Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah mengumumkan bahawa pelaksanaan e-Invois akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2024.
Semua Affiliate wajib mengemukakan maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk mematuhi keperluan e-Invois.
Sistem e-Invois akan memudahkan pengesahan dan penyimpanan transaksi merentasi sektor Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C), dan Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G).
Sila rujuk pautan dari LHDN di sini untuk maklumat lanjut.
Apakah maklumat yang diperlukan daripada Affiliate?
Anda dikehendaki mengemukakan maklumat seperti yang terperinci dalam jadual di bawah, bermula 16 Disember 2024.
Perkara | Jenis Akaun | |||
Individu Tempatan | Individu Luar Negara² | Syarikat Tempatan² | Syarikat Luar Negara² | |
Nombor ID | MyKad / MyTentera / MyPR / MyKAS number | No. Pasport | ||
Nama Penuh | Seperti dalam ID | Seperti dalam Pasport | Nama Syarikat | Nama Syarikat |
Alamat | Alamat terkini | Alamat terkini | Alamat syarikat | Alamat syarikat |
Perkhidmatan e-Invois | Pilih Ya atau Tidak¹ | Ya secara tetapan | Not Applicable | Ya secara tetapan |
Nombor Pengenalan Cukai (TIN) | Nombor Pengenalan Cukai Individu | Tiada maklumat diperlukan. Sistem akan memaparkan EI00000000010 secara tetapan. | Not Applicable | Tiada maklumat diperlukan. Sistem akan memaparkan EI00000000010 secara tetapan. |
Nombor SST | Not Applicable | Not Applicable | Jika anda berdaftar dengan SST | Jika anda berdaftar dengan SST |
Maklumat Akaun Bank | Maklumat Akaun Bank Tempatan Peribadi | Maklumat Akaun Bank Tempatan Peribadi | Maklumat Akaun Bank Tempatan Syarikat | Maklumat Akaun Bank Tempatan / Luar Negara Syarikat |
Dokumen yang diperlukan:
Individu Tempatan | Individu Luar Negara | Syarikat Tempatan | Syarikat Luar Negara |
Kad Pengenalan | Pasport Penyata Bank | Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM) | Sijil Pendaftaran Perniagaan |
Nota:
¹Jika anda memilih "Ya", Shopee akan mengeluarkan e-Invois kepada anda pada setiap kitaran bil.
Jika anda memilih "Tidak", Shopee TIDAK akan mengeluarkan e-Invois kepada anda pada setiap kitaran bil.
Anda bertanggungjawab untuk menyediakan dan menghantar Invois sendiri.
²Individu Luar Negara, Syarikat Tempatan dan Syarikat Luar Negara perlu melengkapkan penghantaran ini melalui versi Web.
³Sijil Tempat Tinggal (COR) diperlukan hanya jika anda menjalani perkhidmatan di Malaysia.