, melainkan jika pemprosesan data tanpa persetujuan anda adalah diperuntukkan oleh Undang-undang Privasi.
7. BAGAIMANAKAH SHOPEE MELINDUNGI DAN MENYIMPAN MAKLUMAT PENGGUNA?
7.1 Kami melaksanakan pelbagai langkah keselamatan dan berusaha memastikan keselamatan data peribadi anda dalam sistem kami. Data peribadi pengguna terkandung di belakang rangkaian yang terjamin dan hanya boleh diakses oleh sebilangan pekerja yang terhad yang mempunyai hak akses khusus untuk sistem tersebut. Namun, keselamatan mutlak tidak dapat dijamin.
7.2 Kami akan menyimpan data peribadi mengikut Undang-undang Privasi dan/atau undang-undang lain yang terpakai. Iaitu, kami akan memusnahkan atau menanggalkan-nama (“anonymize”) data peribadi anda setelah mengandaikan secara munasabah bahawa (i) tujuan yang mana data peribadi itu dikumpulkan tidak lagi dicapai oleh penyimpanan data peribadi itu; (ii) penyimpanan tidak lagi diperlukan untuk sebarang tujuan undang-undang atau perniagaan; dan (iii) tidak ada kepentingan sah yang mewajarkan penyimpanan lanjut data peribadi tersebut. Jika anda berhenti menggunakan Laman ini, atau kebenaran anda untuk menggunakan Laman dan/atau Perkhidmatan ditamatkan atau ditarikbalik, kami boleh terus menyimpan, menggunakan dan/atau mendedahkan data peribadi anda mengikut Dasar Privasi ini dan kewajipan kami di bawah Undang-undang Privasi. Tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, kami boleh melupuskan data peribadi anda dengan selamat tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada anda.
8. ADAKAH SHOPEE AKAN MENDEDAHKAN MAKLUMAT YANG DIKUMPUL DARIPADA PELAWAT KEPADA PIHAK LUAR?
8.1 Dalam menjalankan perniagaan kami, kami akan/mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami, ejen dan/atau sekutu kami atau syarikat berkaitan, dan/atau pihak ketiga lain, sama ada bertempat di Malaysia atau di luar Malaysia, untuk satu atau lebih Tujuan yang dinyatakan di atas. Penyedia perkhidmatan pihak ketiga atau ejen dan/atau sekutu atau syarikat berkaitan dan/atau pihak ketiga lain akan memproses data peribadi anda sama ada bagi pihak kami atau sebaliknya, untuk satu atau lebih Tujuan seperti yang dinyatakan di atas. Pihak ketiga tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada:
8.2 Kami mungkin akan berkongsi maklumat pengguna, termasuk maklumat statistik dan demografik, mengenai Pengguna kami dan maklumat berkenaan penggunaan Perkhidmatan mereka dengan rakan pengiklanan dan pembekal iklan pihak ketiga, pemasaran semula dan/atau lain-lain pengaturcaraan.
8.3 Untuk mengelakkan keraguan, sekiranya Undang-undang Privasi atau undang-undang lain yang berkaitan membenarkan organisasi seperti kami mengumpul, menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda tanpa persetujuan anda, kebenaran yang diberikan oleh undang-undang akan terus terpakai. Selaras dengan perkara di atas dan tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, kami mungkin akan menggunakan data peribadi anda untuk alasan undang-undang yang diiktiraf, termasuk untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami, melaksanakan kontrak kami bersama anda, untuk mencapai minat yang sah dan atas alasan penggunaan kami melebihi prasangka ke atas hak perlindungan data anda, atau berkaitan dengan tuntutan undang-undang jika perlu.
8.4 Pihak ketiga boleh secara salah memintas atau mengakses data peribadi yang dihantar atau maklumat yang terkandung di dalam laman web ini, teknologi mungkin tidak berfungsi atau tidak berfungsi seperti yang dijangkakan, ataupun pihak ketiga yang tidak mempunyai kebenaran mungkin mengakses dan menyalahgunakan maklumat yang tidak berpunca daripada kesilapan kami. Walau bagaimanapun kami akan mengamalkan peraturan keselamatan yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda seperti yang dikehendaki oleh Undang-undang Privasi; namun kami tidak boleh menjamin keselamatan mutlak seperti dan tidak terhad kepada pendedahan yang tidak dibenarkan yang timbul akibat penggodaman yang canggih dan berniat jahat yang tidak berpunca daripada kesilapan kami.
8.5 Sebagai yang dinyatakan di dalam Syarat Perkhidmatan Shopee, pengguna yang mempunyai data peribadi Pengguna lain melalui penggunaan Perkhidmatan (“Pihak Penerima’) dengan ini bersetuju bahawa mereka (i) akan mematuhi semua undang-undang perlindungan data peribadi berkenaan dengan data tersebut; (ii) membenarkan Pengguna yang data peribadinya telah dikumpulkan oleh Pihak Penerima (“Pihak Pendedah”) untuk membuang data mereka yang telah dikumpulkan dari pengkalan data Pihak Penerima; dan (iii) membenarkan Pihak Pendedah untuk mengkaji semula maklumat yang telah dikumpulkan mengenai mereka oleh Pihak Penerima, dalam kes (ii) dan (iii) di atas, secara mematuhi dan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang terpakai.
8.6 Walau apa pun yang dinyatakan di sini, Pengguna yang menerima data Pengguna lain berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan mereka hendaklah mematuhi Undang-undang Privasi yang berkenaan dan, berkenaan dengan mana-mana data peribadi Pihak Pendedah yang diterima daripada Shopee, (i) tidak dibenarkan untuk menggunakan data peribadi kecuali jika terdapat keperluan munasabah untuk bertindak balas untuk melaksankan proses tindak balas, memproses, berurusan atau melengkapkan transaksi, kecuali atas persetujuan bertulis Pihak Pendedah dan Shopee sebelumnya; (ii) haruslah mengelakkan daripada menghubungi Pengguna menggunakan maklumat di luar laman Shopee; (iii) tidak dibenarkan untuk mendedahkan data peribadi Pihak Pendedah tersebut kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis pihak Pendedah dan Shopee terlebih dahulu; (iv) hendaklah menggunakan langkah keselamatan yang mencukupi untuk melindungi setiap data peribadi Pengguna Shopee dalam kepunyaan mereka dan untuk memadam data tersebut secepat mungkin setelah selesai transaksi; dan (v) untuk memaklumkan Pegawai Perlindungan Data Peribadi Shopee di dpo.my@airpay.com sekiranya terdapat sebarang kemungkinan pelanggaran data atau kehilangan data Pengguna lain.
9. MAKLUMAT KANAK-KANAK
9.1 Perkhidmatan ini tidak ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Kami tidak secara sedar mengumpul atau menyimpan sebarang data peribadi atau maklumat yang tidak dapat dikenalpasti daripada sesiapa di bawah umur 13 tahun dan tidak ada mana-mana bahagian Platform kami atau Perkhidmatan lain yang ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 13. Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila jangan membenarkan kanak-kanak di bawah jagaan anda menyerahkan data peribadi kepada Shopee. Sekiranya data peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dalam jagaan anda didedahkan kepada Shopee, anda dengan ini bersetuju kepada pemprosesan data peribadi kanak-kanak tersebut serta menerima dan bersetuju untuk terikat di bawah Polisi ini bagi pihak kanak-kanak tersebut. Kami akan menutup mana-mana akaun yang digunakan secara eksklusif oleh kanak-kanak tersebut dan akan melupuskan dan/atau memadamkan mana-mana data peribadi yang kami percaya telah dikemukakan oleh kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tanpa persetujuan ibu bapa.
10. MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN OLEH PIHAK KETIGA
10.1 Laman kami menggunakan Google Analytics, iaitu perkhidmatan analisis web yang disediakan oleh Google, Inc. ("Google"). Google Analytics menggunakan “cookies”, yang merupakan fail teks yang diletakkan pada peranti anda, untuk membantu laman web menganalisis bagaimana Pengguna menggunakan Laman ini. Maklumat yang dihasilkan oleh cookie tentang penggunaan Laman anda (termasuk alamat IP anda) akan dihantar dan disimpan oleh Google di pelayan di Amerika Syarikat. Google akan menggunakan maklumat ini untuk tujuan menilai penggunaan laman web anda, menyusun laporan mengenai aktiviti laman web untuk pengendali laman web dan menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan aktiviti laman web dan penggunaan Internet. Google juga boleh memindahkan maklumat ini kepada pihak ketiga jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau jika pihak ketiga tersebut memproses maklumat bagi pihak Google. Google tidak akan mengaitkan alamat IP anda dengan data lain yang dipegang oleh Google.
10.2 Kami, dan pihak ketiga, boleh dari semasa ke semasa menyediakan pemuatturunan aplikasi perisian untuk kegunaan anda melalui Laman atau melalui Perkhidmatan. Aplikasi ini boleh diakses secara berasingan, dan membenarkan pihak ketiga melihat maklumat pengenalan anda, seperti nama anda, ID pengguna anda, alamat IP komputer anda atau maklumat lain seperti mana-mana “cookies” yang telah dipasang atau yang dipasang untuk anda oleh aplikasi perisian atau laman web pihak ketiga. Selain itu, aplikasi ini boleh meminta anda untuk memberikan maklumat tambahan kepada pihak ketiga. Produk atau perkhidmatan pihak ketiga yang disediakan melalui aplikasi ini tidak dimiliki atau dikawal oleh Shopee. Anda digalakkan untuk membaca terma-terma dan dasar-dasar lain yang diterbitkan oleh pihak ketiga tersebut di laman web mereka atau sebaliknya.
11. PENAFIAN BERKENAAN LAMAN KESELAMATAN DAN PIHAK KETIGA
11.1 KAMI TIDAK MENJAMIN KESELAMATAN DATA PERIBADI DAN/ATAU MAKLUMAT LAIN YANG ANDA SERAHKAN KEPADA PIHAK KETIGA. Kami melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk mengekalkan keselamatan data peribadi anda yang berada dalam pemilikan atau kawalan kami. Data peribadi anda terkandung dalam rangkaian yang selamat dan hanya boleh diakses oleh beberapa orang yang mempunyai hak akses khusus untuk sistem tersebut, dan dikehendaki menyimpan data peribadi secara sulit. Apabila anda membuat pesanan atau mengakses data peribadi anda, kami menawarkan penggunaan pelayan yang selamat. Semua data peribadi atau maklumat sensitif yang anda berikan dienkripsi ke pangkalan data kami hanya untuk diakses seperti yang dinyatakan di atas.
11.2 Dalam usaha untuk memberi anda nilai perkhidmatan yang lebih tinggi, kami boleh memilih pelbagai laman web pihak ketiga untuk membuat pautan dan membingkaikan Platform ini. Kami juga boleh mengambil bahagian dalam penjenamaan bersama dan hubungan lain untuk menawarkan e-dagang serta perkhidmatan dan ciri-ciri lain kepada pelawat kami. Laman web yang dipautkan ini mempunyai dasar privasi berasingan dan tersendiri serta peraturan keselamatan. Sekalipun pihak ketiga berafiliasi dengan kami, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman-laman yang dipautkan ini, yang masing-masing mempunyai privasi dan amalan pengumpulan data yang berasingan dan tersendiri daripada kami. Data yang dikumpul oleh rakan kongsi kami atau laman web pihak ketiga (walaupun ditawarkan pada atau melalui Platform kami) mungkin tidak diterima oleh kami.
11.3 Oleh itu, kami tidak bertanggungjawab atau mempunyai liabiliti atas kandungan, peraturan keselamatan (atau kekurangannya) dan aktiviti-aktiviti laman-laman yang dipautkan ini. Laman-laman yang dipautkan ini hanya untuk kemudahan anda dan anda mengaksesnya atas risiko anda sendiri. Walau bagaimanapun, kami berusaha untuk melindungi integriti Platform kami dan pautan yang yang diberikan kepada pihak ketiga dan oleh itu kami mengalu-alukan sebarang maklumbalas mengenai laman web yang berkaitan ini (termasuk, tanpa batasan, jika pautan tertentu tidak berfungsi).
