ENG | BM
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah mengumumkan bahawa bermula 1 Ogos 2024, penggunaan e-Invois secara mandatori akan dikuatkuasakan. Semua affiliate diwajibkan untuk menyerahkan maklumat dan dokumen yang diperlukan bagi mematuhi keperluan e-Invois.
Sistem e-Invois ini akan membolehkan pengesahan dan penyimpanan transaksi secara hampir masa nyata merangkumi sektor Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C), dan Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G).
Sila rujuk pautan dari LHDN di sini untuk maklumat lanjut.
Apakah maklumat yang diperlukan daripada affiliate?
Seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah, affiliate dikehendaki untuk menyerahkan maklumat wajib bermula dari 16 Disember 2024.
Jenis Akaun | ||||
Perkara | Individual Tempatan | Individual Luar Negara* | Syarikat Tempatan* | Syarikat Luar Negara* |
Alamat (format e-invois) | Alamat Kediaman | Alamat Kediaman | [Baharu] Alamat Syarikat | Alamat Syarikat |
Servis E-invois | Pilih antara Ya atau Tidak* | Ya secara tetapan | Tidak berkenaan | Ya secara tetapan |
TIN (Nombor Pengenalan Cukai | TIN Individu. Daftar / log masuk di sini untuk mendapatkan TIN. | Tiada maklumat diperlukan. Sistem akan memaparkan EI00000000010 secara tetapan. | [Baharu] TIN syarikat / perniagaan anda yang telah didaftarkan. Daftar / log masuk di sini untuk mendapatkan TIN. | No input required. System will show EI00000000010 by default. |
Nombor SST | Tidak berkenaan | Tidak berkenaan | Hanya jika anda berdaftar dengan SST | Hanya jika anda berdaftar dengan SST |
Nota:
*Individu luar negara, syarikat tempatan, dan syarikat luar negara perlu melengkapkan penyerahan ini melalui Web.
*Jika anda memilih 'Ya', Shopee akan mengeluarkan e-Invois bersama kod QR kepada anda pada setiap kitaran bil. Jika anda memilih 'Tidak', Shopee tidak akan mengeluarkan e-Invois kepada anda bagi setiap kitaran bil.