Hi, how can we help?

[BM] Soalan Lazim Mengenai Pembayaran [FAQ]

ENG | BM 
 

โš™๏ธ Jenis Akaun, Maklumat Pembayaran & Cukai


  1. Berapa lama masa yang diambil untuk kelulusan maklumat Pembayaran & Cukai saya?

    • Secara purata, proses kelulusan mengambil masa sekitar 7-14 hari bekerja selepas penghantaran maklumat anda.


  1. Bolehkah saya mengemaskini Maklumat Pembayaran saya, dan apa yang akan berlaku jika saya berbuat demikian?

    • Ya, anda boleh mengemaskini maklumat pembayaran anda. Namun begitu, pembayaran hanya akan diproses menggunakan maklumat bank yang telah diluluskan sebelum ini. Jika anda mengemaskini maklumat bank sebelum tarikh pembayaran tetapi perubahan tersebut masih belum diluluskan oleh pihak Kewangan, pembayaran akan tetap dimasukkan ke akaun bank yang telah diluluskan sebelum ini.


  1. Bolehkah saya mengemaskini Maklumat Cukai saya, dan apa yang akan berlaku jika saya berbuat demikian?

    • Jika affiliate mengemaskini Maklumat Cukai mereka, IC / pasport tidak akan boleh digunakan untuk pembayaran sehingga kemas kini tersebut diluluskan oleh pihak Kewangan. Semua maklumat dalam bahagian Maklumat Cukai diperlukan untuk membolehkan pihak Kewangan memproses pembayaran. Memandangkan bil dikeluarkan pada 8 dan 23 haribulan setiap bulan, sebarang perubahan hanya akan terpakai untuk kitaran bil seterusnya selepas kelulusan.


  1. Adakah wajib untuk mendaftar perkhidmatan e-invois?

    • Ya, pendaftaran adalah wajib. Jika affiliate gagal menyediakan maklumat dan dokumen yang diperlukan, Shopee berhak untuk mengambil tindakan lanjut yang mungkin menjejaskan penggunaan akaun affiliate anda.


  1. Di manakah saya boleh mencari nombor TIN saya dalam Portal MyTax?

    • Selepas log masuk, anda boleh melihat nombor TIN anda di halaman utama Portal MyTax. Ia terletak di bahagian atas sebelah kanan, bersama maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor TIN dan lokasi LHDN anda. Pastikan format TIN anda adalah betul dan mengandungi prefix yang diperlukan.


  1. Apa yang perlu saya lakukan jika saya tidak mempunyai Nombor TIN?

    • Anda boleh mendaftar di Portal MyTax untuk mendapatkan nombor TIN anda.


  1. Apa yang akan berlaku kepada komisen jika saya tidak pernah menghantar Maklumat Pembayaran dan Cukai?

    • Komisen affiliate akan luput sekiranya Maklumat Pembayaran & Cukai serta invois tidak dihantar dalam tempoh satu tahun selepas bil dikeluarkan.


  1. Bagaimanakah saya boleh mengesahkan pembayaran berjaya dan mendapatkan ID Rujukan?

    • Sebaik sahaja pembayaran dibuat, anda akan menerima ID Rujukan di Affiliate Dashboard anda. ID ini sepadan dengan nombor transaksi yang tertera dalam penyata bank anda, biasanya bersebelahan dengan keterangan "A AIR PAY MY SDN BHD".

    • Pembayaran dikreditkan melalui pemindahan IBG. Jika dikreditkan pada hari Jumaat, masa sebenar ia dipaparkan dalam akaun bank anda mungkin berbeza mengikut jadual pemprosesan bank masing-masing, kebiasaannya dalam tempoh 1-3 hari bekerja.


  1. Adakah saya dibenarkan untuk menukar jenis akaun daripada Syarikat Tempatan kepada Individu Tempatan?

    • Ya, pertukaran ini dibenarkan. Untuk mengemas kini jenis akaun, pergi ke halaman Maklumat Pembayaran & Cukai. Anda boleh mengaksesnya melalui Affiliate Dashboard dengan klik menu di bahagian atas kanan dan pilih โ€˜Payment Settingโ€™.


๐Ÿ’ฐ Pembayaran Komisen & Garis Masa


  1. Bilakah saya akan menerima komisen affiliate saya?

    • Tempoh untuk menerima komisen affiliate adalah lebih kurang 1.5 hingga 2 bulan dari tarikh pesanan diterima oleh pembeli.


  1. Bilakah affiliate akan menerima pembayaran komisen mereka?

    • Pembayaran akan sentiasa dibuat pada hari Jumaat, atau kadangkala hari Isnin sekiranya minggu pemprosesan sebelumnya mempunyai cuti umum.

    • Sekiranya pendapatan anda jatuh dalam tempoh berikut:

      • 1hb โ€“ 15hb bulan tersebut ->

๐Ÿ’ฐ Pembayaran akan dibuat pada Minggu ke-2 atau Minggu ke-3 bulan berikutnya.

      • 16hb โ€“ 30hb/31hb bulan tersebut ->

๐Ÿ’ฐ Pembayaran akan dibuat pada Minggu ke-4 bulan berikutnya atau Minggu pertama bulan selepas itu.


  1. Kenapa saya masih belum menerima komisen saya?

    • Anda mungkin tidak menerima komisen dalam situasi berikut:

      1. Pesanan dibuat oleh anda sendiri atau oleh ahli keluarga/rakan yang tinggal serumah.

      2. Pautan affiliate anda digunakan untuk mempromosikan produk dari kedai anda sendiri (konflik kepentingan).

      3. Pesanan telah dibatalkan atau dipulangkan (refund).

      4. Pembeli telah klik pautan affiliate lain sebelum membuat pembelian.

      5. Anda belum menghantar Maklumat Pembayaran & Cukai melalui portal Affiliate Admin.

      6. Maklumat Pembayaran & Cukai anda masih belum disahkan.

      7. Komisen anda tidak disahkan dan telah melepasi tempoh 12 bulan.

      8. Anda belum menghantar invois (jika anda adalah Affiliate Perusahaan Tempatan).

      9. Invois anda telah ditolak oleh pihak Shopee.


  1. Kenapa komisen saya mungkin diluputkan?

    • Komisen affiliate mesti disahkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh bil dikeluarkan. Sekiranya Maklumat Pembayaran & Cukai serta invois tidak dihantar dalam tempoh 1 tahun, komisen akan diluputkan dan tidak boleh dikembalikan.


  1. Apa yang berlaku kepada komisen saya selepas akaun saya digantung?

    • Anda akan menerima pembayaran komisen bagi tempoh antara tarikh pendaftaran anda sehingga tarikh akaun anda digantung. Walau bagaimanapun, sebarang komisen yang dilabel sebagai aktiviti penipuan dalam tempoh tersebut tidak akan dibayar.


๐Ÿงพ Yuran Perkhidmatan Affiliate


  1. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat terperinci tentang polisi Yuran Perkhidmatan Affiliate?


  1. Bilakah Yuran Perkhidmatan akan berkuat kuasa?

    • Yuran perkhidmatan akan berkuat kuasa untuk pesanan yang disiapkan dalam Tempoh Penyempurnaan Komisen: 16 Mei 2025 โ€“ 31 Mei 2025

    • Sekiranya anda layak menerima komisen dalam tempoh ini, yuran perkhidmatan akan mula dipaparkan bermula 8 Jun 2025 dalam bil bagi tempoh 1 Jun 2025 โ€“ 15 Jun 2025.


  1. Siapakah yang akan dikenakan caj perkhidmatan ini?

    • Caj perkhidmatan ini dikenakan kepada semua Affiliate yang berdaftar di bawah Program Shopee Affiliate. Hanya komisen yang dijana melalui YouTube Shopping dikecualikan.

  2. Bagaimanakah caj perkhidmatan 1% dikira?

    • Caj perkhidmatan dikenakan pada kadar 1% daripada setiap bil pembayaran yang dijana daripada Program Shopee Affiliate. Caj perkhidmatan ini tidak termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), dan tidak termasuk sebarang Cukai Pegangan (jika ada), mengikut peraturan semasa.

    • Untuk maklumat lanjut mengenai Program Shopee Affiliate, afiliate boleh rujuk di sini.

 

  1. Adakah terdapat had minimum bagi caj perkhidmatan ini?

    • Tidak, caj perkhidmatan 1% dikenakan ke atas jumlah pendapatan tanpa had minimum.


  1. Adakah caj perkhidmatan ini ditolak secara automatik?

    • Ya, caj perkhidmatan ini akan ditolak secara automatik oleh Shopee sebelum pendapatan dipaparkan di bawah โ€˜Pendapatan Sayaโ€™ dalam Portal Affiliate.


  1. Bagaimanakah caj ini akan memberi kesan kepada pendapatan bersih saya?

    • Sila rujuk artikel ini untuk contoh pengiraan.


  1. Bagaimanakah potongan ini akan dipaparkan dalam laporan pendapatan saya?

    • Butiran potongan caj perkhidmatan Program Shopee Affiliate boleh dilihat di halaman Butiran Bil Komisen. Sila rujuk artikel ini untuk tangkap layar yang menunjukkan potongan caj perkhidmatan dalam bil tersebut.


  1. Siapa yang boleh saya hubungi jika ada pertanyaan mengenai caj ini?

    • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel ini atau hubungi pasukan khidmat pelanggan kami melalui borang web ini.


  1. Mengapa Shopee memperkenalkan caj perkhidmatan sebanyak 1%? Apakah manfaat yang diperoleh daripada caj ini?

    • Caj perkhidmatan ini membolehkan kami terus melabur dalam ciri-ciri, program dan kempen promosi yang bertujuan menyokong perkembangan para Affiliate dalam jangka masa panjang, seperti:

      • Perlindungan Commissions XTRA sehingga 7 (tujuh) hari sebagai jaminan keselamatan untuk para affiliate sekiranya penjual menurunkan kadar komisen bagi mana-mana produk Commissions XTRA.

      • Pandangan data yang lebih menyeluruh (demografik audiens, video dan prestasi produk) di portal Program Shopee Affiliate untuk Shopee Live dan Shopee Video supaya anda dapat memahami audiens anda dengan lebih baik, serta melihat prestasi pautan affiliate anda untuk merancang kempen seterusnya dengan lebih strategik.

      • Kempen bulanan dan inisiatif yang direka untuk memacu perkembangan anda, seperti Video Missions, Content Creator Club, Order Milestones dan banyak lagi

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied