Hi, how can we help?

[BM] Perkongsian Afiliasi Facebook

EN | BM

Dengan Perkongsian Afiliasi Facebook, rakan kongsi Shopee (pencipta kandungan, influencer, dan penerbit) boleh mempromosikan produk Shopee secara langsung di Facebook dengan menandakan produk tersebut dalam Siaran dan Reels. Apabila pembeli menekan produk yang ditanda dan membuat pembelian, rakan kongsi akan menerima komisen, menjana jualan, dan meningkatkan pendapatan mereka.


Kelebihan untuk Affiliate

  • Pengalaman Beli-belah Tanpa Gangguan – Pembeli boleh melayari produk di Facebook dan akan diarahkan ke aplikasi Shopee untuk melengkapkan pembelian mereka.

  • Menjana Pendapatan Pasif – Komisen diperoleh setiap kali pembeli membuat pembelian melalui kandungan yang anda tanda.


Cara Ia Berfungsi

  1. Hidupkan Mod Profesional di Facebook

    • Pergi ke profil Facebook anda.

    • Di bawah gambar profil anda, klik butang (…) di sebelah kanan.

    • Klik “Hidupkan mod profesional”.

    • Untuk mengesahkan, klik “Hidupkan” dan lengkapkan proses.e094035113e0408b87399286f6afd55e.gif

  1. Sertai Program Shopee Affiliasi

    • Dalam aplikasi Facebook, klik pada “Menu”.

    • Pergi ke Papan Pemuka Profesional > Pengewangan.

    • Cari Program Afiliasi dan tap Bermula.

    • Daftar akaun Shopee baharu atau Log masuk ke akaun Shopee sedia ada.

    • Continue untuk pautkan akaun Shopee anda dengan Meta.

    • Selesai! 5ffdbcd7b9704240bad50f2eb0d81d95.gif

  1. Promosikan Produk Shopee di Facebook

    • Dalam aplikasi Facebook, klik pada “Menu”.

    • Pergi ke Papan Pemuka Profesional > Pengewangan > Program Afiliasi.

    • Cari tab “Temui” yang memaparkan produk Shopee popular berdasarkan senarai cadangan Shopee

ATAU

    • Gunakan bar carian atau tekan “Produk” untuk melayari pilihan produk.

    • Pilih pilihan sama ada “Tambahkan pada reel baharu” atau “Tambah ke siaran baharu”.

    • Untuk Reels: tap “Kongsi Sekarang” dan untuk Post: Siarkan.fb1390e2c91047f094701bf4c2f29916.gif

  1. Dapatkan Komisen

    • Anda akan menerima komisen untuk setiap pembelian berjaya yang dibuat melalui hantaran atau reel yang ditanda.

    • Kadar komisen adalah berbeza mengikut kategori produk dan kempen.

💡 Tip: Tap pada produk untuk melihat maklumat produk dan anggaran kadar komisen.


Kelayakan

Untuk layak, anda mesti:


Soalan Lazim

S: Di mana saya boleh mencari dan mengakses Perkongsian Afiliasi Facebook?
J: Perkongsian Afiliasi Facebook hanya tersedia untuk pencipta berumur 18+ dengan Halaman Facebook atau profil profesional. Jika anda menggunakan profil peribadi, ketahui lebih lanjut tentang profil profesional di sini.

S: Bagaimana saya boleh mula menjana pendapatan dengan Shopee Affiliasi di Perkongsian Afiliasi Facebook?
J: Selepas anda menghubungkan akaun Facebook dengan program Shopee Affiliate, anda boleh mula menjana pendapatan sebaik sahaja pembelian terhasil melalui kandungan bertanda. Jumlah komisen hanya boleh dilihat di platform Shopee.

S: Bila saya akan menerima komisen?
J: Komisen akan dikreditkan mengikut jadual pembayaran Shopee, selepas pesanan disahkan dan tidak dipulangkan.

S: Berapa banyak produk boleh saya tanda dalam satu hantaran?
J: Hanya satu produk setiap siaran/reels boleh dipaparkan sebagai banner affiliasi.

S: Bagaimana saya boleh mencari produk Shopee dalam Perkongsian Afiliasi Facebook?
J: Anda boleh mencari produk berdasarkan nama atau jenis produk dalam bar carian. Anda juga boleh menapis menggunakan kategori produk.

S: Bolehkah saya terus pautkan produk untuk ditanda?
J: Ya, anda boleh terus menampal pautan dan pautan affiliate anda akan dikesan secara automatik.


Bantuan

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai pertanyaan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee atau layari Pusat Bantuan Facebook.

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied