Hi, how can we help?

[BM] Cara Melaporkan Salah Laku Penipuan atau Rasuah Pekerja

Di Shopee, kami amat menghargai kepercayaan dan keselamatan anda dalam menjalankan urusan perniagaan secara jujur dan sah.

Jika anda ternampak atau mengalami sebarang salah laku seperti penipuan atau rasuah yang melibatkan pekerja Shopee atau pihak yang berkaitan, anda boleh melaporkannya melalui saluran ini. Anda boleh membuat laporan dengan niat baik tanpa perlu risau akan dikenakan sebarang tindakan atau balasan.

Saluran pelaporan ini dikendalikan oleh pasukan Pematuhan Dalaman, iaitu pasukan bebas yang bertanggungjawab menyiasat kes-kes penipuan dan rasuah dalaman.

Setiap laporan akan dinilai terlebih dahulu. Siasatan hanya akan dijalankan jika maklumat yang diberikan adalah lengkap dan mencukupi. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda untuk menyertakan maklumat diri agar kami boleh menghubungi anda jika perlu.

Kami juga berpegang pada prinsip berikut untuk melindungi pengadu:

  • Kerahsiaan: Identiti anda dan kandungan laporan akan dirahsiakan sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang dan keperluan siasatan.

  • Tiada tindak balas: Shopee mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap sebarang tindakan balas yang tidak sah terhadap pengadu.

Contoh Insiden yang boleh dilaporkan terhadap pekerja:


Rasuah

  • Permintaan pembayaran tanpa kebenarancth., Pengurus Perhubungan (ataupun KAM) meminta bayaran komisen ke akaun bank peribadi mereka.

  • Mereka pembayaran perkhidmatancth., KAM yang meminta bayaran untuk pendaftaran dalam program Shopee Affiliate atau Livestream.

  • Rasuah untuk mendapatkan keutamaan dalam layanan – cth., KAM menuntut wang atau hadiah untuk mempercepatkan perkhidmatan atau meningkatkan profil pada platform Affiliate dan Livestream.


Salah laku penipuan

  • Berpakat untuk faedah peribadicth., KOL menawarkan hadiah kepada KAM sebagai pertukaran untuk layanan keutamaan.

  • Membuang sesebuah maklumat atau membuat akuan salah terhadap sesebuah maklumatcth., dengan sengaja memberikan maklumat palsu untuk mendapat keuntungan yang tidak adil atau menyalahi undang-undang.


Melaporkan sebarang insiden

Anda boleh melaporkan sebarang insiden sama ada diketahui dan/atau disyaki penipuan/rasuah melalui saluran laporan dalam talian.


Pertanyaan lain

Untuk bantuan sokongan dan pertanyaan lain, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan Shopee.
Was this article helpful?
Yes
No