Bahasa Malaysia | English
Apa itu Diskaun Langsung?
Diskaun Langsung adalah ciri baharu yang membolehkan peniaga menawarkan diskaun yang lebih menarik ke atas keseluruhan nilai pesanan. Peniaga boleh menetapkan diskaun berdasarkan peringkat dan keutamaan mereka.
Contoh Diskaun:
- Nikmati diskaun RM10 dengan perbelanjaan minimum RM30
- Nikmati diskaun 20% dengan perbelanjaan minimum RM30
Bagaimana cara memohon Diskaun Langsung untuk kedai saya?
- Peniaga boleh menetapkan Diskaun Langsung melalui aplikasi Shopee Partner. Klik di sini untuk mengetahui cara menetapkannya.
Terma & Syarat
Sebelum menetapkan Diskaun Langsung, sila semak terma berikut:
Sebelum menetapkan Diskaun Langsung, sila semak terma berikut:
- Peniaga mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1 hidangan aktif untuk menyertai promosi ini.
- Mekanik baucar tidak boleh diubah setelah baucar dicipta untuk kempen.
- Dengan menyertai Diskaun Langsung ini, peniaga bersetuju untuk menanggung kos amaun dan/atau peratusan diskaun yang dinyatakan dalam butiran kempen.
- ShopeeFood berhak untuk menamatkan atau mengubah terma kempen ini pada bila-bila masa tanpa notis.
- Peniaga hanya boleh menarik diri dalam tempoh pendaftaran dan/atau sebelum tarikh permulaan promosi.