Laporan transaksi dijana secara automatik pada penghujung setiap hari. Peniaga akan menerima laporan penyelesaian harian melalui emel yang didaftarkan semasa pendaftaran. Laporan ini akan merangkumi transaksi yang dibuat antara pukul 00:00 hingga 23:59 pada hari sebelumnya.
Pembayaran:
Setelah pembayaran dibuat oleh pembeli, jumlah tersebut akan dimasukkan serta-merta ke dalam baki akaun peniaga ShopeePay anda, yang boleh disemak melalui Aplikasi Rakan Niaga Shopee. Jumlah yang terkumpul pada penghujung hari akan dikira dan diproses untuk dikreditkan ke akaun bank anda dalam tempoh 1 – 3 hari bekerja.