Hi, how can we help?

[BM] Garis Panduan Sampel Percuma Shopee

BM | ENG

Untuk memastikan persekitaran yang positif dan kolaboratif, amalan terbaik harus dipatuhi setelah menerima sampel percuma daripada jenama. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan dikenakannya hukuman ke atas ciri akaun afiliasi.


Amalan Terbaik

Contoh

Selepas menerima sampel percuma

- Post kandungan ke media sosial dalam tempoh 7 hari menerima sampel percuma 

- Tag jenama dan #hashtag (jika ada) perlu dimasukkan.

- Pastikan kandungan adalah relevan & autentik

 

Kami telah menetapkan garis panduan berikut untuk Sampel Percuma Afiliasi. Sekatan akaun akan dikenakan pada afiliasi yang melanggar peraturan di bawah selepas dikesan. 


Pelanggaran

Contoh

Sampel Percuma tidak dipenuhi

Permintaan Sampel Percuma tidak dipenuhi oleh KOL selepas produk dihantar

Kandungan yang tidak sesuai atau berkualiti rendah

Nama jenama dan/atau produk tidak disebutkan

Tidak memenuhi garis panduan penyenaraian yang dipersetujui

Menghasilkan kandungan berkualiti rendah/tidak autentik

 

Bagi penjual yang mengalami pelanggaran di atas, sila laporkan kejadian tersebut kepada Shopee melalui Borang Shopee Free Sample Violation Report.

 

Apakah yang berlaku jika Panduan Sampel Percuma dilanggar?

Ketidakpatuhan terhadap garis panduan ini boleh menyebabkan hukuman, termasuk larangan sementara atau penamatan akses sampel percuma anda atau larangan akaun.

Butiran tentang hukuman boleh ditemui dalam jadual di bawah:

Pelanggaran

Contoh

Hukuman

Sampel Percuma tidak dipenuhi

Kesalahan pertama dalam tempoh 3 bulan yang lepas

Emel Amaran dengan tindakan yang diperlukan

*KOL dikehendaki memenuhi/menyunting penyenaraian dalam tempoh 1 minggu selepas emel amaran

Kandungan yang tidak sesuai atau berkualiti rendah

1 minggu selepas emel amaran

Larangan kekal terhadap akses Sampel Percuma

 

Lebih daripada 3 kesalahan dalam tempoh 3 bulan yang lepas dari tarikh dilaporkan

Larangan kekal akaun afiliasi

 

Catatan:

Panduan pelanggaran dan hukuman diatas terpakai untuk Sampel Percuma yang tidak dipenuhi sahaja. Semua perkhidmatan/penyenaraian harus dipenuhi selepas menerima sampel percuma.

Afiliasi boleh terus meminta sampel percuma setelah hukuman tersebut diangkat.

Cara menghantar rayuan bagi Akaun Afiliasi Shopee Anda?

Afiliasi boleh membuat rayuan untuk mengaktifkan semula ciri akaun Pusat Penjual anda untuk menerima sampel percuma dengan mengemukakan bukti penyenaraian melalui Borang Shopee Free Sample Violation Appeal.

Sila mengambil perhatian bahawa larangan ciri akaun Pusat Penjual Shopee akan dilaksanakan setelah pemberitahuan dihantar. Jika rayuan tidak dimulakan dalam tempoh 5 hari perniagaan, borang rayuan akan ditolak.

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied