Hi, how can we help?

Cara Menyertai Perkongsian Afiliasi Facebook

EN | BM
 

Pencipta kandungan kini boleh menyambungkan akaun Facebook dan Instagram mereka kepada akaun Shopee Affiliate dengan mudah melalui satu proses persetujuan bersepadu. Penyambungan akaun ini boleh dimulakan oleh pencipta kandungan baharu atau sedia ada yang layak di Facebook atau Instagram.

 

Syarat Kelayakan untuk Menyertai Program Affiliate Partnerships Facebook:

●      Terbuka kepada pengguna berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai Halaman Facebook atau profil profesional Facebook.

●      Untuk menggunakan ciri ini, pengguna mesti mematuhi Meta Monetization Eligibility Standards dan Partner Monetization Policies.

●      Akaun mestilah tidak mempunyai sebarang rekod pelanggaran integriti.

 

Cara Mengaktifkan Mod Profesional di Facebook

Mod Profesional (Pro Mode):

●      Klik “Profil”, kemudian klik ikon ... (tiga titik) di bahagian atas sebelah kanan untuk membuka “Profile tetapan”

●      Pilih “Mod professional”

●      Lengkapkan tetapan penyesuaian profil anda.


Cara Program Affiliate Partnerships Facebook Berfungsi

●      Pautkan Halaman Facebook atau profil profesional Facebook serta akaun Instagram anda dengan Shopee, dan pastikan anda telah berdaftar dalam Program Shopee Affiliate.

●      Tandakan produk Shopee dalam kandungan anda.

●      Komisen tambahan dikira bagi setiap pembelian yang disahkan melalui kandungan anda.

 

Cara Menyambung Akaun Anda kepada Program Shopee Affiliate

Untuk pencipta kandungan baharu yang ingin menyertai program Affiliate Partnerships Facebook:

●      Aktifkan Mod Profesional pada akaun Facebook anda.

●      Dalam aplikasi Facebook, klik “Menu”.

●      Pergi ke “Professional dashboard” > “Monetisation” > “Affiliate Partnerships”.

●      Cari “Affiliate programs” dan pilih “Get started” di bawah “Shopee Affiliates”.

●      Pilih Halaman Facebook dan akaun Instagram yang disenaraikan pada halaman “Connect to Shopee”, kemudian klik “Next”.

●      Cipta akaun Shopee baharu atau log masuk ke akaun Shopee sedia ada, kemudian daftar sebagai Shopee Affiliate.

●      Klik “Register and Link” untuk menyambungkan akaun Shopee anda dengan Meta.

●      Klik “Done” dan anda sudah bersedia!

 

 

Untuk pencipta kandungan sedia ada yang telah menyambungkan akaun mereka kepada program Affiliate Partnerships Facebook:

Pautkan lebih banyak akaun

●      Dalam aplikasi Facebook, klik “Menu”.

●      Pergi ke “Professional dashboard” > “Monetisation” > “Affiliate Partnerships”.

●      Cari “Affiliate programs” dan ketik “Manage account” di bawah “Shopee Affiliates”.

●      Klik “Connect more accounts”.

●      Pilih Halaman Facebook dan akaun Instagram yang disenaraikan pada halaman “Connect to Shopee”, kemudian klik “Connect”.

●      Klik “Done” dan anda sudah bersedia!

Cara Menghasilkan Reels atau Siaran dengan Produk Affiliate

●      Sediakan kandungan yang ingin dimuat naik.

●      Pilih produk yang ingin ditampilkan di bawah “Affiliate partnerships”.

●      Klik “Create post” untuk mengesahkan pilihan anda.

●      Pilih “Add to new reel” atau “Add to new post”, mengikut jenis kandungan yang ingin dikongsikan.

●      Akhir sekali, klik “Share” untuk memuat naik kandungan anda.

______________________________________________________________________________

 

Soalan-soalan Lazim

S: Di mana saya boleh mencari dan mengakses Perkongsian Afiliasi Facebook?
J: Perkongsian Afiliasi Facebook hanya tersedia untuk pencipta berumur 18+ dengan Halaman Facebook atau profil profesional. Jika anda menggunakan profil peribadi, ketahui lebih lanjut tentang profil profesional di sini.

S: Bagaimana saya boleh mula menjana pendapatan dengan Shopee Affiliasi di Perkongsian Afiliasi Facebook?
J: Sambungkan sahaja akaun anda dan tandakan produk Shopee dalam hantaran atau Reels anda untuk memperoleh komisen daripada pembelian yang layak! Pilh mana-mana produk untuk menyemak anggaran kadar komisennya—yang berbeza mengikut kategori dan kempen—serta pantau jumlah komisen anda di Shopee.

S: Bila saya akan menerima komisen?
J: Komisen akan dikreditkan mengikut jadual pembayaran Shopee, selepas pesanan disahkan dan tidak dipulangkan.

S: Berapa banyak produk boleh saya tanda dalam satu hantaran?
J: Hanya satu produk setiap reels boleh dipaparkan pada banner affiliate.

S: Bagaimana saya boleh mencari produk Shopee dalam Perkongsian Afiliasi Facebook?
J: Anda boleh mencari produk berdasarkan nama atau jenis produk dalam bar carian. Anda juga boleh menapis menggunakan kategori produk.

S: Bolehkah saya terus pautkan produk untuk ditanda?
J: Ya, anda boleh terus menampal pautan dan pautan affiliate anda akan dikesan secara automatik.

 


 
Perlukan Bantuan? 

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai pertanyaan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee atau layari Pusat Bantuan Facebook.

Kemaskini terakhir: 12 November 2026

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied