Hi, how can we help?

[BM] Pengenalan kepada Paid Partnership Program (PPP)

BM | EN


Apakah Paid Partnership Program (PPP)?

PPP adalah cara untuk Affiliate untuk kolaborasi bersama ribuan penjual di Shopeee. Penjual memberi bayaran kepada Affiliate untuk mempromosikan kedai dan produk mereka.

 

Secara ringkasnya, langkah-langkahnya ialah:

  1. Affiliate menerima tawaran dari penjual untuk mempromosikan kedai dan produk.

  2. Affiliate dan penjual berbincang dan membuat persetujuan tentang jumlah bayaran untuk penghasilan konten.

  3. Affiliate menghasilkan konten berdasarkan ciri-ciri yang telah dibincang dan dipersetujui.

  4. Affiliate menerima bayaran setelah konten dihasilkan dan projek PPP selesai.

 

Kelebihan Paid Partnership Program (PPP)

  1. Cara alternatif untuk menjana pendapatan sebagai Affiliate, selain daripada komisen.

  2. Kebebasan untuk berbincang dan menetapkan harga bayaran bagi setiap konten yang dihasilkan.

  3. Mendapatkan sampel percuma untuk penghasilan konten.

  4. Peluang bekerjasama dengan ribuan penjual di Shopee

 

 

Cara-cara untuk menyertai Paid Partnership Program (PPP)

 

Langkah 1: Aktifkan PPP apabila anda menerima notifikasi pop-up pada halaman Affiliate.

 

Pengguna kali pertama akan menerima notifikasi pop-up yang menjemput affiliate untuk menyertai projek PPP. Notifikasi pop-up ini hanya akan muncul sekali sahaja.SeaTalk_IMG_20240919_174256.jpeg

 
  1. Klik "Aktifkan" untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PPP dan mengaktifkannya.

 
  1. Setelah membaca informasi tentang PPP, tandakan kotak untuk bersetuju dengan terma dan syarat (T&C). Klik "Aktifkan" sekali lagi untuk mengaktifkan PPP. 

 
  1. Jika anda belum bersedia untuk mengaktifkan PPP, klik "Nanti" untuk menutup pop-up. Anda boleh kembali ke halaman PPP pada masa lain di bahagian "My Projects".

 

Langkah 2: Lihat senarai projek PPP dan buat ketetapan asas di bahagian “Projek Saya”

SeaTalk_IMG_20240919_174326.jpeg

  1. Semua projek PPP anda dipaparkan di bahagian ini berdasarkan status semasa seperti:

    1. Semua: Jemputan untuk diterima/ditolak

    2. Belum Dibayar: Pembayaran dari pihak penjual

    3. Untuk Dihantar: Penghantaran produk sampel oleh pihak penjual

    4. Untuk Diterima: Penerimaan produk sampel 

    5. Untuk Diterbitkan: Penghasilan dan muat naik konten

    6. Untuk Disiapkan: Semakan konten dan Pengesahan oleh pihak penjual

    7. Selesai: Pembayaran bagi projek yang telah selesai

    8. Dibatalkan: Projek yang telah dibatalkan

 
  1. Klik ikon Tetapan pada belah atas kanan untuk melihat dan mengubahsuai tetapan projek PPP:

    1. Togol butang ini untuk memberi kebenaran kepada penjual untuk:

      1. melihat profil anda 

      2. menghantar jemputan untuk bekerjasama dalam projek PPP

    2. Tandakan media sosial yang anda sedia gunakan untuk memuatnaik konten. 

    3. Tetapkan kadar bayaran berdasarkan jenis konten seperti post, story dan lain-lain. Sila ambil maklum bahawa pilihan anda terhad kepada akaun media sosial anda yang telah disahkan sahaja.

    4. Isi alamat anda untuk penghantaran sampel produk percuma dari penjual.

 

Anda boleh mengubah butiran di atas pada bila-bila masa di halaman ini.

 
  1. Apabila anda menerima jemputan dari penjual, tekan jemputan tersebut untuk menyemak segala informasi yang berkenaan. 

Sila rujuk Langkah 3: Semak butiran projek PPP untuk keterangan lanjut.

 
  1. Pilih "Terima" atau "Tolak" untuk menerima atau menolak jemputan projek PPP.

    1. Pastikan semua terma dan syarat telah diselaraskan dan dipersetujui dengan penjual sebelum menerima.

    2. Jika anda pilih untuk menolak, jemputan projek PPP tersebut akan dikeluarkan dari halaman ini dan tidak boleh dikembalikan.

 

 

Langkah 3: Semak butiran projek PPP

 

Sebelum menerima atau menolak projek PPP, anda mesti memahami semua aspek projek untuk membuat keputusan yang sewajarnya.

 

SeaTalk_IMG_20240919_174348.jpeg

  1. Status PPP: bahagian ini akan dikemas kini sepanjang tempoh projek apabila status berubah.

 
  1. Senarai produk yang perlu dipromosikan.

 
  1. Kadar bayaran yang dicadangkan oleh penjual bagi setiap konten yang diperlukan.

    1. Jika anda tidak bersetuju dengan kadar bayaran tersebut, klik "Tukar" untuk mencadangkan harga baru (tertakluk kepada kelulusan penjual).

 
  1. Tarikh muat naik konten.

 
  1. Informasi lebih lanjut dari penjual seperti matlamat projek dan contoh konten untuk rujukan anda.

 
  1. Klik "Hubungi Penjual" untuk berbincang dengan penjual mengenai segala aspek projek seperti kadar bayaran, garis masa dan lain-lain. 

 
  1. Setelah membuat pertimbangan, klik "Terima" atau "Tolak" berdasarkan keputusan anda.

SeaTalk_IMG_20240919_174412.jpeg

  1. Terima projek PPP: Pastikan anda memahami kadar bayaran, isi kandungan konten yang perlu dihasilkan, garis masa dan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.

  2. Tolak projek PPP: Pilih sebab anda menolak projek.

 

Jika projek tidak diterima atau ditolak dalam tempoh 5 hari dari tarikh penerimaan jemputan, projek akan ditolak secara automatik.

 

 

Langkah 4: Pembayaran dan Penghantaran Sampel Percuma oleh penjual

Screenshot_8 (1).png

 
  1. Apabila menunggu penjual membayar jumlah yang dipersetujui, status projek akan dikemas kini kepada "Belum Dibayar"

    1. Pembayaran dipegang oleh Shopee sehingga projek selesai

    2. Jika anda tidak menerima bayaran dalam tempoh 5 hari kalendar dari tarikh penerimaan projek, projek akan dibatalkan secara automatik.

 
  1. Apabila menunggu penjual untuk menghantar sampel produk percuma ke alamat penghantaran yang ditetapkan, status projek akan dikemas kini kepada "Untuk Dihantar".

    1. Jika sampel tidak dihantar dalam tempoh 5 hari kalender dari tarikh pembayaran penjual, projek akan dibatalkan secara automatik

    2. Pada ketika ini, kadar bayaran projek adalah tetap dan tidak boleh diubah lagi.

 

 

Langkah 5: Sahkan Penerimaan Sampel Percuma

Screenshot_9 (1).png

 
  1. Setelah penjual menghantar sampel percuma, status projek akan berubah kepada "Untuk Diterima" sehingga terdapat pengesahan bahawa sampel telah berjaya dihantar ke alamat anda.

    1. Jika sampel tidak diterima dalam tempoh 14 hari kalender dari tarikh penghantaran oleh penjual, projek akan dibatalkan secara automatik.

 
  1. Anda boleh melihat status penghantaran menggunakan nombor yang tertera di sini.

 
  1. Setelah anda menerima sampel, klik "Penghantaran Diterima" untuk membuat pengesahan.

 

 

Langkah 6: Penghasilan Konten

Screenshot_10 (1).png



  1. Status projek akan dikemas kini kepada "Untuk Diterbitkan" sehingga anda kongsikan pautan konten sebagai bukti bahawa ianya telah berjaya dihasilkan dan dimuat naik ke media sosial.

    1. Jika pautan tidak dikongsi sebagai bukti penyelesaian projek menjelang tarikh akhir yang dipersetujui, projek akan dibatalkan secara automatik.

 
  1. Klik "Hantar" atau "Hantar Pautan" untuk menghantar pautan konten media sosial sebagai bukti pelaksanaan projek. Anda mesti kongsikan pautan bagi setiap jenis konten yang telah dipersetujui.

Screenshot_11 (1).png

 
  1. Klik "Hubungi Penjual" untuk berbincang dengan penjual.

 
  1. Klik "Batalkan Projek" untuk memohon pembatalan projek. Pembatalan hanya sah setelah diluluskan oleh penjual.

 
  1. Klik "Bangkitkan Pertikaian" jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertikaian yang memerlukan perhatian Shopee. Perkhidmatan Pelanggan kami akan menilai kes anda.

 

 

Langkah 7: Penilaian oleh Penjual

Screenshot_12 (1).png

  1. Selepas anda menghantar pautan konten, status projek akan dikemas kini kepada "Untuk Diselesaikan" sehingga pengesahan oleh pihak penjual.

 
  1. Kini, pihak penjual harus menyemak pautan konten yang anda kongsikan.

    1. Sekiranya konten perlu diperbaiki (contoh: penjual merasakan imej yang dimuat naik tidak jelas), pautan konten boleh diubah jika perlu.

    2. Setelah penjual berpuas hati dengan konten, mereka perlu mengesahkan penyelesaian projek. Status projek akan berubah kepada “Selesai”.

    3. Jika penjual tidak membuat pengesahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh anda menghantar pautan konten, status projek akan berubah kepada “Selesai” secara automatik.

 
  1. Klik "Hubungi Penjual" untuk berbincang dengan penjual.

 
  1. Klik "Batalkan Projek" untuk memohon pembatalan projek. Pembatalan hanya sah setelah diluluskan oleh penjual.

 
  1. Klik "Bangkitkan Pertikaian" jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertikaian yang memerlukan perhatian Shopee. Perkhidmatan Pelanggan kami akan menilai kes anda.

 

 

Langkah 8: Penyelesaian Projek dan Penerimaan Pembayaran

Screenshot_13 (1).png

 
  1. Selepas semakan dan pengesahan penjual, status projek akan berubah kepada "Selesai".

    1. Pembayaran untuk projek akan diproses dan dibayar dalam kitaran bil berikutnya

 
  1. Klik "Hubungi Penjual" untuk berbincang dengan penjual.

 
  1. Klik "Bangkitkan Pertikaian" jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertikaian yang memerlukan perhatian Shopee. Perkhidmatan Pelanggan kami akan menilai kes anda.

 

Cara-cara untuk Melihat Pendapatan PPP

 

Anda boleh lihat jumlah pendapatan dari projek PPP melalui aplikasi Shopee dan juga laman Web.

Viewing PPP Income on App.png

 
  1. Pendapatan PPP dipaparkan di kedua-dua halaman perincian bil dan halaman pecahan pendapatan.

  2. Dalam perincian bil, anda boleh melihat pendapatan PPP yang dibahagikan mengikut jumlah layak diterima, jumlah cukai pegangan, dan jumlah yang perlu dibayar.

    1. Klik "Lihat Projek" untuk melihat projek yang dikelompokkan ke dalam bil semasa.

  3. Di halaman pecahan pendapatan, anda boleh melihat jumlah pendapatan PPP untuk tempoh/bil kitaran yang dipilih (dikelompokkan di bawah "Media Sosial").

 

Cara-cara Membatalkan Projek PPP

 

Pembatalan boleh dilakukan semasa peringkat "Belum Dibayar", "Untuk Dihantar", "Untuk Diterima", dan "Untuk Diterbitkan".

Request cancellation (2).png

  1. Untuk memulakan permintaan pembatalan PPP, klik "Batalkan Projek" di bahagian bawah butiran projek.

    1. Nyatakan sebab mengapa projek perlu dibatalkan.

  2. Pembatalan yang dihantar memerlukan kelulusan daripada penjual.

    1. Pembatalan boleh ditarik balik sebelum penjual meluluskan atau menolak permintaan tersebut.

    2. Pembatalan yang ditolak memerlukan pertikaian untuk dibangkitkan. Sila rujuk bahagian Pertikaian di bawah untuk maklumat lanjut.

  3. Pembatalan juga boleh dibangkitkan oleh penjual dan memerlukan kelulusan.

    1. Klik "Tolak Pembatalan" untuk menolak permintaan pembatalan penjual dan bangkitkan pertikaian.

    2. Klik "Terima Pembatalan" untuk menerima permintaan pembatalan penjual dan batalkan projek.

Projek yang dibatalkan akan dihentikan serta-merta dan tidak boleh dikembalikan.

Cara-cara Membangkitkan Pertikaian

Pertikaian boleh dibangkitkan semasa peringkat "Untuk Dihantar", "Untuk Diterima", "Untuk Diterbitkan", "Untuk Diselesaikan", dan "Selesai" semasa projek.Raise a dispute.png



  1. Pertikaian boleh dibangkitkan dengan menggunakan "Bangkitkan Pertikaian" di bahagian bawah butiran projek.

    1. Lengkapkan borang tiket pertikaian dan serahkan untuk disemak oleh pihak Shopee.

  2. Tiket pertikaian dinilai oleh pihak Shopee dan diselesaikan oleh Perkhidmatan Pelanggan.

    1. Pertikaian boleh ditarik balik sebelum keputusan disahkan.

  3. Tiket pertikaian juga boleh dibangkitkan oleh penjual.

    1. Pertikaian boleh mengakibatkan projek ditamatkan, bayaran balik penuh atau separa diberikan kepada penjual, atau projek diteruskan dari status terakhir.

Amalan Terbaik
✔️LAKUKAN: Hasilkan konten yang asli dan menarik
✔️LAKUKAN: Patuhi terma dan syarat PPP dan tarikh akhir muat naik konten
  • Memuat naik konten tepat pada tarikh yang dipersetujui
  • Pastikan anda mendapat kelulusan daripada penjual sebelum memuat naik konten untuk mengelak sebarang pertikaian.
✔️LAKUKAN: Promosikan kedai dan produk Penjual dengan tepat
  • Sertakan sampel percuma dalam konten anda
  • Ajak pengikut dan penonton untuk membeli di Shopee dengan menggunakan pautan afiliasi
  • Pastikan posting anda kekal di halaman media sosial dalam tempoh masa yang dipersetujui supaya konten boleh dikitar di media sosial
JANGAN: Mencuri konten orang lain
  • Konten yang dicuri atau diciplak adalah dilarang. 
JANGAN: Promosikan platform lain atau penjual lain dalam posting yang sama
👥 Saling menghormati ketika berkomunikasi
  • Bina hubungan yang baik dan komunikasi secara beradab dengan Penjual
  • Elakkan bahasa kasar, ucapan kebencian, kata-kata kesat, kasar dan menghina semasa berbincang.
  • Balas mesej tepat pada masanya untuk memastikan projek berjalan dengan lancar. 
👥 Elakkan mesej berlebihan/ spam
  • Elakkan menghantar mesej terlalu banyak kepada penjual atau pihak Shopee kerana ia menyebabkan spam.
⚠️ Hubungi Shopee sekiranya terdapat tingkah laku penjual yang dilarang

  • Penjual tidak boleh menghubungi anda untuk mempromosikan produk berkaitan tembakau, senjata, perjudian, pornografi, keganasan atau bahan berbahaya (contoh: virus).
  • Jika keselamatan atau privasi anda terjejas, sila hubungi Shopee dengan segera.
 
FAQ : Aktifkan PPP dan Penerimaan Jemputan

1. Bagaimana saya boleh mengaktifkan PPP?
Pengguna kali pertama akan melihat jemputan pop-up untuk mengaktifkan PPP. 

Namun, PPP kini hanya berdasarkan jemputan dari penjual. Anda hanya boleh turut serta jika menerima jemputan.

2: Saya akan bercuti selama beberapa minggu, bagaimana cara untuk hentikan penerimaan jemputan projek?
Anda boleh mematikan ketersediaan untuk menerima projek baru di bawah Tetapan Projek.

3: Bolehkah saya memilih platform yang saya sedia gunakan untuk mempromosikan penjual?
Ya, anda boleh pilih platform yang anda bersedia untuk posting dan menetapkan harga untuk jenis posting yang berbeza di bawah Tetapan Projek.

4: Adakah terdapat kadar maksimum yang boleh saya caj untuk konten saya?
Ya, akan ada kadar maksimum.

5: Berapa lama tempoh masa untuk menerima jemputan projek?
Anda ada 5 hari kalender untuk menerima atau menolak jemputan projek. Jika tidak, projek akan ditolak secara automatik.

6: Berapa banyak jemputan projek PPP yang boleh saya terima?
Anda terhad kepada 5 projek (jemputan, diterima, dan sedang dijalankan) pada sesuatu masa. Had ini akan dikemas kini apabila setiap projek selesai.

7: Bolehkah saya menghubungi penjual untuk mencipta konten bagi kedai dan produk mereka dan bukannya menunggu jemputan?
Tidak. Anda hanya boleh membuat PPP apabila penjual yang memberi jemputan kepada anda.

8: Bolehkah saya menukar butiran projek yang dicadangkan oleh penjual dalam jemputan projek?
Anda boleh klik pada "Hubungi Penjual" untuk berbincang tentang terma dan skop projek sebelum "Terima". Pastikan semua butiran projek dipersetujui dengan penjual sebelum menerima projek.

9: Bagaimana jika akaun media sosial saya tidak disahkan oleh Shopee?
Anda hanya boleh menetapkan kadar bayaran untuk konten di akaun media sosial yang disahkan sahaja.

 

 

Soalan Lazim: Selepas Menerima Projek PPP

 

1. Berapa lama saya ada untuk menyiapkan projek?

Anda boleh berunding terus dengan penjual mengenai tarikh akhir penghantaran konten dan tarikh penerbitan.

 

2: Apa yang berlaku jika saya tidak menerima sampel percuma daripada penjual?

Jika sampel tidak diterima dalam masa 14 hari kalender dari tarikh penghantaran penjual, projek akan dibatalkan secara automatik.

 

3: Apa yang berlaku jika penjual tidak membalas mesej saya?

Anda boleh klik pada "Bangkitkan Pertikaian" untuk menghantar tiket pertikaian dan melaporkan kes kepada pihak Shopee.

 

4: Adakah saya perlu mendapatkan kelulusan penjual sebelum memuat naik konten saya? Berapa banyak pusingan semakan yang berhak diminta oleh penjual?

Ya, anda perlu mesej penjual dan kongsikan konten yang dicipta untuk mereka membuat semakan. 

Sebelum menerima projek, kami sarankan anda membuat persetujuan dengan penjual berkenaan bilangan semakan yang mereka berhak dapati.

 

5: Penjual menolak konten saya berkali-kali dengan alasan yang saya tidak setuju. Bagaimana saya boleh menyelesaikan masalah ini?

Sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan, anda boleh meminta untuk membatalkan projek (tertakluk kepada kelulusan penjual). 

Selain itu, anda boleh klik "Bangkitkan Pertikaian" untuk menghantar tiket pertikaian dan melaporkan kes kepada pihak Shopee.

 

6: Selepas perbincangan dengan penjual mengenai isi kandungan konten, saya ingin menukar kadar  bayaran saya. Adakah saya masih boleh melakukannya?

Kadar bayaran projek masih boleh diubah sehingga penjual membuat bayraan, tertakluk kepada kelulusan penjual.

 

7: Saya tidak mahu lagi bekerja pada projek ini. Bolehkah saya membatalkan projek?

Anda perlu mendapatkan kelulusan penjual jika anda ingin membatalkan projek pada bila-bila masa selepas menerima jemputan.

 

Soalan Lazim: Pembayaran

 

1. Saya telah memuat naik konten untuk penjual. Berapa lama sehingga saya menerima bayaran?

Selepas memuat naik konten, anda perlu menghantar pautan konten tersebut kepada penjual untuk semakan. Setelah penjual berpuas hati, beliau perlu sahkan bahawa projek telah diselesaikan.

Jika penjual tidak berbuat sedemikian dalam masa 30 hari kalendar dari tarikh anda menghantar pautan tersebut, projek akan diselesaikan secara automatik. 

Setelah status projek dikemas kini kepada "Selesai", pembayaran akan diproses dan dibayar dalam kitaran bil seterusnya. 

 

Soalan Lazim: Lain-lain

 

1. Saya dapat tahu bahawa penjual telah menggunakan konten saya untuk iklan dan promosi mereka sendiri tanpa kebenaran saya. Bagaimana saya boleh melaporkannya?

Sila buat laporan kepada pasukan Perkhidmatan Pelanggan untuk penilaian pihak Shopee.



Was this article helpful?
Yes
No