Hi, how can we help?

[BM] Cara Mendapatkan Sampel Percuma dari Penjual

BM | EN

Apakah Sampel Percuma?

Fungsi Sampel Percuma membolehkan Affiliate memohon, mencuba dan mengulas (review) produk daripada penjual Shopee secara percuma, sekaligus mempromosikan kedai dan produk mereka.

 

Screenshot_7 (3).png

 

 

  • Affiliate yang terpilih boleh memohon Sampel Percuma melalui halaman utama Affiliate. Penjual akan menyemak permohonan tersebut dan sekiranya diterima, mereka menghantar produk kepada anda.

  • Setelah produk diterima, anda boleh menguji barang tersebut dan membuat konten berkenaan sampel tersebut. 

  • Kongsikan konten yang anda dihasilkan dengan penjual (dalam bentuk tangkapan skrin atau URL konten) supaya mereka boleh melihat ulasan/review anda.

 

Langkah-langkah mendapatkan Sampel Percuma

Proses mendapatkan Sampel Percuma mempunyai empat peringkat. Tindakan yang diperlukan dalam setiap peringkat diringkaskan dalam jadual di bawah.

 

Peringkat

Status Projek

Tindak Diperlukan dari Affiliate 

Tidak Diperlukan dari 

1

Permohonan dan Kelulusan

Untuk Diluluskan

Hantar permohonan sampel percuma kepada penjual yang diinginkan dan tunggu kelulusan.

Penjual menyemak permintaan dan meluluskannya jika sesuai dengan mereka.

2

Penghantaran Sampel Percuma

Untuk Dihantar

Tiada tindakan diperlukan. 

Penjual perlu menghantar sampel percuma ke alamat penghantaran.


Jika sampel tidak dihantar dalam masa 5 hari kalender dari tarikh permohonan diluluskan oleh penjual, projek ini akan dibatalkan secara automatik.

3

Penerimaan Sampel Percuma

Untuk Diterima

Setelah produk diterima, kemaskini status dengan klik “Diterima dalam halaman Sampel Percuma.


Tiada tindakan diperlukan.  

4

Penciptaan Konten dan Perkongsian sebagai bukti

Untuk Diterbitkan

Cipta konten menggunakan sampel percuma yang diterima.

Muat naik konten dan kongsikan pautannya dengan penjual melalui butang “Hantar Pautan”.

Penjual boleh melihat konten yang dihasilkan oleh Affiliate setelah menerima pautan media sosial.

 

Permohonan dan Kelulusan

 

Buat masa sekarang, Sampel Percuma adalah terhad kepada Affiliate terpilih sahaja. Affiliate terpilih boleh melihat butang “Mohon Sampel” di bahagian bawah setiap halaman produk Affiliate.
Screenshot_1 (1).png
 

 

  1. Klik “Mohon Sampel” untuk memulakan proses permohonan sampel.

    1. Pilih alamat penghantaran anda dan model/variasi sampel yang diinginkan. 

    2. Setuju dengan terma dan syarat Sampel Percuma sebelum menghantar permohonan kepada penjual. 

 

  1. Setelah permohonan dihantar, halaman “Sampel Percuma” akan dikemaskini. Halaman ini mengandungi semua permohonan yang sedang aktif dan telah selesai dilaksanakan.

    Screenshot_12 (3) (1) (1).png

    1. Permohonan sampel percuma disusun mengikut status semasa.

    2. Maklumat mengenai status semasa dan produk yang dipohon. Klik “Hubungi Penjual” untuk memulakan perbincangan jika anda memerlukan maklumat lanjut.

    3. Tekan setiap permohonan untuk melihat maklumat lebih terperinci seperti langkah seterusnya, status penghantaran dan maklumat penjual/ sampel.

Penghantaran dan Penerimaan Sampel
Screenshot_6 (3) (1).png

 

  1. Selepas penjual membuat penghantaran, status permohonan akan dikemaskini kepada “Untuk Diterima”.

    1. Status akan kekal sebegini sehingga anda membuat pengesahan bahawa sampel berjaya dihantar ke alamat anda. 

    2. Jika sampel tidak diterima dalam masa 14 hari kalendar dari tarikh penghantaran oleh penjual, permohonan ini akan dibatalkan secara automatik.

  2. Jejaki penghantaran menggunakan maklumat yang tersedia di sini.

  3. Setelah sampel diterima, klik “Diterima” untuk sahkan sampel berjaya dihantar.

 

Penciptaan Konten dan Perkongsian sebagai bukti

Screenshot_8 (3) (1).pngScreenshot_9 (3) (1).png

  1. Affiliate perlu mencipta konten media sosial untuk semua sampel percuma yang diterima. 

  2. Berikan bukti konten telah dicipta dengan menghantar pautan melalui “Hantar Pautan”.

    1. Jika pautan konten tidak dihantar sebelum tarikh akhir yang ditetapkan, permohonan ini akan ditandakan sebagai tidak selesai.

    2. Jika anda gagal memberikan bukti penciptaan konten, ini boleh mengakibatkan kehilangan akses kepada fungsi Sampel Percuma, atau penalti lain mengikut budi bicara Shopee.

  3. Di halaman “Hantar Pautan”, pilih jenis konten yang akan dikongsikan dengan penjual sebagai bukti konten telah dicipta dan dimuat naik ke media sosial.

    1. Untuk konten biasa (e.g: Facebook post, Instagram reel), anda perlu kongsikan pautan konten tersebut. 

    2. Untuk konten jenis “story” (e.g: Facebook or Instagram stry), anda perlu kongsikan tangkapan skrin (screenshot) sebagai bukti. 

    3. Tekan “Tambah Pautan” untuk menghantar sehingga 3 pautan konten kepada penjual. 

  4. Anda boleh melihat ringkasan bukti konten selepas berjaya dihantar kepada seller.

Pembatalan Sampel Percuma

Anda boleh membatalkan permohonan Sampel Percuma dalam peringkat “Untuk Diluluskan”, “Untuk Diterima” dan “Untuk Diterbitkan”. 

 

Screenshot_11 (3) (1).png

 

  1. Klik “Batalkan Permohonan” untuk memulakan proses pembatalan.

  2. Pilih sebab anda ingin membatalkan permohonan sampel, atau nyatakan sebab dengan memilih “Lain-Lain”.

  3. Pembatalan hanya sah jika mendapat kelulusan dari penjual.
    a. Jika anda berubah fikiran dan penjual belum meluluskan, anda masih boleh tarik balik pembatalan tersebut.

 

Was this article helpful?
Yes
No