Hi, how can we help?

[BM] Polisi mengenai "Kandungan Direkod"

BM | EN

Untuk mengekalkan kualiti ekosistem platform, melindungi hak setiap pengguna, serta meningkatkan pengalaman pengguna secara keseluruhan, Shopee Live akan melaksanakan tindakan disiplin terhadap Streamer yang melanggar polisi-polisi dan panduan kami.

Apakah yang dianggap sebagai “Kandungan Direkod”?


Kandungan direkod termasuk Livestream yang menyiar kandungan yang telah direkod sebelumnya untuk tempoh yang berpanjangan, atau menyiarkan kandungan yang telah direkod sebelumnya tanpa interaksi secara masa nyata dengan penonton. Ini dianggap sebagai satu jenis kandungan berkualiti rendah yang berpotensi mengganggu ekosistem dan mengurangkan pengalaman penonton.


Kandungan Direkod termasuk:

  • Imej yang telah direkod sebelumnya

  • Klip video yang telah direkod sebelumnya

  • Klip audio yang telah direkod sebelumnya

  • Rakaman CCTV yang telah direkod sebelumnya

  • Sesi siaran langsung sebelum ini

  • Menyiarkan kandungan yang sama melalui satu atau lebih akaun

 

⚠️ Nota


Menyiarkan semula sesi siaran langsung sebelum ini yang diterbitkan oleh anda atau Streamer lain akan dianggap sebagai tingkah laku Penipuan dan/atau Penipuan Trafik

Rujuk kepada artikel Panduan Komuniti Shopee Live kami di sini untuk maklumat lanjut.

Apakah yang berlaku jika memuat naik Kandungan Direkod?

Shopee Live berhak untuk memberi amaran dan mengurangkan tahap cadangan untuk Livestream jika melanggar polisi tersebut. Jika Streamer mengabaikan polisi atau amaran yang diberikan, Shopee Live berhak untuk menghentikan Livestream, yang boleh mengakibatkan penggantungan sementara (selama 30 hari PC Ban) atau kekal terhadap akses Livestream. 

Shopee Live menggalakkan semua pengguna untuk mematuhi peraturannya, menyumbang kepada penciptaan pengalaman yang lebih berkualiti untuk semua pengguna di Shopee.

Sila semak artikel Panduan Komuniti Shopee Live dan Shopee Live Amalan Terbaik di bawah untuk mempelajari lebih lanjut. 

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied