EN | BMApa itu Iklan Affiliate ShopeeMemperkenalkan Iklan Shopee Affiliate untuk meningkatkan pendapatan anda melalui perkongsian kandungan Shopee Affiliate di TikTok anda. Anda boleh mula dengan menghasilkan dan menghantar kandungan TikTok asli bersama pautan affiliate Shopee anda. Setelah diluluskan, video anda akan dipromosikan melalui iklan yang ditaja Shopee untuk menjangkau lebih ramai pembeli dan anda akan memperoleh komisen menarik bagi setiap pembelian yang berjaya.Siapa yang boleh menyertai Affiliate Shopee yang mempunyai akaun TikTok dengan sekurang-kurangnya 1,000 pengikut. Cara untuk sertai 1. Layari halaman ini untuk menyertai program ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini, layari halaman ini. 2. Klik butang Join untuk menyertai program kami.
3. Berjaya menyertai program ini.
4. Klik untuk menghantar kandungan anda. (Mesti kandungan baru yang belum pernah dimuat naik sebelum ini)
5. Letakkan pautan affiliate Shopee anda.
6. Hantar kandungan anda dari draf atau muat naik terus daripada fail asal ke TikTok.
7. Letakkan kapsyen anda dan klik Post. Pasukan kami akan menyemak berdasarkan Terma & Syarat untuk kelulusan iklan. Penting: Sertakan hashtag #shopeemy #shopeeaffiliatemy dalam kandungan anda.
8. Klik View collaborations untuk menyemak status penghantaran anda. Hantaran yang diluluskan akan dilabel sebagai Sponsored post dalam tab View collaborations. Sila ambil perhatian bahawa tiada notifikasi berasingan akan dihantar mengenai status kelulusan.
Kenapa saya perlu sertai
Kandungan TikTok anda akan menjangkau lebih ramai pembeli dan anda boleh meningkatkan pendapatan Shopee Affiliate untuk setiap kandungan yang dipromosikan melalui iklan yang dibiayai oleh Shopee.
Perkara yang perlu dilakukan (Do) dan perkara yang perlu dielakkan (Don't)
Perkara yang perlu dilakukan
1. Hasilkan kandungan original yang dibuat sendiri (contoh: mix & match, OOTD, Get Ready With Me, unboxing, cuba produk dan sebagainya).
2. Terangkan butiran produk dengan jelas dalam video, sama ada melalui voice-over atau dalam penerangan video.
3. Gunakan muzik yang bebas hak cipta sahaja.
4. Patuhi Garis Panduan Komuniti Media Sosial Shopee Affiliate.
Perkara yang perlu dielakkan
Menggunakan muzik berhak cipta.
Kandungan yang melibatkan produk yellow bag.
Stitch kandungan yang melibatkan selebriti atau visual produk berhak cipta.
Kandungan sensitif, penggunaan bahasa kasar atau tingkah laku yang tidak sesuai.
Mempromosikan produk tiruan atau palsu.
💸 Dapatkan lebih banyak komisen sekarang dengan menghantar kandungan TikTok original anda dan tingkatkan capaian secara percuma melalui iklan yang dibiayai oleh Shopee! 🚀