Program Content GoldTick mengiktiraf pencipta kandungan berprestasi tinggi di platform Shopee — mereka yang secara konsisten mencapai keputusan cemerlang di Shopee Livestream (LS), Shopee Video (SV), atau kedua-duanya.
Pencipta kandungan yang memenuhi kriteria dan lulus semua semakan yang diperlukan akan menerima lencana rasmi GoldTick pada akaun mereka, sekali gus melayakkan mereka untuk menerima baucar eksklusif dan manfaat komisen. Program ini tersedia untuk penjual dan affiliate di Shopee Live dan/atau Shopee Video.
Baucar Eksklusif GoldTick | |||||||
Jenis Baucar | Diskaun | Perbelanjaan Minimum (RM) | Had Maksimum (RM) | ||||
Pulangan Tunai / Rebat Segera Mingguan (ShopeeLive) | 10 - 30% | 0 - 350 | 3 - 60 | ||||
Pulangan Tunai / Rebat Segera Mingguan (ShopeeVideo) | 10 - 25% | 0 - 350 | 3 - 60 | ||||
Pencipta kandungan diklasifikasikan sebagai Video, Livestream atau Gabungan Creator berdasarkan pembahagian ADG mereka antara saluran ShopeeLive dan ShopeeVideo dalam tempoh 30 hari terakhir:
Video: Pencipta yang memperoleh lebih daripada 90% ADG mereka daripada Shopee Video
Livestream: Pencipta yang memperoleh lebih daripada 90% ADG mereka daripada Livestream
Gabungan Creator: Pencipta yang memperoleh kurang daripada 90% ADG daripada satu saluran, dan lebih daripada 10% daripada saluran yang lain.
Kriteria GoldTick Mengikut Jenis Pencipta
Jenis Pencipta (berdasarkan pembahagian ADG) | Pembahagian Purata Nilai Jualan Kasar Harian (ADG) (30 Hari Terakhir) | Kriteria Prestasi | |
Kuantiti | Kualiti | ||
Video | >90% di ShopeeVideo <10% di ShopeeLive | ShopeeVideo sahaja: 1. ADO>20
atau 2. ADG>RM800
atau 3. Social Media Followers >100K
| Mesti merupakan Original Creator (OC)* |
Livestream | >90% di ShopeeLive <10% di ShopeeVideo | ShopeeLive sahaja: 1. ADO>60
atau 2. ADG>RM3000
| Mesti lulus semua Livestream Quality Checks |
Gabungan Creator** | Lain-lain (eg., 70-30, 60-40, 30-70) | 1.ShopeeVideo sahaja: ADO>20 atau ADG>RM800 ATAU 2.ShopeeLive sahaja: ADO>60 atau ADG>RM3000 | Mesti merupakan Original Creator (OC) DAN lulus semua Livestream Quality Checks |
*Untuk maklumat lanjut tentang cara menjadi Original Creator, klik di sini.
**Gabungan Creator tertakluk hanya kepada kriteria kuantitatif bagi saluran majoriti mereka (Saluran majoriti = >50% daripada ADG mereka), dan kriteria kualiti bagi kedua-dua saluran (ShopeeVideo DAN ShopeeLive).
⚠️Nota:
Purata Pesanan Harian (ADO) adalah purata bilangan pesanan yang diterima setiap hari dalam tempoh 4 minggu terakhir.
Kategori Livestream | Semakan Kualiti |
Kualiti Gambar - Kualiti Video & Audio | Keadaan Pencahayaan ·Keadaan pencahayaan yang baik untuk memastikan kebolehlihatan yang sempurna
·Elakkan kawasan yang terlalu gelap atau terdedah cahaya berlebihan yang boleh menyebabkan kualiti imej yang buruk
Kestabilan Kamera ·Sudut kamera yang stabil dan pergerakan kamera yang lancar
Kualiti Audio / Bunyi Latar ·Audio yang jelas dan konsisten tanpa gangguan, bunyi latar atau gema
|
Penampilan Penstrim - Penampilan & Bahasa | Pembentangan & Penampilan ·Pemilihan pakaian yang sesuai
·Elakkan tingkah laku dan postur duduk yang tidak profesional
Bahasa & Tingkah Laku ·Jangan menggunakan kata-kata kesat atau ofensif, hinaan, atau komen yang tidak sesuai
|
Penglibatan Penstrim - Kehadiran & Penglibatan | Kemahiran Pembentangan ·Sentiasa menunjukkan produk dengan cara yang menarik dan memikat
|
Penglibatan Product - Kebolehlihatan & Interaksi | Penglibatan Penonton ·Sentiasa responsif terhadap soalan, menangani kebimbangan, dan memberikan maklumat tambahan atau penjelasan apabila diperlukan
|
Kelayakan GT setiap pengguna akan dikemas kini secara mingguan, berdasarkan ADG mereka dalam tempoh 30 hari terakhir dan sama ada mereka telah memenuhi kriteria prestasi dalam minggu sebelumnya. Keputusan tersebut akan dikemas kini setiap hari Rabu dan dipaparkan pada akaun mereka melalui lencana GoldTick.