BM | ENG
Pencipta konten, atau Content Creator, yang berkualiti tinggi biasanya ada engagement yang tinggi dengan audiens di media sosial.
Ini meningkatkan peluang mereka untuk membina pengikut setia yang berinteraksi dan membeli setiap kali mereka mempromosikan produk.
Ikuti tips berikut:
Tampilkan diri anda dalam gambar atau video. Walaupun suara latarbelakang sahaja pun boleh diterima, ianya lebih baik jika pengikut dapat melihat siapakah diri anda!
Ceritakan kelebihan produk dan tunjukkan cara menggunakannya.
Pastikan produk ditunjukkan dengan jelas dalam gambar atau video, dengan pencahayaan yang baik dan sudut yang sesuai.
Pastikan gambar dan video dimuat naik dengan resolusi tinggi.
Jangan mencuri konten yang dicipta oleh orang lain atau menggunakan muzik yang melanggar hak cipta.
Gunakan hashtag yang relevan seperti #ShopeeMY dan #ShopeeHaul.
Tag akaun media sosial rasmi kami untuk menggalakkan pengguna untuk membeli dari Shopee:
Masih kurang jelas? Lihat contoh di bawah untuk inspirasi!
Pos di Instagram
sumber asal: nurafifah dan yasmineyusoff
Story di Instagram
Instagram reels dan video di TikTok