Bahasa Malaysia | English
Kami memohon maaf atas kesulitan yang anda alami. Anda boleh merujuk langkah-langkah penyelesaian masalah berikut sekiranya anda menghadapi sebarang kesukaran teknikal dalam mengakses aplikasi ShopeeFood Merchant. Anda boleh melaksanakan langkah-langkah ini secara berasingan:
Langkah Penyelesaian Masalah:
- Pastikan sambungan internet anda stabil.
- Pergi ke Tetapan > Cari Aplikasi > Aplikasi Shopee Partner > Henti Paksa.
- Tutup semua aplikasi yang sedang berjalan.
- Mulakan semula peranti yang sedang digunakan.
- Mulakan semula aplikasi dengan keluar dan masuk semula ke dalam Aplikasi Shopee Partner.
Nota: Sila pastikan anda telah mengemas kini kepada versi terkini Aplikasi Shopee Partner pada peranti Android, iOS, atau EDC anda.
Jika anda telah mengikuti langkah-langkah ini dan masih tidak dapat log masuk ke dalam aplikasi ShopeeFood Merchant, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan ShopeeFood kami melalui chat dengan menyediakan maklumat berikut:
- Alamat emel yang dikaitkan dengan akaun anda
- Nombor telefon yang didaftarkan / Nombor telefon outlet / Nombor telefon PIC outlet / Nombor telefon pemilik outlet
- Tangkapan skrin halaman log masuk aplikasi merchant
- Maklumat peranti: Versi Android/iOS
Pasukan kami akan membantu anda secepat mungkin.