Ingin tahu bila komisen affiliate anda akan dibayar? Tempoh standard untuk menerima bayaran anda adalah diantara 1.5 hingga 2 bulan dari tarikh pembeli klik ‘Pesanan Diterima’ di aplikasi Shopee.
Garis masa | 1 hari | 15 hari | 15 hari | 1 hari | 20 hari | 1 hari |
Peringkat | Pesanan dibuat | Pesanan telah selesai | Tempoh Pengesahan | Bil pembayaran dikeluarkan | Komisen sedang diproses | Pembayaran komisen |
Penerangan | Hari pembeli membuat pesanan | Hari pembeli klik ‘Pesanan Diterima’ selepas pesanan diselesaikan | Semakan penipuan oleh Shopee ke atas pesanan yang telah diselesaikan | Bil dikeluarkan kepada Affiliate setiap 2 minggu | Shopee sedang memproses komisen | Pembayaran dibuat pada hari Jumaat (atau Isnin berikutnya jika Jumaat cuti umum) |
Bil separuh pertama Feb (contoh) | Sebelum 7 Feb | 16 Jan - 31 Jan | 1 - 15 Feb | 8 Feb | 8 Feb - 27 Feb | 28 Feb |
Bil separuh kedua Feb (contoh) | Sebelum 26 Feb | 1 Feb - 15 Feb | 16 Feb - 28 Feb | 23 Feb | 23 Feb - 13 Mar | 14 Mar |
💡 Sila ambil perhatian bahawa pembayaran komisen adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: - Maklumat Pembayaran & Cukai affiliate telah diluluskan oleh Shopee
- Invois dihantar dalam tempoh 3 hari bekerja selepas bil bayaran dikeluarkan
- Pembeli mesti melengkapkan pembelian dalam tempoh 7 hari selepas klik pautan affiliate dan menekan butang 'Pesanan Diterima' di aplikasi Shopee
❗Kegagalan untuk memenuhi mana-mana syarat di atas mungkin akan menyebabkan tempoh pembayaran menjadi lebih lama dan komisen akan direkodkan sebagai komisen tertunggak sehingga semua syarat dipenuhi. Contoh:- Sekiranya Maklumat Pembayaran & Cukai anda hanya diluluskan pada 30 September 2024, sebarang komisen yang diperoleh sebelum September 2024 akan diproses dalam kitaran pembayaran yang seterusnya. Sila ambil perhatian bahawa anda akan menerima bayaran anda lebih kurang 1.5 hingga 2 bulan selepas tarikh Maklumat Pembayaran & Cukai anda diluluskan oleh Shopee.