12. ADAKAH SHOPEEPAY AKAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT ANDA KE LUAR NEGARA?
12.1 Data dan/atau maklumat peribadi anda boleh dipindahkan ke, disimpan atau diproses di luar negara anda. Dalam kebanyakan kes, data peribadi anda akan diproses diluar negara, di mana pelayan kami terletak. ShopeePay hanya akan memindahkan maklumat anda ke luar negera mengikut Undang-undang Privasi.
13. BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MENARIKBALIK KEBENARAN, MEMINTA AKSES KEPADA ATAU MEMBETULKAN MAKLUMAT YANG TELAH ANDA BERIKAN KEPADA KAMI
13.1 Menarik Balik Persetujuan
13.1.1 Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan dan/atau pendedahan data peribadi anda dalam pemilikan atau kawalan kami dengan menghantar e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami di dpo.my@airpay.com, dan kami akan memproses permintaan tersebut mengikut Dasar Privasi ini dan tanggungjawab kami berdasarkan Undang-undang Privasi dan undang-undang lain yang berkenaan. Walau bagaimanapun, penarikan balik persetujuan anda mungkin bermaksud bahawa kami tidak akan dapat terus memberikan Perkhidmatan kepada anda, dan kami mungkin perlu menamatkan hubungan anda yang ada dan/atau kontrak yang anda ada bersama kami.
13.1.2 Di mana anda telah menghubungkan akaun Shopee anda dengan mana-mana media sosial pihak ketiga atau akaun luaran yang lain, selain menarik balik persetujuan anda dengan menghantar e-mel kepada kami menurut Seksyen 14.1, anda mungkin juga dapat mengubah dan/atau menarik balik akses Shopee kepada data peribadi melalui pihak ketiga. Anda mungkin ingin merujuk kepada dasar perlindungan data dan tetapan akaun pihak ketiga tersebut untuk mendapatkan maklumat tambahan.
13.2 Meminta Akses dan/atau Membetulkan Data Peribadi
13.2.1 Jika anda mempunyai akaun dengan kami, anda boleh mengakses dan/atau membetulkan data peribadi anda yang kini ada dalam pemilikan atau kawalan kami melalui halaman Tetapan Akaun di Laman. Jika anda tidak mempunyai akaun dengan kami, anda boleh meminta untuk mengakses dan/atau menbetulkan data peribadi anda yang kini ada dalam pemilikan atau kawalan kami dengan menghantarkan permintaan bertulis kepada kami. Kami akan memerlukan maklumat yang secukupi daripada anda untuk memastikan identiti anda serta butiran tentang permintaan anda untuk memproses permintaan anda. Oleh itu, sila hantarkan permintaan bertulis anda melalui e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami di dpo.my@airpay.com.
13.2.2 Kami mungkin mengenakan bayaran yang berpatutan untuk pengendalian dan pemprosesan permintaan anda bagi mengakseskan data peribadi anda. Sekiranya kami memilih untuk mengenakan bayaran, kami akan memberikan anggaran bertulis mengenai bayaran yang akan kami kenakan. Harap maklum bahawa kami tidak perlu membalas atau memproses permintaan akses anda melainkan anda telah bersetuju untuk membayar yuran tersebut.
13.2.3 Kami berhak menolak permintaan untuk membetulkan data peribadi anda berdasarkan peruntukan yang termaktub dalam Undang-undang Privasi, di mana mereka memerlukan dan/atau memberi hak kepada organisasi untuk menolak untuk membetulkan data peribadi dalam keadaan yang dinyatakan.
14. PERTANYAAN, KEBIMBANGAN ATAU ADUAN? HUBUNGI KAMI
14.1 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan berkenaan dengan amalan privasi kami, kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda, hubungi kami melalui e-mel di dpo.my@airpay.com.
Tarikh kemaskini: 22 November 2023