Hi, how can we help?

[BM] Caj Perkhidmatan Program Shopee Affiliate

ENG | BM

Mulai 8 Jun 2025, Shopee akan memperkenalkan caj perkhidmatan sebanyak 1% daripada jumlah komisen* yang dijana dalam bil pembayaran (tanpa had) kepada semua Affiliate.

Pengenalan caj ini selaras dengan pelbagai penambahbaikan teknologi untuk ciri-ciri, program, dan kempen promosi yang bertujuan menyokong perkembangan para Affiliate, seperti: 

  • Perlindungan Commissions XTRA selama sehingga 7 (tujuh) hari sebagai jaminan keselamatan untuk para affiliate sekiranya penjual menurunkan kadar komisen bagi mana-mana produk Commissions XTRA.

  • Pandangan data yang lebih menyeluruh (demografik audiens, video dan prestasi produk) di portal Program Shopee  Affiliate untuk Shopee Live dan Shopee Video supaya anda dapat memahami audiens anda dengan lebih baik, serta melihat prestasi pautan affiliate anda untuk merancang kempen seterusnya dengan lebih strategik.

  • Kempen bulanan dan inisiatif yang direka untuk memacu perkembangan anda, seperti Misi Video, Content Creator Club, Order Bonanza, dan banyak lagi. Rujuk DI SINI untuk melihat semua kempen affiliate yang sedang berlangsung.

Caj perkhidmatan akan dipaparkan dalam bil pembayaran Shopee Affiliate yang dikeluarkan setiap 2 minggu.

Contoh Pengiraan:

Tempoh Komisen Selesai: 16 Mei 2025 hingga 31 Mei 2025

Tempoh Pengesahan: 1 Jun 2025 hingga 15 Jun 2025

Semasa Tempoh Komisen Selesai, Affiliate A memperoleh jumlah anggaran komisen sebanyak RM500 (sebelum cukai). Selepas Tempoh Pengesahan, jumlah sebenar komisen untuk Affiliate A ialah RM500 (sebelum cukai).

Jumlah komisen selepas pengesahan: RM500

Jumlah caj perkhidmatan (termasuk SST): RM5.40
  • 1% Caj perkhidmatan: RM5.00

  • 8% SST: ke atas caj perkhidmatan: RM0.40

Komisen yang perlu dibayar = RM500 - RM5.40 = RM494.60

*kecuali komisen yang dihasilkan melalui YouTube Shopping


Untuk mengakses pembahagian pendapatan anda dari portal dalam aplikasi Program Affiliate, klik Pendapatan > Pembahagian Pendapatan > Lihat Lebih Lanjut. Sila rujuk kepada tangkap layar berikut:-

9f1c472ddcad4fd2b4bb6d9dac697cf1.png

 

Untuk maklumat lanjut tentang caj perkhidmatan Affiliate, sila rujuk kepada soalan lazim kami DI SINI.

 

 

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied