Hi, how can we help?

[BM] Soalan Lazim Caj Perkhidmatan Program Shopee Affiliate

ENG | BM 
 

No.

Soalan

Jawapan

Maklumat Umum

1

Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai polisi ini?

Anda boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai polisi ini dalam Terma & Syarat Program Shopee Affiliate, atau hubungi pasukan khidmat pelanggan kami melalui borang web ini.

2

Bilakah caj perkhidmatan ini akan berkuat kuasa?

Caj perkhidmatan ini akan berkuat kuasa untuk pesanan yang telah lengkap dalam Tempoh Komisen Selesai: 16 Mei 2025 - 31 Mei 2025.


Sekiranya anda layak menerima bayaran komisen dalam tempoh ini, caj perkhidmatan akan mula dipaparkan mulai 8 Jun 2025 dalam bil 01 Jun 2025 - 15 Jun 2025.

3

Siapakah yang akan dikenakan caj perkhidmatan ini?

Caj perkhidmatan ini dikenakan kepada semua Affiliate yang berdaftar di bawah Program Shopee Affiliate. Hanya komisen yang dijana melalui YouTube Shopping dikecualikan.

Pengiraan & Penolakan Caj

4

Bagaimanakah caj perkhidmatan 1% dikira?

Caj perkhidmatan dikenakan pada kadar 1% daripada setiap bil pembayaran yang dijana daripada Program Shopee Affiliate.


Caj perkhidmatan ini tidak termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), dan tidak termasuk sebarang Cukai Pegangan (jika ada), mengikut peraturan semasa.


Untuk maklumat lanjut mengenai Program Shopee Affiliate, afiliate boleh rujuk di sini.

5

Adakah terdapat had minimum bagi caj perkhidmatan ini?

Tidak, caj perkhidmatan 1% dikenakan ke atas jumlah pendapatan tanpa had minimum.

6

Adakah caj perkhidmatan ini ditolak secara automatik?

Ya, caj perkhidmatan ini akan ditolak secara automatik oleh Shopee sebelum pendapatan dipaparkan di bawah ‘Pendapatan Saya’ dalam Portal Affiliate.

7

Bagaimanakah caj ini akan memberi kesan kepada pendapatan bersih saya?

Sila rujuk artikel ini untuk contoh pengiraan.

8

Bagaimanakah potongan ini akan dipaparkan dalam laporan pendapatan saya?

Butiran potongan caj perkhidmatan Program Shopee Affiliate boleh dilihat di halaman Butiran Bil Komisen. Sila rujuk artikel ini untuk tangkap layar yang menunjukkan potongan caj perkhidmatan dalam bil tersebut.

Memahami Caj Perkhidmatan

9

Siapa yang boleh saya hubungi jika ada pertanyaan mengenai caj ini?

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel ini atau hubungi pasukan khidmat pelanggan kami melalui borang web ini.

10

Mengapa Shopee memperkenalkan caj perkhidmatan sebanyak 1%? Apakah manfaat yang diperoleh daripada caj ini?

Caj perkhidmatan ini membolehkan kami terus melabur dalam ciri-ciri, program dan kempen promosi yang bertujuan menyokong perkembangan para Affiliate, seperti: 

Shopee dalam jangka masa panjang, seperti:

· Perlindungan Commissions XTRA selama sehingga 7 (tujuh) hari sebagai jaminan keselamatan untuk para affiliate sekiranya penjual menurunkan kadar komisen bagi mana-mana produk Commissions XTRA.

· Pandangan data yang lebih menyeluruh (demografik audiens, video dan prestasi produk) di portal Program Shopee Affiliate untuk Shopee Live dan Shopee Video supaya anda dapat memahami audiens anda dengan lebih baik, serta melihat prestasi pautan affiliate anda untuk merancang kempen seterusnya dengan lebih strategik.

· Kempen bulanan dan inisiatif yang direka untuk memacu perkembangan anda, seperti Misi Video, Content Creator Club, Order Bonanza, dan banyak lagi

 

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied