Hi, how can we help?

[BM] Mengapa Maklumat Pembayaran & Cukai Saya Mungkin Ditolak

BM | EN
 
Menghantar maklumat Pembayaran & Cukai dengan betul penting untuk pastikan komisen anda dibayar tepat pada masanya. Jika maklumat anda ditolak, jangan risau โ€” ini cara untuk semak sebab penghantaran anda ditolak.
 
Notifikasi Emel
Anda akan terima emel yang beritahu keputusan semakan. Kalau ditolak, sebabnya akan dinyatakan dengan jelas dalam emel.
713f507c3b704ab88dec2268a67052ab.jpg
 
Papan Pemuka Affiliate (Web)
  1. Pergi ke laman Pengaturan Pembayaran > klik Rekod Tetapan
  2. Di halaman Rekod Tetapan Pembayaran > Letakkan kursor di ikon ๐Ÿ›ˆ untuk melihat alasan penolakan
  3. Klik Lihat Butiran > Klik Edit > klik Hantar
 
Satu Mesej Sistem juga akan muncul di bahagian atas kanan Affiliate Dashboard anda mengenai Penolakan Maklumat Pembayaran & Cukai
d43f3069b1db43218d49263c2b68903f.jpg
 
Papan Pemuka Affiliate (Aplikasi)
  1. Buka Aplikasi Shopee > Pergi ke bahagian Saya
  2. Tekan Affiliate Program > Tekan Akaun (bawah kiri)
  3. Pergi ke korner kanan atas > Tekan Tetapan Pembayaran > Tekan Semak Alasan untuk lihat sebab penolakan
 
โ—Hantar maklumat pembayaran dan cukai dengan betul penting untuk elak kelewatan dalam menerima komisen anda. Berikut antara sebab biasa kenapa permohonan anda mungkin ditolak:
 
IC/Passport Tak Padanan
  • Nombor yang anda isi tak sama dengan nombor pada IC atau passport yang anda muat naik
 
Nama Penuh Tak Sama
  • Nama anda mesti ikut yang tertera di bahagian depan IC atau passport. Kalau ada beza, boleh menyebabkan penolakan.

Tak Muat Naik Penyata Bank Rasmi
  • Anda perlu muat naik penyata bank yang jelas dan lengkap โ€” mesti tunjuk Nama Pemilik Akaun Bank, Nombor Akaun, dan Logo Bank.

Guna Akaun Bank Yang Sama (Duplicate)
  • Untuk affiliate individu (lokal & luar negara): Hanya satu akaun affiliate dibenarkan bagi setiap akaun bank tempatan.
  • Untuk syarikat (lokal & luar negara): Maksimum tiga akaun affiliate boleh dikaitkan dengan satu akaun bank.

Nama Bank atau Nombor Akaun Tak Padanan
  • Nama bank atau nombor akaun yang anda isi mesti sama dengan apa yang ditunjukkan dalam penyata bank anda.
  • Pastikan semua maklumat diperiksa dengan teliti sebelum hantar, supaya proses semakan dan kelulusan berjalan lancar.

 
๐Ÿ“ข Pastikan semua maklumat disemak dengan teliti sebelum dihantar bagi memastikan proses kelulusan berjalan lancar.
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied