Hi, how can we help?

[BM] Garis Panduan Komuniti Shopee Video

BM | EN

 

Video atau komen akan dihapuskan jika ianya gagal mematuhi Garis Panduan Komuniti Shopee Video. Sila rujuk senarai larangan di bawah.


Konten Video yang Dilarang di Shopee Video

 

Kategori

Penerangan

Elemen seksual dan pornografi

1. Penunjukan bahagian tubuh peribadi dan bulu kemaluan, sama ada secara langsung atau melalui bahan yang lutsinar.

2. Produk yang menonjolkan bentuk kemaluan melalui pakaian, kecuali pakaian dalam lelaki.

3. Imej produk yang menunjukkan sentuhan fizikal bahagian tubuh peribadi. Walaubagaimanapun, imej berkaitan produk penyusuan dan alat penyusuan dibenarkan.

4. Model, patung, haiwan, watak kartun, dll. Yang digambarkan dalam posisi seksual atau perbuatan seksual.

5. Alat permainan, objek atau peranti seks, tanpa mengira sama ada memaparkan bahagian tubuh peribadi yang realistik atau menyerupai manusia, yang digunakan untuk atau memudahkan perbuatan seksual atau kepuasan. Walaubagaimanapun, peranti kontraseptif dibenarkan.

6. Anak patung seks. Larangan ini meliputi produk yang menyerupai kanak-kanak, seperti "anak patung seks kanak-kanak", "14 tahun", dan barang seperti pakaian kanak-kanak, kasut, beg galas sekolah, pakaian seragam sekolah, dll.

7. Peranti, objek, produk Sadism & Masochism (S&M) dan sebarang bahan yang berkaitan.

8. Konten pornografi

9. Pornografi kanak-kanak

10. Pengantunan seksual kanak-kanak

11. Permainan video dewasa yang bersifat seksual

12. Perkhidmatan dewasa yang bersifat seksual/tidak senonoh (cth: perkhidmatan pengiring, perkhidmatan kamera web, dll.)

13. Perkara seksual lain yang grafik, boleh menyinggung perasaan, tidak sesuai atau tidak menyenangkan, yang tidak dinyatakan secara khusus di atas.

14. Konten yang mempromosikan barangan kategori kesihatan seksual seperti produk mainan seks & produk penambah prestasi peribadi.

Konten berbahaya dan/atau haram

1. Buli atau buli siber

2. Perjudian

3. Dadah dan narkotik

4. Senjata

5. Rokok dan produk berkaitan tembakau

6. Alkohol

7. Bunuh diri

8. Pencederaan/ penganiayaan diri sendiri

9. Aksi ekstrim seperti perlumbaan motosikal haram.

10. Kebencian atau diskriminasi disebabkan perbezaan keadaan fizikal, bangsa, etnik, agama, jantina, umur, kewarganegaraan, kawasan asal, atau orientasi seksual.

11. Penipuan dan skim seperti skim ponzi, pelaburan berisiko tinggi, kumpulan kewangan yang menjanjikan keuntungan yang tinggi.

12. Aktiviti bahaya lain yang grafik, boleh menyinggung perasaan, tidak sesuai atau tidak menyenangkan, yang tidak dinyatakan secara khusus di atas..

Keganasan dan ekstremisme

1. Penderaan terhadap haiwan dan/atau manusia dalam apa jua bentuk (lisan, fizikal, mental, emosi, dll.).

2. Grafik yang jelas menunjukkan luka, bahagian badan yang terputus atau mayat haiwan atau manusia.

3. Penglibatan atau sokongan terhadap organisasi pengganas dan/atau jenayah, sama ada melalui logo atau sebarang bentuk identiti.

4. Kegiatan ekstrem lain yang boleh mengancam keamanan yang tidak dinyatakan secara khusus di atas.

Informasi tidak sahih dan maklumat peribadi

1. Penyebaran informasi yang tidak sahih dan tidak boleh disahkan, atau yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal dan/atau keganasan.

2. Penyebaran maklumat palsu berkaitan isu kesihatan, contohnya: Vaksin Covid membahayakan manusia.

3. Penyebaran maklumat palsu berkaitan dengan isu kerajaan seperti dasar, polisi dan pilihan raya.

4. Penyebaran maklumat peribadi orang lain seperti nama penuh, alamat, nombor telefon, tempat kerja/pengajian, dll.

 

Hak cipta

1. Konten yang dicuri daripada pencipta asalnya.

2. Konten yang melanggar sebarang hak harta intelek.

Spam dan interaksi palsu (fake engagement)

1. Pautan URL yang tidak dikenal pasti (walaupun tidak bertujuan untuk memasarkan konten dari platform lain yang boleh membahayakan pengguna).

2. Konten yang dimuat naik dalam kuantiti besar pada hari yang sama.

3. Menjanjikan sesuatu yang tidak dapat disahkan sebagai benar. Contohnya: Saya akan hadiahkan RM100 kepada semua orang yang Like video ini.

 

Penipuan

1. Menambah produk yang tidak berkaitan dengan konten video ke dalam beg oren untuk menyalahgunakan baucar.

2. Membuat pembelian daripada beg oren sendiri.

Keselamatan platform

1. Menyebar maklumat berkenaan cara-cara untuk melakukan penipuan di platform Shopee.

2. Konten yang menunjukkan proses menggodam rangkaian Shopee.

3. Penggunaan skrip automatik untuk mengumpulkan maklumat daripada Shopee.

4. Penyebaran maklumat salah berkaitan keselamatan pengguna Shopee.

5. Penyebaran maklumat berkenaan pengedaran fail dalaman Shopee.

 

Aplikasi, laman web dan platform lain

1. Pautan yang mengarahkan pengguna ke aplikasi/laman web lain dan keluar dari Shopee.

2. Mempromosikan aplikasi atau laman web lain melalui iklan, watermark, dll.

 

💡 Tip:

  1. Jenis pelanggaran tidak terhad kepada maklumat di atas dan boleh diubah/tambah pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal.

  2. Konten yang melanggar Garis Panduan Shopee Video boleh menjejaskan keamanan dan pengalaman keseluruhan semua pengguna. Jika anda melakukan pelanggaran, anda boleh dikenakan penalti seperti:

    1. Pembatalan komisen

    2. Pembatalan bonus/ganjaran
    3. Konten dihapuskan

    4. Sekatan penggunaan Shopee Video

    5. Sekatan akaun Shopee

  3. [Khas untuk konten melanggar hak cipta] Jika anda menemui mana-mana Video yang terbukti dicuri, sila laporkan kejadian tersebut kepada Shopee melalui borang ini.

 

Komen yang Dilarang di Shopee Video

Komen pada video yang dihantar oleh pengguna boleh dilihat oleh orang ramai.

Untuk memupuk komuniti yang selamat, anda dilarang membuat komen berikut:

 

Kategori

Penerangan

Spam

Komen yang mengandungi spam yang berlebihan.

Bahasa kasar

Gangguan, buli siber, dan komen lucah, seperti kata-kata kesat atau kenyataan yang menyinggung.

Isu sensitif

Maklumat yang boleh membahayakan keselamatan negara dan sosial, serta tidak selaras dengan undang-undang dan peraturan pihak berkuasa kerajaan (cth: Diskriminasi etnik, perjudian, perhimpunan haram, dll.).

Maklumat Peribadi

Penyebaran maklumat peribadi orang lain tanpa kebenaran. Ini termasuk nama, nombor telefon, alamat, nombor pengenalan diri, dan maklumat peribadi lain.

 

💡 Nota:

Jenis pelanggaran tidak terhad kepada maklumat di atas dan boleh diubah/tambah pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal.

 

Was this article helpful?
Yes
No